Alhamdulillah kondisi semakin baik setelah beberapa hari melalui sekecil-kecil ujian ujian dariNya..
Beberapa hari yang lepas kerap sangat perkara tentang tajuk ni berlegar-legar dalam minda saya.Namun apakan daya saat itu saya belum mempunyai kudrat yang mencukupi untuk memproses ingatan jangka panjang tentang pengalaman saya mengenai "ujian,antara kelebihan dan kekurangan".Bila tenaga terkumpul semula,saya rasa sangat tidak sabar untuk menulis artikel ini.
Ok,sebelum tu saya rasa lebih elok jika saya terangkan definisi tajuk ni dulu.Sebenarnya apa yang saya maksudkan disini ialah Kekurangan,sebagaimana yang kita semua tahu dan sangat arif, kekurangan,kesusahan dan kesakitan sering diklasifikasikan oleh umum sebagai ujian.
Namun,jarang sekali kita semua memandang bahawa pemberian dan anugerah juga merupakan satu ujian.Seharusnya tanggapan tentang ujian harus dipandang dari skop yang lebih luas agar kita tidak terus hanyut dan lalai.Seolah-olah kita sedang diduga,pastinya kita akan menyusun langkah sebaik mungkin dan mahu menghindarkan terus dari sebarang kecacatan kan??
Saya rasa bagai disindir beberapa hari lepas ketika hari pertama saya diserang demam.Antara yang masih saya ingat apa yang keluar dari corong radio ketika itu,kata doktor yang diwawancara "Kita tidak akan menghargai kesihatan selagi kita tidak sakit.."
Oh,sangat terasa tetapi itulah realitinya..!! Sesuatu yang kita ada,tidak akan kita rasai betapa berharganya sebaliknya akan lebih dihargai bila tiada.
Kita hanya mengecapi satu anugerah atau kelebihan dengan rasa bangga dan gembira tanpa memikirkan dari sudut yang lebih mendalam.Seolah-olah kita lupa semua itu hanya pinjaman dan semuanya akan diambil semula suatu hari nanti.
Sering dan acapkali kita dengar kelebihan diri membuatkan manusia menjadi sombong dan angkuh.Mendabik dada seolah-olah "dunia ini aku yang punya" sebenarnya mereka itu sedang menghadapi kemelut ujian yang maha hebat.Ujian diantara pengabdian diri dan rasa penuh pengharapan pada al-KhaliQ.
Hukum Alam,tidak perlu disangkal lagi kita hanya betul-betul memerlukan 'pendamping' apabila kita benar-benar rasa teruji,saat diri betul-betul lemah dan tak berupaya dan ketika cabaran yang maha hebat yang kita perlu tempuhi serta saat mendepani musibah yang bisa merembeskan genang air mata.Saya rasa ketika itu,memang kita sangat berhajatkan 'pendamping'.Sedangkan 'pendamping yang Maha Agung' itu sering mahu mendampingi kita disaat susah dan senang.Kita sahaja yang agak dangkal tentang itu.
Sebenarnya saya memerlukan banyak masa untuk menulis,namun core bisnes saya agak mencemburui saya.
Takpe sebelum tu saya mesti kongsikan sedikit pengalaman yang pernah saya tempuhi.Saya mahu menceritakan tentang pengalaman seorang kakak yang saya kenaii masa minggu orientasi di Institut Perguruan 2 tahun yang lalu.Begitu cepat kemesraan kami lantaran sikap ramah dan mesra kakak ni sehingga banyak cerita yang boleh kami kongsikan bersama.
Cerita ni lebih terarah kepada ujian disebalik anugerah.Ok, macam ni.Kakak ni sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata.Puas sudah berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dambaan.Dalam masa yang sama tidak lupa untuk memohon KPLI.Saban tahun permohonan diapply.
Alhamdulillah,Januari 2008 rezeki memihak kepadanya dan turut mempertemukan kami di IPGM Kampus Teknik KL.Seminggu selepas minggu orientasi diam tak diam,beliau disahkan mengandung."Syukur DIA makbulkan doa permohonan pasangan ini".Namun,sebalik anugerah ini ada dilema menanti sama ada mahu meneruskan pengajian atau berhenti.
KPLI pun perlu,pintu rezeki untuk kesinambungan hidup anak-anak dan keluarga.Anak??? tersangatlah nak, sebab itulah permata hati yang ditunggu2 selama ini setelah menempuh malu dan aib saat ditanya tentang itu sepanjang lima tahun yang lalu.
Beliau memilih untuk berhenti dari Kursus Perguruan dan meneruskan kehidupan sebagai bakal ibu ketika itu.Untuk makluman, guru-guru KPLI yang mengandung perlu berhenti serta merta dari kursus dan perlu memohon untuk tahun berikutnya.Kalau belum sampai umur 35 tahun takpe lagi,masih ada peluang.
Hahh,itulah dia saya nak cerita ujian disebalik anugerah mahu menilai keimanan kita,mana satu pilihan kita.Semuanya perlulah berlandaskan logik akal dan dipimpin sama dengan keteguhan pasakkan iman dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment