Sehingga ke saat ini otak sy masih memikirkan tentang satu perkhabaran yang disampaikan oleh kenalan lama yang kukira sudah 10 tahun tidak bersua muka..Laman sosial itu telah mmpertemukan kami..Syukur ukhuwwah itu kembali terjalin..
Apa yang ingin diceritakan disini ialah tentang hakikat sebuah CINTA..
ceawwah..macamla pakar sangat,adala pengalaman zaman cinta monyet dulu.
Moga Allah mmpertemukan jodoh yang terbaik untuk "awak"..ameen..
Isshhh..apa yang aku merepek ni..melalut jauh lak..
Begini ceritanya...
Kawan sy si N ni bagitahu dia dipinang oleh budak satu kelas yang memang diakui dan diketahui oleh segenap warga sekolah dengan sikap pendiamnya dan susah nak bukak mulut..Si N ni sebenarnya antara yang menjadi rebutan dikalangan budak2 lelaki kat sekolah sebab dia memang putih dan cantik..Abang sy sendiri pun tergila-gilakan dia..
Semasa dikhabarkan dengan berita tu,mata sy yang ngantuk x semena2 terbukak luas,padahal masa tu dah kul 3 pagi..punyalah tergelak besar dan tak boleh nak imagin macamana coz abang tu memang pemalu sesangat..Zaman sekolah dulu geng kami namakan abang ni "Tukang Tilik" atau TT sebab dia suka perhati kat orang tapi x bercakap langsung..dan pemalu tahap maksima..! Tapi mungkin si TT ni mmndam perasaan lama sangat, last2 segala yang dipendam sekian lama terbongkar jua..Masa orang lain duk sibuk berebut si N hari tu dia wat dono je.. Namun kini,akhirnya terjawab. Si N yang mnjadi rebutan ramai ni bakal menjadi milik "Tukang Tilik"...Tak sabar nak bagitau my abang citer ni,mesti dia terkejut..
Pengajaran daripada apa yang berlaku kita seharusnya berfikir bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Ianya jauh melangkaui batasan pemikiran kita sebagai hamba..Bahkan seruan "Kun Fayakun" amat memberi pengertian yang mendalam kepada hamba2Nya yang mahu berfikir..
Andai hari ini anda katakan "Ishh takkanla dia","dia ke??" tak mustahil ada sekelumit HIKMAH yang Dia mahu anda fikirkan,fikirkan dari sudut yang paling dalam..Maka tak hairanlah wujudnya ayat ini "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,begitu juga lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"..Sebetulnya itulah karma hidup yang ditentukanNya..
Dalam meniti hidup ini sebenarnya kita seharusnya lebih banyak berfikir..Berfikir dan terus berfikir..Berfikir kenapa Allah jadikan aku begini,kenapa tidak begini..Berfikir cara begini mengelakkan daripada merungut dan tidak puas hati..Lantas "Ohh sepatutnya aku kena buat macam ni..., barulah jadi macam ni.",sebenarnya ia lebih kepada muhasabah diri..Yaa..!! muhasabah diri dan dalam masa yang sama akan bertambah iman kita..
Banyak sebenarnya perkara yang boleh menambahkan iman kita dalam menjalani kehidupan seharian..ianya bukan sekadar solat dan membaca al-Quran serta sedekah tapi lebih kepada unsur2 yang melibatkan proses pemikiran dan 'bancuhan' hati kita..sama ada selalu bersangka baik,mendoakan kebaikan dan sentiasa terbuka hati memaafkan kesalahan orang lain.
Sekadar Perkongsian,mudahnya nak dapat pahala dan menambahkan iman kita dalam seharian:
1-Bangun pagi2 pandang muka mak ayah (kalau mak abah jauh call or mesej la,takkan pagi2 nk balik kelantan)..
2- Pegang al-Quran(pegang je dh dapat pahala,pemurahNya Dia)
3- Pandang Laut (Betul la,saya dah pernah rasa masa berkayak kt Pangkor dulu..Takjub sangat ngan kuasa Tuhan,rasa kerdilnya kita)
No comments:
Post a Comment