Sebenarnya saya tidak pernah berhasrat mem'publish' kad jemputan ni dalam ruang usang ini,namun tatkala difikirkan ada kaitan dengan soalan yang diutarakan oleh teman sekerja tadi..Maka terpaksalah dipertontonkan invitation card ni..
Masa tengah syok2 makan asam tadi bersama mama2 morning sickness tak semena2 Diyanah tanya soalan ni..." Cik Faa tak sedih ke adik nak kawen,?? " Wahhh terkejut ngan soklan dia..Jawapan ikhlas yang keluar dari mulutku " Ya Allah diey,apa nak sedih orang rasa gembira berganda diey...gembira coz menerima ahli baru dalam keluarga dan satu lagi bakal adik ipar orang ni memang rajin...sekurang-kurangnya dia boleh meringankan kerja2 mak kat umah.."
Temanku menambah lagi " Tapi kan Cik Faa kakak kita sedih kita nak kawen bulan 11 ni..." Saya pun jawab " Mungkinlah kalau adik beradik perempuan kita akan rasa sedih kot sebab akan tinggalkan kita dan kena ikut suami..." Bezanya adik kita lelaki dia lebih diberi autoriti dalam mmbuat pemilihan kerana dia adalah ketua,sebagaimana ayat "Arrijalu Qawwamunaa'alannisa' " Lelaki adalah pemimpin bagi wanita...Jadi buat apa nak sedih kebahagiaan adik kita adalah kebahagiaan kita..Kedukaan dia akan membuatkan kita turut sama bersedih..Cubit paha kiri paha kanan turut terasa...
No comments:
Post a Comment