Pages

Tuesday, March 09, 2010

PERIHAL REZEKI PENYEBAB ANAK DERHAKA

Bimbang sekali tatkala dimomokkan dengan akhlak remaja zaman sekarang,Ya Allah kecut perut,ada yang sepak tumbuk mak,cakap kasar dan yang paling mengguris hati ialah bunuh mak ayah...Nauzubillahiminzalik...
Mak yang melahirkan, ayah yang mmbanting tulang empat kerat mencari rezeki nak membesarkan anak-anak tapi ini balasannya..Saya paling nak marah kalau anak cakap kasar ngan mak..Masa belajar dulu ada sorang roomate, ya Allah dia punya bahasa ngan mak dia ngalahkan bercakap ngan musuh...dahla mak dia yang kena tipon kt dia..Kenapa ya benda ni terjadi..??
Mungkin perkara pertama yang patut dilihat ialah berkaitan punca rezeki.Semak punca rezeki.Banyak rezeki tak berkat .Dulu ibu bapa miskin tapi rezeki berkat.Hasil sikit tapi cukup kerana dijaga sumber keberkatannya.Tak tipu,tak menindas,kerja keras tulang empat kerat banting tulang ,peluh keluar baju bau busuk.
Sekarang ada yang kerja curi tulang.Buat kerja sampingan dalam masa tugas utama.Tak amanah dalam masa kerja utama.Curi barang ditempat kerja bawa balik dan sebagainya.
Ada perniagaan yang dibuat menindas orang bawahan dan pembeli.Harga dijual berlipat kali ganda.Rezeki dari menindas cara kehormat begini memang tidak berkat.Kaya tapi tak pernah cukup..
Berpunca dari itu doa pun tak makbul,ia berkait dengan sumber rezeki yang kita cari.Apabila makanan yang dimakan dari sumber yang tak berkat doa susah hendak terangkat..Apa yang patut di"stress"kan kat sini ialah berkaitan dengan punca rezeki.Seeloknya jauhkanlah daripada terjebak dengan keraguan dalam mata pencarian..Sedihnya andai berpunca dari rezeki tadi segala doa kita tak pernah Dia terima dan alangkah sedihnya ianya turut terpalit sama dalam pembentukan akhlak anak-anak kita...

No comments:

Post a Comment