Pages

Wednesday, March 31, 2010

DILEMA, tak semudah membeli buah DELIMA

Isshh esok dah 1 April,bukannye sibuk memikirkan idea nak mengenakan orang untuk April Fool tapi buntu memikirkan nak ke tak nak...Sebelum ni terkinja je,tergedik2 menghitung hari mengira detik waktu bila tarikh keramat itu akan muncul..Kini waktu itu semakin hampir,lain pula jadinya..Dilema Menghantui Diri...
Esok secara rasminya online pertukaran guru2 antara negeri akan dibuka,TAPI masih berbelah bahagi nak isi borang atau tidak..Kenapa pula jadi macam ni,rasa macam dah takde apa2 yang men"ngikat" saya disini,belajar dah habis...Biro Tatanegara,Kursus Induksi,Temuduga SPP semua dah selesai..Ishhh,musykil la kenapa macam tak nak isi borang tukar lak ni..Mungkinkah saya takut di Brain Wash untuk kesekian kalinya...Huhuhu takuttttt,Puan Guru Besar takkan sign surat tukar tanpa alasan yang kukuhhh...awal tahun hari tu dia dah cakap awal2 bawak bersama surat nikah baru saya sokong pertukaran awak...saya jawab dalam nada bergurau "ok,nanti saya fotostat kawan saya punye puan..!!"
Teringat masa mula2 isi borang KPLI hari tu,pilihan pertama untuk posting ialah negeri Kedah..sampai mak tanya.." Huiisshh kak,ada sapa2 ke kt Kedah yang beria minta Kedah..?"
....." Tak de sapa aihh,saje je rasa macam best je kat c2, lagipun takla jauh sgt ngn Kelantan"
Last2 dapat Selangor..Ohhh Tidak..!! Namun masih bersyukur nasib baik tak dapat Sabah Sarawak..Kalau tak, banjirla satu rumah dengan air mata mak abah yang kangen sama anaknya yg sorang nihhh...
Tapi kini pejam celik pejam celik dah 7 tahun di tanah keramat ni,ramai taulan jua kenalan pelbagai latar belakang mewarnai kanvas hidupku...Disini kuperolehi ilmu,disini jua kumengecapi kerjaya,membina ukhuwwah,membentuk jatidiri,membina modal insan dan mengecap indahnya duniawi...tanpa endah menyemai benih bagi menuai hasil dibumi ukhrawi..Telah kukecapi semua itu,namun....
Kenapa macam sayang je nak tinggalkan Selangor nih,kenapa begitu berbolak balik...Hari tu kakak yg ngajar satu sekolah cakap " Janganlah pindah lagi,tunggu tiga tahun lagi,awak tu masih muda"..."Fara,merantaulah dulu kenai budaya dan adat negeri orang"...Wahhh ramai juga yang sayang kat sy ye...hehe perasannya...
Sebenarnya perasaan berkobar2 datang apabila memikirkan penat drive keta dr klntan ke KL...ble dah 2 3 hari penat dh hilang tak rasa pon nk pindah...Maybe,dulu takla rasa penat coz pakai driver,nak balik driver tolong hantar...nak mai KL pun driver hantar..Sekarang driver dah pencen terpaksalah drive sendiri..(Terima kasih Bas Budaya,Tranasional,Mahligai dan Sutera yang sudi berkhidmat denganku selama 6 tahun,Jasa dan pengorbanan kalian tetap kukenang walaupun kalian dah tak bekerja denganku lagi..ceawwahh).Dolu2 sebulan sekali mesti balik..wajib..! Kalau tak balik resah semacam je..Tapi kini dah semakin dewasa dan matang boleh control diri lagi,balik hanya pada cuti panjang seminggu dua minggu je or cuti semester...
Tengokla macamana keadaannya,adakah situasi masih memungkinkan saya disini atau sebaliknya...Hakikatnya pertukaran ke Kedah,Kelantan dan Terengganu amat sengit saingannya.Itulah realiti yang berlaku sekarang...Peluang untuk dapat tu agak tipis...Tapi tak salah untuk mencuba kan...TAPI,MACAM DAH DAPAT AGAK DIA TAK NAK SOKONG...Bagi saya alasan kukuh sekarang..!!..Huhuhu Kecut peruttt...

aKsi NgENgAde...

Huishhh,baru dua minggu terpisah..haa dah mula ingat kat dia dah,hari tu kata nak jadi lebih matang dan dewasa..tanak sedih2 lg..InsyaAllah dah x sedey tapi still ingat kat dia..biasala ingatan yang tersayang kepada yang tersayang...
Demikianlah aksi dan telatah beliau masa hari kenduri hari tu..
Bagi air untuk hilang dahaga...

Waahh,dia dh nampak sesuatu...

Hahh,dah dapat jelly nak apa lagi mia??

Demikianlah telatah manja penawar rindu,penghibur duka,penghilang sendu,pengubat nestapa..Anugerah Allah yang amat bernilai pada kami sekeluarga..~Mia Leena ni anak sapa sebenarnya...??? hehe anak mak ngn abah..Knape teman yg trlebih over..??

Tuesday, March 30, 2010

KEMBALI KEPADA RUKUN

Sebenarnya saya begitu tertarik dengan satu persoalan yang dikemukakan oleh seorang teman dilaman sosial baru2 ini..Persoalannya " Perkahwinan janda,perlukah Wali??" Sangat ringkas dan padat..dalam menjawab persoalan yang dikemukakan kita seharusnya menuju kepada pokok persoalan...yang menjadi pertanyaan adalah perlukah?? Jawapannya perlu...Namun mengikut spesifikasi jawapan yang sebenar adalah WAJIB...Wali Mujbir dan Wali Hakim merupakan cabang kpd persoalan tadi...!



Saya bukanlah degree dalam pengajian Syariah tapi tahulah sedikit sebanyak tentang syariah ni,berbekalkan ilmu yang dipelajari masa Tingkatan 6 bawah hingga 6 atas..Juga tidak pernah mengambil kursus kahwin pun,dan tidak pernah tahu pun akan apa yg ada dlm silibus kursus kahwin..Sebab bagi yang bersekolah Agama macam saya adalah tidak menjadi satu kewajipan untuk mengambil kursus tersebut kerana kami dah ada Sijil Menengah Ugama(SMU)..bagi yang ambik tu saje je suke2 wat teman pasangan...



Sebenarnya Jawapan PERLU disini merujuk kepada rukun nikah itu sendiri..Rukun nikah terbahagi kepada 5, harus dicukupkan kelima2 rukun ini barulah sah sesuatu akad nikah itu..

1. Suami
2. Isteri
3. Saksi
4. Wali
5. Akad



Hahh,wali berada pada rukun yang keempat..akan tetapi wali pula terbahagi kepada dua iaitu Wali Mujbir dan Wali Hakim..Bapa dan datuk adalah wali terdekat dan sebagai 'wali mujbir' yang boleh menikahkan perempuan yang masih anak dara tanpa seizinnya(izin perempuan) dengan syarat-syarat tertentu.Jika perempuan telah menjadi janda,maka perlu pula izin daripadanya(janda).Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud : " Perempuan janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya dan anak dara dikahwinkan oleh bapanya ".(Riwayat Daruqutni).
Persoalan wali hakim bukan sahaja timbul pada permasalahan janda tadi sahaja..Mana2 anak dara yang bermasalah dalam perlaksanaan akad nikah tanpa kehadiran wali mujbir iaitu bapa atau datuk turut merujuk kpd wali hakim.Wali2 lain tidak berhak mengahwinkan seseorang perempuan melainkan sesudah mendapat izin daripadanya(perempuan itu).Selagi masih ada wali bapa atau datuk,tidak boleh berpindah kepada wali2 yang lain.Jika bapa atau datuk ghaib (berjauhan) daripada perempuan yang akan dinikahkan,sejauh perjalanan qasar dan dia tidak mempunyai wakil,maka perempuan itu boleh dinikahkan oleh hakim.
~ Sebenarnya kan,benda2 begini begitu mengingatkan saya pada ilmu2 syariah yg pernah dipelajari dulu..banyak yang dah lupa pasai hukum hakam ni..huhu..namun apa yang masih ada dan masih ingat ni insyaAllah akan dapat dikongsi sesama kita...Laman sosial adalah wadah perkongsian ilmu,penjana minda dan medan lontaran hujah bernas...~
Tapi apa yg ada dalam mindaku sekarang ~ no more facebook..Mungkinkah, forever or a few day je...

MAJLIS KAWEN ADIK~BESUT, T'GANU

Alhamdulillah akhirnya brjaya gak...betullah kata orang penantian itu satu penyeksaan..penyeksaan menunggu proses upload..sblum ni ok je xde masalah lau upload 5 gambar sekaligus,2 3 hari ni dia buat hal..kan ape mood menulis ni bukan macam mood makan asam,selalu ada..mood makan nasik pun tak sehebat mood makan buah kedondong...JADI apa yang sangat dibimbangi mood nk menulis dh ada tp gmbr takleh upload,gmbr dh ada rasa macam tak de aura lak nak menulis...,itu yang paling tak best..!! Jadi harus diseimbangi aura rasa itu bak irama dan lagu, menulis dan rasa ingin menulis serta mood yg benar2 mahu menulis..
15 March 2010,The Making Of Majlis ke rumah Pengantin perempuan yang terletak di Besut Terengganu.Perjalanan dianggarkan selama sejam 15 minit..Kami bertolak jam 12 tengahari..Maybe dlm 1.30 Tghari dah sampai..
Sebelum tu persediaan harus dilakukan,walaupun mak kata ala kadar je tapi banyakla juga kerja yang harus disetelkan...terutama dari segi gubahan hantaran..Orang lain yang tolong buat saya menyibuk je..Tapi kan balik cuti ni rasa bagai nak menyambut hari raya,apa tidaknya sampai je kat umah kul 5 ptg lps on the way dari KL saya dah ke dapur tukar langsir baru..memang rasa macam nak raya...Oppps,ada aksi panjat memanjat nak pasang langsir kan..Ya Allah ganasnya pompuan ni...


Kembali kepada perjalanan ke rumah pengantin pompuan tadi,kitorang dah rancang untuk solat jamak kat Surau Sek.Men.Kuala Besut tempat sepupu mak bertugas.Menjadi satu kelapangan kerana sepupu mak warden kat Sek tu,jadi teramatlah mudah untuk kami menunaikan solat disitu..Dalam tengah sibuk nak masuk toilet adala sepupu mak yang kami panggil pak uda.. boleh dia kata kat saya..." Kayala cik kak sekarang...!" ohh,cukup padat kata2nya..saya jawab " kaya apanya,bukan usahawan Hai-O pun..."..Namun jauh disudut hati saya mendoakan moga Allah menganugerahkan kekayaan itu...~Kekayaan Iman,Kekayaan Amal,Kekayaan sifat Penyayang..seimbang Ke"kayaan" dunia dan akhirat...

Sekali lagi Dia permudahkan urusan kami,perjalanan dr SEK MEN Kuala Besut kerumah bakal adik ipar tak sampai pun 2 minit..Alhamdulillah,syukur tak terhingga..teman yang tak tau ape2 bukan main terkejut ingatkan jauh lagi perjalanan..


Pengantin diarak masuk ke rumah,pelbagai benda baru yang saya pelajari terutama mengenai adat berkenalan..Adat berkenalan merupakan salah satu adat dalam majlis perkahwinan orang melayu..yang mana pihak keluarga pengantin lelaki terdiri daripada mak saudara,kakak,abang dan adik beradik sebelah lelaki akan duduk didepan pengantin perempuan dan akan memasukkan duit sebanyak RM20,RM30 @ RM50 kedalam balang yang disediakan..Kami akan bersalam dengan pengantin perempuan dan akan ada seorang lagi yang akan mmperkenalkan kami..Macam ni ayatnya " Ini Kakak kedua Mohd Fadhli,nama sekian2 ,yang kerja kat KL sekarang..." macam tulah lebih kurang ayatnya..ooo macam ni rupanya adat berkenalan...



Selepas itu,makan beradab..saya tumpang sekaki coz saya je yang belum makan krn jaga mia yang teramatlh meragam hari tu..maybe panas kot..Ya Allah dia pusing satu umah pengantin,tak nak duduk setempat,bagi jelly dia ok kejap..Pastu nangis balik..Rasa dh pakai baju cekci yang takde lengan tapi still meragam...
Majlis selesai kul 4.30 ptg..Kami pun bertolak pulang..Singgah sekejap di Jeti Tok Bali untuk beli ikan,udang dan sotong segar..Bestla duk kat cini angin menderu...Ohhh nyamannya..Pastu dapat gak melepaskan kerinduan leh makan Ais Krim Sabun.Bukan dibuat dari sabun tapi bentuk macam sabun..Perisa coklat lak tue.Ummm yummy..yummy..
On the way balik ada aje yang nak dibeli,abah bukan main seronok..Kejap berenti beli Lokang,Tiram pastu Kerang plak..teruskan perjalanan..ahhhh abah dh nampak tembikai,berenti lagi beli tembikai..Jangan kejap lg dia nmpak air tebu dahler...
Akhirnya kul 6.30 ptg baru sampai umah..

Monday, March 29, 2010

TERASA JAUH...

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa...



Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x.....Taubatku ini.....



Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.



Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x...Taubatku ini...



Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x....Taubatku ini...



Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah 3x..Taubatku ini...



Ratapan seorang hamba ~ "Percutian" seminggu ini kurasakan cukup jauh denganMu,sangat sombong dengan zikir keramatMu,cukup asing dengan kalimah suciMu..Ya Allah Ya Tuhanku janganlah engkau lalaikan aku dengan permainan dunia..Aku tidak mahu terus menerus menerima habuan dariMu sedangkan dalam masa yang sama aku lupa untuk berterima kasih padaMu..Aku tidak mahu berkejar2 dlm ibadahku demi kerana kemewahan hidup,juga tidak mahu kufur nikmat dengan tidak selalu memberi...kerana setiap apa yang Kau kurniakan kepadaku telah tertulis hak orang lain keatasnya...



Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon padaMu,Tuntunilah aku menuju jalan redhaMu,Santunilah akhlakku bersama amalan seharianku,damaikanlah hatiku,titipkanlah kebahagiaan buatku..kerana kutahu anugerah tidak ternilai itu hanya ada padaMu...Jika dengan izinMu maka terdayalah aku mengecapi walau seketika cuma...Ketenangan,kedamaian,kasih sayang dari insan2 yang menyayangiku jua setulus doa kudus pengganti tarbiah diri dalam mencapai redhaMu Tuhan...

Sunday, March 28, 2010

DETIK KALIAN MENJENGAH DUNIA...

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SAHABAT yang baru kukenal selama tiga tahun..Hermawarney Salleh,Saya doakan semoga awak terus berbahagia dengan kehidupan yang di kecapi..Moga berterusan amalan dalam mencari redhaNya..Terima kasih untuk segalanya dan maaf untuk selamanya andai dalam setiap detik hubungan kita ada satu dua benda yang bisa mengguris hati awak..Halalkan andai ada terlebih terkurang..
Hari ini genaplah usia awak 26 Tahun,di usia begini saya rasa macam nak panggil kat awak kak plak...Yeaayeaa awak lebih tua dari saya..Moga persahabatan yang kita bina terus kekal untuk selamanya..Sebenarnya cukup berbesar hati dan berterima kasih diatas kesudian awak sekeluarga datang kerumah saya hari tu..dah dua kali awak datang umah saya,sedangkan saya tak pernah sampai pun umah awak..Malu plak kat Ma dan Ayah awak..Cuti bulan 6,tiada aral saya akan melakukan lawatan sosial ke rumah awak..


HERMAWARNEY SALLEH
28 MARCH 1984


JUGA HARI JADI MY HERO
Kalau hari ni hari lahir temanku,semalam lak hari lahir satu2nya my hero dalam hidupku..Oh My Hero yang selalu buat saya hilang sabar...Mohd Aliff Amsyar Bin Fairuz Hisham..Nama ni mak sedara dia gak yang pilih..Ikutkan abahnya tak nak ada Mohd kat depan..So,saya bagitahu dia letaklah Mohd kat depan kalau bukan boleh tiru seratus peratus akhlak Rasululullah sipi2 pun jadilah..Nama boleh mempengaruhi akhlak anak2 wahai abang iparku....Jadi adalah gak Mohd kt depan..
Genaplah usia aliff 4 Tahun..Ya Allah dia punya perangai Tuhan Maha Tahu,Serba sedikit akhlak yang tak berapa mulia anak sedara saya yg sorang nih..
1. Suka main bola dalam rumah..Tang ni memang slalu kena cubit tak kirala depan abah dia skalipun..!(Abahnya juga seorang pemain bola tegar dikawasan Jeli..)
2. Lau dtg umah mak.Pantang hujan kejap lagi dah ada kt longkang tepi rumah dia main air..pastu dia masuk dlm rumah dengan basah lencun..
3. Cukup pantang bila dimarahi,kejap lagi bersepah satu umah dia koyak kertas...
4. Yang ni paling lucu,kalau depan orang bukan main baik dia bergurau ngan Mia Leena..Kalau xde orang tengok sat g dia lipat kaki mia,tolak n cubit mia..Oh sungguh advance gurauan anak buahku yg sorang...
Biasalah bebudak,Play More Learn More..Disitulah dia temui sesuatu yang baru..Tapi ada gak sikap dan pekerti baik yang ada pada Aliff...
1. Suka tolong saya ambik barang..
2. Kalau p shopping ngan saya tanpa kehadiran uminya perangainya teramatlah baik..tak mintak apa2 pun..Kalau p ngan abah ngn uminya alamat tak boleh jalanlah nak tu nak ni..Benda yang wajib beli ialah BOLA..mesti beli
3. Suka makan nasi tanpa lauk..Ohh jimat duit kalau bela aliff ni...
4. Sangat manja denganku,walau selalu kena marah..
Semoga aliff menjadi seorang manusia yang berguna yang dapat membahagiakan umi dan abah,tok mak dan tok abah serta cik daa..Menjadi penyejuk mata,penawar duka dan harapan keluarga..Jangan nakal2 nanti cik daa marah...tanak kawan ngan aliff,tanak bagi hadiah kat aliff..
MOHD ALIFF AMSYAR FAIRUZ HISHAM
27 MARCH 2006


Satu2 nya anak saudara lelaki yang paling manja ngan abah,Moga Cerdik dalam Nakal,Pintar dalam cergas...Huishhhh rupa2nya macam ni perangai budak laki masa kecik,haru biru satu umah bila dia main bola,plak tu nak main ngn mia yg tak tau apa2 pasai bola..Sat g ada yg kena cubittt,bila ada bnda yg pecah kt Living Room....

Saturday, March 27, 2010

MUNGKIN CALON GURU CEMERLANG 201O..!?

