Saya bukanlah degree dalam pengajian Syariah tapi tahulah sedikit sebanyak tentang syariah ni,berbekalkan ilmu yang dipelajari masa Tingkatan 6 bawah hingga 6 atas..Juga tidak pernah mengambil kursus kahwin pun,dan tidak pernah tahu pun akan apa yg ada dlm silibus kursus kahwin..Sebab bagi yang bersekolah Agama macam saya adalah tidak menjadi satu kewajipan untuk mengambil kursus tersebut kerana kami dah ada Sijil Menengah Ugama(SMU)..bagi yang ambik tu saje je suke2 wat teman pasangan...
Sebenarnya Jawapan PERLU disini merujuk kepada rukun nikah itu sendiri..Rukun nikah terbahagi kepada 5, harus dicukupkan kelima2 rukun ini barulah sah sesuatu akad nikah itu..
1. Suami
2. Isteri
3. Saksi
4. Wali
5. Akad
Hahh,wali berada pada rukun yang keempat..akan tetapi wali pula terbahagi kepada dua iaitu Wali Mujbir dan Wali Hakim..Bapa dan datuk adalah wali terdekat dan sebagai 'wali mujbir' yang boleh menikahkan perempuan yang masih anak dara tanpa seizinnya(izin perempuan) dengan syarat-syarat tertentu.Jika perempuan telah menjadi janda,maka perlu pula izin daripadanya(janda).Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud : " Perempuan janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya dan anak dara dikahwinkan oleh bapanya ".(Riwayat Daruqutni).
Persoalan wali hakim bukan sahaja timbul pada permasalahan janda tadi sahaja..Mana2 anak dara yang bermasalah dalam perlaksanaan akad nikah tanpa kehadiran wali mujbir iaitu bapa atau datuk turut merujuk kpd wali hakim.Wali2 lain tidak berhak mengahwinkan seseorang perempuan melainkan sesudah mendapat izin daripadanya(perempuan itu).Selagi masih ada wali bapa atau datuk,tidak boleh berpindah kepada wali2 yang lain.Jika bapa atau datuk ghaib (berjauhan) daripada perempuan yang akan dinikahkan,sejauh perjalanan qasar dan dia tidak mempunyai wakil,maka perempuan itu boleh dinikahkan oleh hakim.
~ Sebenarnya kan,benda2 begini begitu mengingatkan saya pada ilmu2 syariah yg pernah dipelajari dulu..banyak yang dah lupa pasai hukum hakam ni..huhu..namun apa yang masih ada dan masih ingat ni insyaAllah akan dapat dikongsi sesama kita...Laman sosial adalah wadah perkongsian ilmu,penjana minda dan medan lontaran hujah bernas...~
Tapi apa yg ada dalam mindaku sekarang ~ no more facebook..Mungkinkah, forever or a few day je...
No comments:
Post a Comment