Pages

Friday, February 25, 2011

Kalimah SYUKUR..

Syukur...syukur...syukur,kerna DIA serahkan semula nikmat yang pernah saya kecapi selama ini.

Menghitung hari yang penuh abnormal,sukar...tak seperti yang biasa.Tanpa nikmat deria rasa dan deria bau,semuanya bagaikan hambar belaka..Tom Yam tanpa rasa,Sup tanpa perisa,Milo rasa tawar dan Cofee Mix pun rasa payau..

Perfume Body Shop,One Drop dan Avon dah tak dak beza dah..Semua sama ja,hanya renjisan air yang merembes tanpa sebarang perisa...Huhuhu..

Rupanya bila selsema ni,semua deria akan berkait antara satu sama lain ya..Fakta biologi yang baru saya tahu..Cikgu satu skul yg bgtau,pasaii sekarang musim demam selsema.Bila kita demam selain daripada rasa payau dan hidung tersumbat,telinga kita juga akan berdengung dan sistem bunyi turut terganggu..Maknanya Sound Trouble la kejap..Bila selsema dah ok,semua sistem tadi akan "berkerja" seperti sedia kala dan menjadi normal semula.

Arghh...perit sebenarnya,seminggu sahaja nikmat itu ditarik terasa bagaikan sangat lama...Minda mula memproses antisipasi,membuat perkiraan dan mula membayangkan "Kalaulah manusia tidak dikurniakan deria rasa,deria bau dan deria bunyi,mesti tak syokk hidup kan.."



Alhamdulillah,walaupun belum pulih sepenuhnya..ok la sikit daripada 2 3 hari lepas.

Terima Kasih Tuhan kerana mengembalikan semula "kuasa hikmat" 3 deria ini pada saya..

No comments:

Post a Comment