Alahai minggu ni saya begitu sibuk...7 hari bekerja minggu ni..Sakit belakang drive dari kelantan minggu lepas lum hilang lagi,sekarang brtambah sakit lagi satu badan...
Sepanjang minggu ni terlalu banyak aktiviti yang perlu disetelkan...Hari isnin n selasa sibuk dengan latihan sukan...Hari rabu lak kuar pagi2 p wat medical check up kat Klinik Keluarga,kul 12.00 lak meeting.Nasib baikla walau terlewat 5 minit Puan Guru Besar lum masuk lagi kalau tidak jenuh nak kena buat surat tunjuk sebab...adusss sentiasa berkejar2...Dalam masa yang sama perlu setelkan pengurusan hadiah untuk hari sukan..Waaah ngalahkan Guru Cemerlang,Mungkinkah saya akan dinobatkan sebagai Guru Cemerlang SKBBSB 2010?? sama2la kita nantikan...
Minggu ni konsentrasi agak terganggu dan rasa mudah cepat nak marah,nasib baikla masih mampu bersabar..Sory teman keadaan ini berlaku diluar kawalanku...lebih mengharukan dah 3 hari saya upload gambar cerita2 sebalik tabir majlis perkahwinan adik,namun betul2 menyampah...!! upload punya upload hampir sejam siap basuh,iron n lipat baju bahkan habis tonton satu drama saya tunggu...masih dalam proses upload..masuk bilik tengok sekali lagi "Page not Found...!!"..Subhanallah saya begitu teruji..Saya try buat lagi,masih macam tu..rasanya dia punya coverage okey,maybe coz selalu hujan 2 3 hari ni...
Hari ni lak ada sukan rakyat kat skul,Terima Kasih bebanyak kepada Cikgu Syed kerana saya tidak ditugaskan sebagai hakim penamat sbgaimana 2 tahun lps...Hakim penamat perlu berpanas sehingga akhir program..Ohhh tidak nanti gelap tangan dan muka saya..Jasamu terus kukenang Cikgu Syed..Sayalah orang yang paling bahagia kala diberitahu tidak perlu berjemur lagi tahun ni...Selain pengurusan hadiah,saya ditugaskan untuk menjual air bagi mengumpul dana Badan Kebajikan Guru dan Pekerja(BKGP)...Wooow jualan hari ini teramatlah laris sampai teacher Liza terpaksa p beli ais 2 3 kali..Semua guru2 lain pun terkejut dengan jualan air hari ni kul 9 Pagi dah habis..Ini mungkin kerana musim panas yang berlaku dinegara kita menyebabkan rakyat jelata begitu dahaga dan amat memerlukan air bagi membasahkan tekak..."Tengokla sapa penjuainya sebab tu lah laris kami dah baca ayat seribu dinar tadi...,"
Sebenarnya kul 1 dah balik,tapi kul 3 baru sampai umah coz kami p shopping kain..takde kerja perabis duit..Shopping punye shopping sampai tak ingat nak p amik result Medical Checkup takpela amik esokla malas nak keluar...
Esok,saya masih bekerja(Maklumlah calon guru cemerlang...moga jd kenyataan),pagi2 lagi ada meeting AJK PIBG kat skul..Ianya lebih kepada bacaan usul yang dihantar oleh parents,akan disurvey dan dianalisis oleh barisan AJK sebelum dibentangkan pada Mesyuarat Agung PIBG nextweek...Tapi kan nak komen cikit,kenapa takde parent yang bagi usul agar pihak sekolah bina teduhan pejalan kaki atau "gajah menyusu"...Kesian tengok bebudak tahun 1,2 dan 3 terpaksa berjalan dari kantin ke kelas tanpa teduhan..kita yang dewasa ni rasa nak pitam berjalan tengah panas..Sampai ke kelas dah berpeluh dan perlu diberi peluang untuk minum air dulu sebelum memulakan p n p(pengajaran dan pembelajaran).Sedih lak tengok muka anak murid,sebab mereka dah macam adik2 sy..rasa macam nak p lap peluh bebudak ni,tp x boleh nanti dorang naik kepala..!! Kalaulah saya jadi parent akan saya usulkan perkara ni demi kepentingan anak saya..ceawwahh...
Kesibukan saya sebenarnya amat memberi kesan pada orang2 sekeliling yang menyokong dan mendokong perjuangan saya...ceaaaceaaa... bizi ckit je,mak akan call n sms.."kak x ingat kat baby ke??x rindu kt mak ke???...." Oh Ibuku, tangis dan rinduku hanya untukmu,kasih sayangku sebati bersama hela nafasku hanya untuk keluargaku..Kalianlah pencetus semangatku....Kalau x sibuk pasti kak call,x prnah miss walau sehari..kerana keberkatan segala amalanku bermula dengan keredhaan kalian berdua..mak dan abahku..
Mybestfriend dari Bangi dan Puchong pun turut terkena tempias diatas kebizianku..Maaf teman,betapa diriku amat berbesar hati menerima kunjungan kalian sebagaiman dulu2 disetiap hujung minggu, namun kini diriku cukup sibuk..Masa teramat mencemburui zaman shopping2 kita,musim posing2 kita di tasik/taman dan time sembang2 kita...Hatiku begitu mengharap agar kalian tetap datang berhujung minggu disini walau diriku terpaksa berada disekolah seharian suntuk nextweek...Maghilah ghindu sangat dohni...

Thursday, March 25, 2010

ILMU YANG BERGUNA

Demi memenuhi permintaan teman sekerja yang tak putus2 mengajak,akhirnya saya mengalahkan diri pergi juga..Sebenarnya memang malas nak keluar tanpa apa2 tujuan dan tanpa diberitahu apa2 "tujuan".Namun kerana teman ni banyak dan selalu sangat membantu,saya pun turutla jua kemahuan dia untuk sama2 ke Shah Alam semalam..




Rasa diri bagai di"kidnap",dalam hati dah dapat agak mesti benda tu..Tapi sedapkan hati gak maybe nak p PKNS,lehla saya shopping Jubah Muslimah design terbaru or tudung2 cantik kat sana...Menyusuri Roundabout Kayangan,haa x lain x bukan...ooohhh dah dapat agak...betul jua telahanku..Direct Selling @ MLM...Takpe sebab dah smpai,Mind Setting tak mau join langsung and tutup pintu hati kemas2 tanakkkkkkk...




Biasalah dia nak promote kita tuk join banyak la citer dia,kehidupan dulu yang susah makan gaji cukup bulan habis gaji,kawan2 pun makin menjauhkan diri,tuntutan kewangan yang hebat terutama yang tinggal di Lembah Kelang macam kita,x pernah pun terbayang leh pakai Mercedez,BMW,Harrier,Camry ada Simpanan hampir mencecah Jutaan Hinggit ayat yang paling last SEGALA-GALANYA BERUBAH SETELAH MENYERTAI PERNIAGAAN INI...itulah ayat terakhir yang akan keluar dari mulut setiap Tokoh yang berjaya semalam....




Semua mempromo habis-habisan,saya sekadar dengar sebab dah set awal2 tak nak join..hatta masuk ahli sekalipun...Namun apa yang masih terkesan dihati ialah saat Tokoh terakhir berbicara...Beliau merupakan Bekas Pensyarah Matematik,menceritakan pengalaman hidupnya suatu ketika dulu makan gaji..Gaji bulan ni paham2 ajelah bukan macam bisness..tunggu hujung bulan baru dapat,TAPI apa yang begitu mengusik hatiku ialah Beliau tidak pernah miss bagi duit kat mak dia RM300 sebulan...dia x cukup nak bayr keta ,umah n anak2 itu semua mak ayah dia tak pernah tau,apa yang penting setiap bulan tak pernah miss..katanya "Walau tak pernah cukup pandaila saya berbajet, apa yang penting keberkatan dengan amalan mendahului ibubapa dalam segala2nya"....Ohhh ayat itu cukup berbekas dihati...




Selalu juga saya terfikir,oh betapa sedikitnya nilai RM200 nak diberi..Namun Dr Fadhilah Kamsah ada berkata walau RM50 yang diberi sekalipun disitu Allah menjanjikan keberkatan yang tidak ternilai..percayalah keberkatan itu bukan datang dengan kekayaan yang melimpah ruah,keberkatan itu akan hadir seiring dengan ketenangan hati beribadah kepadaNya,dikasihi dan disenangi oleh orang sekeliling,senantiasa dipermudahkan segala urusan...Apabila kita dihormati orang sekeliling maka mereka akan mendoakan yang baik2 untuk kita..Maka sentiasa menjadi orang yang MEMBERI...




Berbalik kepada cerita tadi,setelah selesai segala demonstrasi,kami didesak dan diasak untuk join,saya masih berkeras dan terus berkeras tanak join..Sebenarnya hati ni lembut sangat untuk dipujuk namun mengenangkan ianya memerlukan komitmen yang bukan sedikit dan terpaksa keluar malam,maka saya bulatkan tekad memang tak nak join.Hanya sekadar "register member"tak sampai RM100 pun.itupun semata-mata tak nak menghampakan kakak tadi yang beria-ria bercakap.Kul 1.30 pagi baru balik...Pengorbanan masa,itulah harga yang perlu dibayar bagi sapa2 yg mnyertai perniagaan ini. Kalau orang yang dah berkeluarga tak rasa bersalah ke pada suami ngan anak2???balik lewat malam, ooh kalian semua kurasakan cukup terabai...



Walau tak join perniagaan ini,Namun satu baris ayat yang kudengar semalam cukup terkesan sampai sekarang dan insyaAllah sampai bila2 "MEMBERILAH WALAU SEDIKIT,BETAPA INDAHNYA HIDUP ANDAI SELALU MEMBERI..."

Wednesday, March 24, 2010

LULUS TEMUDUGA..

Alhamdulillah selepas berhempas pulas baca dab hafal tentang National Key Result Area(NKRA),Key Performance Indeks(KPI),Pedagogi,Teori Pendidikan Parlov,Thorndike..Psikologi Pendidikan,Sekolah Kluster,Sekolah Berprestasi Tinggi,wawasan dan Bestari,6 teras PIPP dan banyak lagi fakta dalam dunia pendidikan.Akhirnya saya lulus jua dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran..Syukur Alhamdulillah,selesai satu peringkat hanya perlu tunggu untuk sah jawatan saja..


Jadi,hari ini saya terpaksalah berpagi2 di Klinik untuk buat Urine test n X-Ray..Ingat nak p Hospital Sungai Buloh,rupanya kalau nak buat kat HSB result sumer tu akan keluar sebulan lagi..Jadi saya amik keputusan buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta saja..cepat,pantas dan tangkas walau terpaksa berbelanja lebih(RM115.00) sedangkan Hospital Kerajaan Just Free Of Charge...!!
Waahh..ini merupakan kali ke3 saya wat X-Ray..Masa nak masuk UPM(2004),IPGM(Maktab 2008) n hari ni untuk Perlantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah..Harap semua berjalan lancar dan dipermudahkaNya..

Tuesday, March 23, 2010

TRAGEDI BALIK KAMPUNG..

Lastweek balik kampung ngan kengkawan nira,syara n baby Aqeef Misyari..Bertolak kul 8 lebih ambik syara kat greenwood..Awal perjalanan ok,bukan main kata nak konvoi ngan ema tapi ema selalu tertinggal dibelakang..sory maa..tak reti la nak bawak keta slow2..sampai tersesat kawan tu kat Raub...Sampai kat Gua Musang kul 11 lebih makan sama2..alahai baby aqeef wat hal,terpaksalah gilir2 dukung baby kesian kat ibu syara mau makan..Rupa2nya baby aqeef ni kalau keta berenti dia akan nangis,kalau keta bergerak dia rasa macam orang hayun buaian,tu yang dia lena tido masa on the way..(Kata ibunya..)
Setel makan tghari kami teruskan perjalanan yg masih bersisa..Namun,kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..ceawwahhh..perjalanan yang lancar tadi mula tersekat-sekat di KM 64 Jalan Kuala Krai-G.Musang...bukan main membebel mak cik2 dalam keta ingatkan ada roadblock..yalaa panas2 cenggini takut baby meragam..nasib baikla bby nyenyak tido..cuma mak bby yg byk mengomel..huhu..
Adooyyy..lamanya jem...sabar2...


Mana roadblocknya???Mana polisi dong?? tak nampak pun...




rupa2nya...



Ada lori terbalik,nampak gaya macam muatan berlebihan dan di punya body landing 2 way...haaa..tak ke naya nak tunggu tolak ketepi badan lori yang besar gedabak tu bagi mmberi laluan at least satu jalan..adoyy sakit kepala n pedih mata menahan perit mentari...
My dad pulak tak berenti2 call anak kesayanganya..20 minit sekali dia call sampai anaknya tak reti dah nak jawab apa..."kak duk kat ne dah??" tak terkira banyak kali..."K.Krai lagi bah,kul 3 lebih kak sampaila..abah tunggu...,"
Mahu melepasi accident tadi sempatla snap! snap!,Abang polis cakap "jalan..jalan.."..haa dia x tau ke dalam keta ni ada reporter..
Berenti Solat kat T.Merah,kul 5 ptg baru sampai...Antara jam 4-5 ptg,rupa2nya ada 9 panggilan abah yang tidak dijawab..tertera 019-911**** dan 019-933**** .sampai kat umah cakap kat mak,mak cakap banyak2 panggilan mak banyak lagi panggilan abah...Thanks a lot dad atas keperihatinan dan kasih sayangmu pada Kak,nilai kasihmu cukup bernilai padaku...huhu terharu dengan tulus kudus kasihmu abah..

Wednesday, March 10, 2010

EPI BUFDAY MYPREN..

SELAMAT HARI LAHIR BUAT TEMAN SEDARI KECIL.ROSLIZA ARIFFIN TEMANKU,SAHABATKU DUNIA AKHIRAT..HINGGA KESAAT INI USIA PERSAHABATAN KITA TELAH MENJANGKAU KE USIA 22 TAHUN...

DOAKU MOGA JALINAN UKHUWAH DAN TAUTAN MAHABBAH YANG TERBINA ANTARA KITA SEJAK SEKIAN LAMA TERUS UTUH DAN TERUS MEWANGI SELAMANYA..

