Pages

Monday, March 08, 2010

KALAU DULU..

KALAU DULU..

Yeaaa..yeaaa cuti yeaay...yeaaay cuti..

TAPI...

kena masuk Maktab,maklumla KPLI KDC- Kursus dalam cuti

terpendamlah segala rindu dendam nak balik kampung

Kena utamakan belajar dulu...huhu belajar dalam sedih..

Setiap kali nak p maktab mesti stress dan emosi terganggu..






KALAU DULU... Masa senggangku tak sempat langsung nak update n nak masuk entry baru dalam blog
Apa lagi nak chatting ngan kawan2 lama sampai kul 2 3 pagi.
Semuanya lebih kepada penumpuan menyiapkan assignment yang bertimbun
Jangan terkejut pernah hingga 13 assignment yang perlu disiapkan untuk di "pos ekspress"kan atau dihantar pada interaksi seterusnya...
Itu tak termasuk prepare untuk presentation...
Huhuhu..Harus sentiasa berwaspada kerana kat maktab semua sentiasa di training untuk selalu membentangkan apa2 aje tugasan yang diberi..


Apa yang paling aku suka ialah berdebat..
Ada satu kelas malam tu kami berdebat, gamat satu kelas tentang pentadbiran di Malaysia
Sampai kawanku cakap kat aku "Bertenang Yang Berhormat..." Aduss mengalahkan sidang dalam Parlimen terlampau semangat ngan tajuk tu...hahaa nak tergelak rasa, coz beria2 nak mematahkan hujah budak laki satu kelas yang terang2 nak menegakkan benang yang basah,last2 memang benangnya basah...Yezz aku menang...!


KALAU DULU,
Malasnya nak p maktab,perlu cari kekuatan luaran dan dalaman
ohhh banyaknya barang perlu dipacking
Ahhh takde mood lagi nak belajar...


Tapi,bila dah seminggu kat maktab rasa tak nak balik plak
Belajar,berjaga malam menyiapkan tugasan bersama
makan di Downtown Cheras
Jalan2 ke KL
Bermain dan jogging kat Taman Tasik Permaisuri
Saling meluahkan masalah masing2
Bergelak ketawa..
Saling berdupp dap dup dap tatkala esok nk kena present
Sama2 menjadi minah2 skima sbb kat maktab markah personaliti jd autoriti


Masa 2 minggu Kursus Kissm lak,
Lagila skima memanjang
Kul 7 dah ada kat kelas
7.05 nyanyi lagu Negaraku
Lewat sudah dikira tak hadir dan secara automatik kursus ini drop
dan perlu memohon secara individu dgn JPN...
ahhh betul2 mengajar para guru agar berdisiplin dan menjaga tingkahlaku..
Hari2 kami akan dipantau sama ada pakai kasut hitam,nametag dan berpakaian kemas..


Kat sini aku pelajari sesuatu..
Sapa2 yang nak jadi berdisiplin dan lebih berpersonaliti jadilah pendidik kerana anda begitu di stresskan tentang penjagaan masa dan tingkahlaku yang baik...
Alhamdulillag segalanya telah kami tempuhi dengan jayanya..dan di IPGM Kampus Teknik Kuala Lumpur ini telah banyak memberi pengalaman dan pelajaran berguna dalam membentuk sahsiah dan personaliti seorang guru dinamik seterusnya sama2 mmperjuang legasi yang dibawa oleh lagu ini...Kami guru Malaysia,berikrar dan berjanji mendidik dan memimpin putra putri negara kita....


TAPI KINI....
Yezzz masa cutiku sepenuhnya dikampung
Tidak perlu pikir maktab,assignment,multimedia project dan present lagi
Hari pertama cuti terus bertolak ke kg
Bagi menikmati juadah enak,santapan kasih sayang sentuhan mak tersayang..
Jua jalinan kekeluargaan yang sentiasa mekar dalam lubuk hati anakmu ini..


Benar juga bagai dikata oleh kawan mak ni..

" Kak, kalau belum kawin ni cuti2 balik je jangan tak balik,kalau dah kawin mak kamu tak boleh nak kata apa sebab kamu kena ikut kata suami..."


Tepat sekali segala apa yang aku aplikasikan ini...Cuti je balik terus,jangan tunggu lagi. kesian kat mak abah rindu kat anaknya yang comel ini...wahhhh kenapa perasan sangat nihh??..

No comments:

Post a Comment