Alahai minggu ni saya begitu sibuk...7 hari bekerja minggu ni..Sakit belakang drive dari kelantan minggu lepas lum hilang lagi,sekarang brtambah sakit lagi satu badan...
Sepanjang minggu ni terlalu banyak aktiviti yang perlu disetelkan...Hari isnin n selasa sibuk dengan latihan sukan...Hari rabu lak kuar pagi2 p wat medical check up kat Klinik Keluarga,kul 12.00 lak meeting.Nasib baikla walau terlewat 5 minit Puan Guru Besar lum masuk lagi kalau tidak jenuh nak kena buat surat tunjuk sebab...adusss sentiasa berkejar2...Dalam masa yang sama perlu setelkan pengurusan hadiah untuk hari sukan..Waaah ngalahkan Guru Cemerlang,Mungkinkah saya akan dinobatkan sebagai Guru Cemerlang SKBBSB 2010?? sama2la kita nantikan...
Minggu ni konsentrasi agak terganggu dan rasa mudah cepat nak marah,nasib baikla masih mampu bersabar..Sory teman keadaan ini berlaku diluar kawalanku...lebih mengharukan dah 3 hari saya upload gambar cerita2 sebalik tabir majlis perkahwinan adik,namun betul2 menyampah...!! upload punya upload hampir sejam siap basuh,iron n lipat baju bahkan habis tonton satu drama saya tunggu...masih dalam proses upload..masuk bilik tengok sekali lagi "Page not Found...!!"..Subhanallah saya begitu teruji..Saya try buat lagi,masih macam tu..rasanya dia punya coverage okey,maybe coz selalu hujan 2 3 hari ni...
Hari ni lak ada sukan rakyat kat skul,Terima Kasih bebanyak kepada Cikgu Syed kerana saya tidak ditugaskan sebagai hakim penamat sbgaimana 2 tahun lps...Hakim penamat perlu berpanas sehingga akhir program..Ohhh tidak nanti gelap tangan dan muka saya..Jasamu terus kukenang Cikgu Syed..Sayalah orang yang paling bahagia kala diberitahu tidak perlu berjemur lagi tahun ni...Selain pengurusan hadiah,saya ditugaskan untuk menjual air bagi mengumpul dana Badan Kebajikan Guru dan Pekerja(BKGP)...Wooow jualan hari ini teramatlah laris sampai teacher Liza terpaksa p beli ais 2 3 kali..Semua guru2 lain pun terkejut dengan jualan air hari ni kul 9 Pagi dah habis..Ini mungkin kerana musim panas yang berlaku dinegara kita menyebabkan rakyat jelata begitu dahaga dan amat memerlukan air bagi membasahkan tekak..."Tengokla sapa penjuainya sebab tu lah laris kami dah baca ayat seribu dinar tadi...,"
Sebenarnya kul 1 dah balik,tapi kul 3 baru sampai umah coz kami p shopping kain..takde kerja perabis duit..Shopping punye shopping sampai tak ingat nak p amik result Medical Checkup takpela amik esokla malas nak keluar...
Esok,saya masih bekerja(Maklumlah calon guru cemerlang...moga jd kenyataan),pagi2 lagi ada meeting AJK PIBG kat skul..Ianya lebih kepada bacaan usul yang dihantar oleh parents,akan disurvey dan dianalisis oleh barisan AJK sebelum dibentangkan pada Mesyuarat Agung PIBG nextweek...Tapi kan nak komen cikit,kenapa takde parent yang bagi usul agar pihak sekolah bina teduhan pejalan kaki atau "gajah menyusu"...Kesian tengok bebudak tahun 1,2 dan 3 terpaksa berjalan dari kantin ke kelas tanpa teduhan..kita yang dewasa ni rasa nak pitam berjalan tengah panas..Sampai ke kelas dah berpeluh dan perlu diberi peluang untuk minum air dulu sebelum memulakan p n p(pengajaran dan pembelajaran).Sedih lak tengok muka anak murid,sebab mereka dah macam adik2 sy..rasa macam nak p lap peluh bebudak ni,tp x boleh nanti dorang naik kepala..!! Kalaulah saya jadi parent akan saya usulkan perkara ni demi kepentingan anak saya..ceawwahh...
Kesibukan saya sebenarnya amat memberi kesan pada orang2 sekeliling yang menyokong dan mendokong perjuangan saya...ceaaaceaaa... bizi ckit je,mak akan call n sms.."kak x ingat kat baby ke??x rindu kt mak ke???...." Oh Ibuku, tangis dan rinduku hanya untukmu,kasih sayangku sebati bersama hela nafasku hanya untuk keluargaku..Kalianlah pencetus semangatku....Kalau x sibuk pasti kak call,x prnah miss walau sehari..kerana keberkatan segala amalanku bermula dengan keredhaan kalian berdua..mak dan abahku..
Mybestfriend dari Bangi dan Puchong pun turut terkena tempias diatas kebizianku..Maaf teman,betapa diriku amat berbesar hati menerima kunjungan kalian sebagaiman dulu2 disetiap hujung minggu, namun kini diriku cukup sibuk..Masa teramat mencemburui zaman shopping2 kita,musim posing2 kita di tasik/taman dan time sembang2 kita...Hatiku begitu mengharap agar kalian tetap datang berhujung minggu disini walau diriku terpaksa berada disekolah seharian suntuk nextweek...Maghilah ghindu sangat dohni...
No comments:
Post a Comment