Pages

Tuesday, March 30, 2010

MAJLIS KAWEN ADIK~BESUT, T'GANU

Alhamdulillah akhirnya brjaya gak...betullah kata orang penantian itu satu penyeksaan..penyeksaan menunggu proses upload..sblum ni ok je xde masalah lau upload 5 gambar sekaligus,2 3 hari ni dia buat hal..kan ape mood menulis ni bukan macam mood makan asam,selalu ada..mood makan nasik pun tak sehebat mood makan buah kedondong...JADI apa yang sangat dibimbangi mood nk menulis dh ada tp gmbr takleh upload,gmbr dh ada rasa macam tak de aura lak nak menulis...,itu yang paling tak best..!! Jadi harus diseimbangi aura rasa itu bak irama dan lagu, menulis dan rasa ingin menulis serta mood yg benar2 mahu menulis..
15 March 2010,The Making Of Majlis ke rumah Pengantin perempuan yang terletak di Besut Terengganu.Perjalanan dianggarkan selama sejam 15 minit..Kami bertolak jam 12 tengahari..Maybe dlm 1.30 Tghari dah sampai..
Sebelum tu persediaan harus dilakukan,walaupun mak kata ala kadar je tapi banyakla juga kerja yang harus disetelkan...terutama dari segi gubahan hantaran..Orang lain yang tolong buat saya menyibuk je..Tapi kan balik cuti ni rasa bagai nak menyambut hari raya,apa tidaknya sampai je kat umah kul 5 ptg lps on the way dari KL saya dah ke dapur tukar langsir baru..memang rasa macam nak raya...Oppps,ada aksi panjat memanjat nak pasang langsir kan..Ya Allah ganasnya pompuan ni...


Kembali kepada perjalanan ke rumah pengantin pompuan tadi,kitorang dah rancang untuk solat jamak kat Surau Sek.Men.Kuala Besut tempat sepupu mak bertugas.Menjadi satu kelapangan kerana sepupu mak warden kat Sek tu,jadi teramatlah mudah untuk kami menunaikan solat disitu..Dalam tengah sibuk nak masuk toilet adala sepupu mak yang kami panggil pak uda.. boleh dia kata kat saya..." Kayala cik kak sekarang...!" ohh,cukup padat kata2nya..saya jawab " kaya apanya,bukan usahawan Hai-O pun..."..Namun jauh disudut hati saya mendoakan moga Allah menganugerahkan kekayaan itu...~Kekayaan Iman,Kekayaan Amal,Kekayaan sifat Penyayang..seimbang Ke"kayaan" dunia dan akhirat...

Sekali lagi Dia permudahkan urusan kami,perjalanan dr SEK MEN Kuala Besut kerumah bakal adik ipar tak sampai pun 2 minit..Alhamdulillah,syukur tak terhingga..teman yang tak tau ape2 bukan main terkejut ingatkan jauh lagi perjalanan..


Pengantin diarak masuk ke rumah,pelbagai benda baru yang saya pelajari terutama mengenai adat berkenalan..Adat berkenalan merupakan salah satu adat dalam majlis perkahwinan orang melayu..yang mana pihak keluarga pengantin lelaki terdiri daripada mak saudara,kakak,abang dan adik beradik sebelah lelaki akan duduk didepan pengantin perempuan dan akan memasukkan duit sebanyak RM20,RM30 @ RM50 kedalam balang yang disediakan..Kami akan bersalam dengan pengantin perempuan dan akan ada seorang lagi yang akan mmperkenalkan kami..Macam ni ayatnya " Ini Kakak kedua Mohd Fadhli,nama sekian2 ,yang kerja kat KL sekarang..." macam tulah lebih kurang ayatnya..ooo macam ni rupanya adat berkenalan...



Selepas itu,makan beradab..saya tumpang sekaki coz saya je yang belum makan krn jaga mia yang teramatlh meragam hari tu..maybe panas kot..Ya Allah dia pusing satu umah pengantin,tak nak duduk setempat,bagi jelly dia ok kejap..Pastu nangis balik..Rasa dh pakai baju cekci yang takde lengan tapi still meragam...
Majlis selesai kul 4.30 ptg..Kami pun bertolak pulang..Singgah sekejap di Jeti Tok Bali untuk beli ikan,udang dan sotong segar..Bestla duk kat cini angin menderu...Ohhh nyamannya..Pastu dapat gak melepaskan kerinduan leh makan Ais Krim Sabun.Bukan dibuat dari sabun tapi bentuk macam sabun..Perisa coklat lak tue.Ummm yummy..yummy..
On the way balik ada aje yang nak dibeli,abah bukan main seronok..Kejap berenti beli Lokang,Tiram pastu Kerang plak..teruskan perjalanan..ahhhh abah dh nampak tembikai,berenti lagi beli tembikai..Jangan kejap lg dia nmpak air tebu dahler...
Akhirnya kul 6.30 ptg baru sampai umah..

No comments:

Post a Comment