KALA USIAMU MENJENGAH KE 26 TAHUN BEBERAPA KETIKA TADI,TIADA APA YANG SERING AKU DAMBAKAN DAN DOAKAN BUAT TEMAN2 , MEMOHON MOGA PERTAMBAHAN UMUR KALIAN SEIRING BERSAMA PERTAMBAHAN AMALAN DAN CUCURAN KEBERKATAN DARINYA.

SEMOGA TERUS DIPAYUNGI RAHMAT ALLAH,DIMURAHKAN REZEKI,DITERIMA SEGALA AMALAN DAN DIPERTEMUKAN JODOH DENGAN PASANGAN YANG BAIK..


"Sahabat,kita pernah melalui detik itu...Saat itu kita ketawa girang bermain bersama,Kala itu kita pernah tersungkur duduk meratap hiba melanda diri,lewat waktu itu kita telah mencipta rona2 indah jua garis duka bersama...Alhamdulillah,sehingga saat ini Allah masih memelihara hubungan suci ini...Tiada lain yang dapat memisahkan kita melainkan detik kematian adanya..."

Terima Kasih Zaza untuk kesekian kalinya...

Kala ditanya...

Sebenarnya saya tidak pernah berhasrat mem'publish' kad jemputan ni dalam ruang usang ini,namun tatkala difikirkan ada kaitan dengan soalan yang diutarakan oleh teman sekerja tadi..Maka terpaksalah dipertontonkan invitation card ni..

Masa tengah syok2 makan asam tadi bersama mama2 morning sickness tak semena2 Diyanah tanya soalan ni..." Cik Faa tak sedih ke adik nak kawen,?? " Wahhh terkejut ngan soklan dia..Jawapan ikhlas yang keluar dari mulutku " Ya Allah diey,apa nak sedih orang rasa gembira berganda diey...gembira coz menerima ahli baru dalam keluarga dan satu lagi bakal adik ipar orang ni memang rajin...sekurang-kurangnya dia boleh meringankan kerja2 mak kat umah.."

Temanku menambah lagi " Tapi kan Cik Faa kakak kita sedih kita nak kawen bulan 11 ni..." Saya pun jawab " Mungkinlah kalau adik beradik perempuan kita akan rasa sedih kot sebab akan tinggalkan kita dan kena ikut suami..." Bezanya adik kita lelaki dia lebih diberi autoriti dalam mmbuat pemilihan kerana dia adalah ketua,sebagaimana ayat "Arrijalu Qawwamunaa'alannisa' " Lelaki adalah pemimpin bagi wanita...Jadi buat apa nak sedih kebahagiaan adik kita adalah kebahagiaan kita..Kedukaan dia akan membuatkan kita turut sama bersedih..Cubit paha kiri paha kanan turut terasa...



Jadi kepada sesiapa sahaja yang tersinggah di ruang marhain ini.Persudikanlah diri anda kerumah mak abah kami di Tanah Merah,Kelantan pada 19 March 2010 hari Jumaat bagi meraikan majlis menyambut menantu, Nur Izyan Binti Abdullah isteri kepada adinda tersayang Mohd Fadli Bin Din.

Tuesday, March 09, 2010

PERIHAL REZEKI PENYEBAB ANAK DERHAKA

Bimbang sekali tatkala dimomokkan dengan akhlak remaja zaman sekarang,Ya Allah kecut perut,ada yang sepak tumbuk mak,cakap kasar dan yang paling mengguris hati ialah bunuh mak ayah...Nauzubillahiminzalik...
Mak yang melahirkan, ayah yang mmbanting tulang empat kerat mencari rezeki nak membesarkan anak-anak tapi ini balasannya..Saya paling nak marah kalau anak cakap kasar ngan mak..Masa belajar dulu ada sorang roomate, ya Allah dia punya bahasa ngan mak dia ngalahkan bercakap ngan musuh...dahla mak dia yang kena tipon kt dia..Kenapa ya benda ni terjadi..??
Mungkin perkara pertama yang patut dilihat ialah berkaitan punca rezeki.Semak punca rezeki.Banyak rezeki tak berkat .Dulu ibu bapa miskin tapi rezeki berkat.Hasil sikit tapi cukup kerana dijaga sumber keberkatannya.Tak tipu,tak menindas,kerja keras tulang empat kerat banting tulang ,peluh keluar baju bau busuk.
Sekarang ada yang kerja curi tulang.Buat kerja sampingan dalam masa tugas utama.Tak amanah dalam masa kerja utama.Curi barang ditempat kerja bawa balik dan sebagainya.
Ada perniagaan yang dibuat menindas orang bawahan dan pembeli.Harga dijual berlipat kali ganda.Rezeki dari menindas cara kehormat begini memang tidak berkat.Kaya tapi tak pernah cukup..
Berpunca dari itu doa pun tak makbul,ia berkait dengan sumber rezeki yang kita cari.Apabila makanan yang dimakan dari sumber yang tak berkat doa susah hendak terangkat..Apa yang patut di"stress"kan kat sini ialah berkaitan dengan punca rezeki.Seeloknya jauhkanlah daripada terjebak dengan keraguan dalam mata pencarian..Sedihnya andai berpunca dari rezeki tadi segala doa kita tak pernah Dia terima dan alangkah sedihnya ianya turut terpalit sama dalam pembentukan akhlak anak-anak kita...

Monday, March 08, 2010

KALAU DULU..

KALAU DULU..

Yeaaa..yeaaa cuti yeaay...yeaaay cuti..

TAPI...

kena masuk Maktab,maklumla KPLI KDC- Kursus dalam cuti

terpendamlah segala rindu dendam nak balik kampung

Kena utamakan belajar dulu...huhu belajar dalam sedih..

Setiap kali nak p maktab mesti stress dan emosi terganggu..






KALAU DULU... Masa senggangku tak sempat langsung nak update n nak masuk entry baru dalam blog
Apa lagi nak chatting ngan kawan2 lama sampai kul 2 3 pagi.
Semuanya lebih kepada penumpuan menyiapkan assignment yang bertimbun
Jangan terkejut pernah hingga 13 assignment yang perlu disiapkan untuk di "pos ekspress"kan atau dihantar pada interaksi seterusnya...
Itu tak termasuk prepare untuk presentation...
Huhuhu..Harus sentiasa berwaspada kerana kat maktab semua sentiasa di training untuk selalu membentangkan apa2 aje tugasan yang diberi..


Apa yang paling aku suka ialah berdebat..
Ada satu kelas malam tu kami berdebat, gamat satu kelas tentang pentadbiran di Malaysia
Sampai kawanku cakap kat aku "Bertenang Yang Berhormat..." Aduss mengalahkan sidang dalam Parlimen terlampau semangat ngan tajuk tu...hahaa nak tergelak rasa, coz beria2 nak mematahkan hujah budak laki satu kelas yang terang2 nak menegakkan benang yang basah,last2 memang benangnya basah...Yezz aku menang...!


KALAU DULU,
Malasnya nak p maktab,perlu cari kekuatan luaran dan dalaman
ohhh banyaknya barang perlu dipacking
Ahhh takde mood lagi nak belajar...


Tapi,bila dah seminggu kat maktab rasa tak nak balik plak
Belajar,berjaga malam menyiapkan tugasan bersama
makan di Downtown Cheras
Jalan2 ke KL
Bermain dan jogging kat Taman Tasik Permaisuri
Saling meluahkan masalah masing2
Bergelak ketawa..
Saling berdupp dap dup dap tatkala esok nk kena present
Sama2 menjadi minah2 skima sbb kat maktab markah personaliti jd autoriti


Masa 2 minggu Kursus Kissm lak,
Lagila skima memanjang
Kul 7 dah ada kat kelas
7.05 nyanyi lagu Negaraku
Lewat sudah dikira tak hadir dan secara automatik kursus ini drop
dan perlu memohon secara individu dgn JPN...
ahhh betul2 mengajar para guru agar berdisiplin dan menjaga tingkahlaku..
Hari2 kami akan dipantau sama ada pakai kasut hitam,nametag dan berpakaian kemas..


Kat sini aku pelajari sesuatu..
Sapa2 yang nak jadi berdisiplin dan lebih berpersonaliti jadilah pendidik kerana anda begitu di stresskan tentang penjagaan masa dan tingkahlaku yang baik...
Alhamdulillag segalanya telah kami tempuhi dengan jayanya..dan di IPGM Kampus Teknik Kuala Lumpur ini telah banyak memberi pengalaman dan pelajaran berguna dalam membentuk sahsiah dan personaliti seorang guru dinamik seterusnya sama2 mmperjuang legasi yang dibawa oleh lagu ini...Kami guru Malaysia,berikrar dan berjanji mendidik dan memimpin putra putri negara kita....


TAPI KINI....
Yezzz masa cutiku sepenuhnya dikampung
Tidak perlu pikir maktab,assignment,multimedia project dan present lagi
Hari pertama cuti terus bertolak ke kg
Bagi menikmati juadah enak,santapan kasih sayang sentuhan mak tersayang..
Jua jalinan kekeluargaan yang sentiasa mekar dalam lubuk hati anakmu ini..


Benar juga bagai dikata oleh kawan mak ni..

" Kak, kalau belum kawin ni cuti2 balik je jangan tak balik,kalau dah kawin mak kamu tak boleh nak kata apa sebab kamu kena ikut kata suami..."


Tepat sekali segala apa yang aku aplikasikan ini...Cuti je balik terus,jangan tunggu lagi. kesian kat mak abah rindu kat anaknya yang comel ini...wahhhh kenapa perasan sangat nihh??..

Sunday, March 07, 2010

Inilah yang dinamakan CINTA

Sehingga ke saat ini otak sy masih memikirkan tentang satu perkhabaran yang disampaikan oleh kenalan lama yang kukira sudah 10 tahun tidak bersua muka..Laman sosial itu telah mmpertemukan kami..Syukur ukhuwwah itu kembali terjalin..


Apa yang ingin diceritakan disini ialah tentang hakikat sebuah CINTA..
ceawwah..macamla pakar sangat,adala pengalaman zaman cinta monyet dulu.
 

Moga Allah mmpertemukan jodoh yang terbaik untuk "awak"..ameen..


Isshhh..apa yang aku merepek ni..melalut jauh lak..

Begini ceritanya...

Kawan sy si N ni bagitahu dia dipinang oleh budak satu kelas yang memang diakui dan diketahui oleh segenap warga sekolah dengan sikap pendiamnya dan susah nak bukak mulut..Si N ni sebenarnya antara yang menjadi rebutan dikalangan budak2 lelaki kat sekolah sebab dia memang putih dan cantik..Abang sy  sendiri pun tergila-gilakan dia..


Semasa dikhabarkan dengan berita tu,mata sy yang ngantuk x semena2 terbukak luas,padahal masa tu dah kul 3 pagi..punyalah tergelak besar dan tak boleh nak imagin macamana coz abang tu memang pemalu sesangat..Zaman sekolah dulu geng kami namakan abang ni "Tukang Tilik" atau TT sebab dia suka perhati kat orang tapi x bercakap langsung..dan pemalu tahap maksima..! Tapi mungkin si TT ni mmndam perasaan lama sangat, last2 segala yang dipendam sekian lama terbongkar jua..Masa orang lain duk sibuk berebut si N hari tu dia wat dono je.. Namun kini,akhirnya terjawab. Si N yang mnjadi rebutan ramai ni bakal menjadi milik "Tukang Tilik"...Tak sabar nak bagitau  my abang citer ni,mesti dia terkejut..


Pengajaran daripada apa yang berlaku kita seharusnya berfikir bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Ianya jauh melangkaui batasan pemikiran kita sebagai hamba..Bahkan seruan "Kun Fayakun" amat memberi pengertian yang mendalam kepada hamba2Nya yang mahu berfikir..


Andai hari ini anda katakan "Ishh takkanla dia","dia ke??" tak mustahil ada sekelumit HIKMAH yang Dia mahu anda fikirkan,fikirkan dari sudut yang paling dalam..Maka tak hairanlah wujudnya ayat ini "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,begitu juga lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"..Sebetulnya itulah karma hidup yang ditentukanNya..


Dalam meniti hidup ini sebenarnya kita seharusnya lebih banyak berfikir..Berfikir dan terus berfikir..Berfikir kenapa Allah jadikan aku begini,kenapa tidak begini..Berfikir cara begini mengelakkan daripada merungut dan tidak puas hati..Lantas "Ohh sepatutnya aku kena buat macam ni..., barulah jadi macam ni.",sebenarnya ia lebih kepada muhasabah diri..Yaa..!! muhasabah diri dan dalam masa yang sama akan bertambah iman kita..


Banyak sebenarnya perkara yang boleh menambahkan iman kita dalam menjalani kehidupan seharian..ianya bukan sekadar solat dan membaca al-Quran serta sedekah tapi lebih kepada unsur2 yang melibatkan proses pemikiran dan 'bancuhan' hati kita..sama ada selalu bersangka baik,mendoakan kebaikan dan sentiasa terbuka hati memaafkan kesalahan orang lain.


Sekadar Perkongsian,mudahnya nak dapat pahala dan menambahkan iman kita dalam seharian:

1-Bangun pagi2 pandang muka mak ayah (kalau mak abah jauh call or mesej la,takkan pagi2 nk balik kelantan)..

2- Pegang al-Quran(pegang je dh dapat pahala,pemurahNya Dia)

3- Pandang Laut (Betul la,saya dah pernah rasa masa berkayak kt Pangkor dulu..Takjub sangat ngan kuasa Tuhan,rasa kerdilnya kita)

Thursday, March 04, 2010

UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH...

Sebenarnya kan saya begitu tidak bersemangat 2 3 hari kebelakangan ini,rasa macam nak demam je..Hari ni lak,aduss sakit gigi..redha dengan ujianNya..Namun bimbang gak sat agi akan ditegur takde mood kala bersua ngan teman sekolah...Jadi,disaat begini akan ku cari ruang yang paling sunyi untuk bersendiri dan "menyelongkar" hikmah ujian ini..
Lalu kutemui "benda" yg tersorok itu:
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).
"Ya Allah ,Ya Tuhanku jika dengan ujian yang kau timpakan keatasku hari ini dapat menghapuskan dosaku dan dapat menambahkan imanku,aku redha...Namun aku bermohon Kau bekalkanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya"

Wednesday, March 03, 2010

Hanya kerana itu...

BILA MEREKA BERKATA:

Abang Sepupuku : Wei Cik kak,senyumla cikit masam je muka abang tengok...

Jiran kampungku: Mok cik som takut nak tegur kak, muka masam jer..

Cikgu Lelaki : Kenapa masam je ni,senyumla sikit..orang lain pun ponat juga...

Cikgu Pompuan : Fara, senyumla sikit...cuba buat kerja tu senyum,ini akak tengok masam mencuka...

Masa Pendaftaran Kursus LADAP kt Hotel Ancasa : "eh fara,orang jaga kaunter ni kena sentiasa senyum..." kata seorang peserta kursus..


Itukah sikapku,begitukah tingkahku dikhalayak?? Rasanya macam tak...Tapi sebenarnya kerapkali jugak aku ditegur dengan kata2 sinis macam tu...Betul ke aku susah nak senyum,belum cukup manis ke senyumanku,tidak terhibur lagi ke dengan sapaanku di setiap kali kita bersua teman???Profesional la kawan,takkan selalu nak senyum,bermanis muka dah kira ok la..kadangkala adala gak tak berapa nk manis muka..bila time2 yang kalian sedia maklum...Tapi sapaan kalian tak pernah hampa kan??? tetap ku jawab dan ku balas walau sibuk macam mana sekalipun..!!
Musykil sangat pasai ni??
Sebenarnya dh selalu sangat aku baca tentang "Hablun minallah,Hablun minannas"..
Hubungan dengan Allah,Hubungan dengan Manusia...
Kalau beginilah tingkahku dalam berhubungan dengan manusia aku dikira sombong...
Ohh tidak mahu digelar sombong
Dan juga tidak mahu dikatakan terhegeh2
Sering jugak terbaca
"Janganlah engkau memandang remeh walaupun sekadar memberi senyuman"
Maknanya semudah2 dan sesenang2 perbuatan adalah senyum
Maka berilah senyuman kerana engkau tidak diminta bayaran walau sesen pun dengan senyuman yang engkau beri...!!!
Wesss pedas tu...
Hakikatnya,
Ini semua mungkin sekadar perbandingan yang diada2 kan oleh kalian..
sebenarnya diriku bukanla sombong sangat dan bukannya susah sangat nak melemparkan senyuman...kerana ku tahu senyumanku "bisa membunuh" jiwa yang lara dan hati yang hiba (maknanya senyumanku akan mengubati keresahan hati dan kekacauan jiwa kalian...cheawwah...haha...ohhh perasannya..)
Namun,
sebenarnya aku amat mempercayai kuasa salam.
Yaaa, kuasa salam dalam memulakan hubungan..
dan amat merasakan begitu takjub dengan kuasa salam
Awal pertemuan dimulakan dengan salam...
Nescaya akan kalian temui keindahan ukhwah...
Percayalah...!!
Teringat satu kisah,
Seorang salesman keta,bukan nak kata tak hensem tapi okla...begitu tertawan dan terpegun dengan sikapnya setiap kali telifon n jumpa msti mula dan akhir dengan salam...dahla dia punyer sebutan Assalamualaikum tu sempurnaaa,bukan mcm asekummm,sekummm...(betul2 terasa dia mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita..) dan aku merasakan wife dia terpikat ngan dia pun kerana kuasa salam yang diamalkan setiap kali bersua...dan tutur katanya yang sopan...bagus betul abang nih...
Mulakan salam walau dengan mak cik indon pencuci bangunan,pengawal keselamatan ,penjual ais krim hatta peminta sedekah sekalipun..jangan pandai nk bagi salam pada yang berpengaruh je..kuasa salam juga bisa menyejukkan hati orang yang tengah marah...!!! bukan semata2 digunakan untuk mengorat jer...kalau masa zaman neolitik dulu(bangku sekolah),ada yang nakal "Awakk,dia kirim salam kt awak...x jawab dosa...!!!" cheaa cheaaa pandai plak dia dosa pahala...
Moral Of The Story "Belajarlah dari kesilapan,teguran hari ini kebaikan hari esok...Belajarlah untuk terus jadi yang terbaik...terbaik untuk diri sendiri serta orang lain" Walau dah rasa cukup baik tapi itu mungkin dimatamu...cermin diri,hiasi peribadi,perelok pekerti nescaya akan dihormati...(Senyum dulu baru Salam ke Salam dulu baru Senyummm???)

Tuesday, March 02, 2010

ANTARA KELETAH,AKSI MANJA DAN KASIH SEORANG KAKAK...

Separuh ingatanku tertumpu padanya,melambung bil telefonku gara2 mahu mendengar suaranya...sehari tak mendengar suaranya sengsara terasa...24 jam seharian cutiku berdamping dengannya..Ratap senduku tak tertahan menanggung rindu padanya...Kurasa dia pun begitu...
Hari ni dia demam,setelah seminggu berjauhan dengan pengikat kasih dan pembuat susu yang setia...ohh mia,demam ya?? 2 minggu lg kakakmu pulang...Sabar yaa..





Tak mudah untukku menghadapi semua ini,sedangkanku menyayangimu sepenuh hati...

Monday, March 01, 2010

BETUIII KAA??



Meh kita tengok sapa yang kena,terkena dan kena mengena ngan ramalan nih..

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera dan seni
pengasih, penyayang(yg ni insyaAllah teramat betul) dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat



Betuii ka??,isshhh macam terkena je cikit2 tempias...atau kebetulan..makan cili memang terasa pedas,minum ais terasa sejuk lepas tu batuk2...So,fikir dan muhasabah diri..kalau dah rasa cukup baik moga leh jadi lebih baik dan terbaik...Apa yang penting nak berjaya kita perlu BERUBAH...!!
Tang Mana yang perlu berubah??