Pages

Sunday, February 20, 2011

Saya Kini di Filipina..

Salam Travelogue,Salam Pengembaraan.

Hampir tiga hari berada di Filipina,saya rasa sungguh bahagia sekali.Apatah lagi bila dikelilingi sahabat handai yang sangat memahami seperti Newton dan Shane.Malah apa yang lebih membahagiakan ketika berada kat sini bila selalu mendapat perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada mak cik-mak cik di perkampungan tersebut seperti mak cik Roselyn,Nenek Choleng,Pak Cik Orly,Myrna,Angie,adik Marie Curie dan Baby Kenneth...

Sepanjang tiga hari lepas saya juga dibawa melawat ke Manila,menaiki kapal ke Pulau Coregidor,mengelilingi bandar Bataan dan Malikat.Sungguh menyeronokkan lawatan ke Filipina.

Melihat budaya dan cara hidup masyarakat kelas bawahan di Filipina,ada satu perkara yang begitu saya puji iaitu semangat kerjasama dan tolong menolong apabila berlaku sesuatu musibah.Magisnya rasa kasih sayang dalam hidup mereka tatkala sebuah keluarga dirundung masalah sehingga satu kampung mengambil inisiatif dengan berusaha dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Banyak yang saya perolehi pada lawatan kali ini.

Saya sangat berharap pada masa akan datang saya dapat melancong ke Thailand (jiran sblh je ni),Korea dan Mexico pulak..Hehehe sangat best.


Hahaha,Sebenarnya saya pergi ke Filipina melalui ruang maya ja..Ini semua berpunca daripada Drama kegilaan saya iaitu "Sanay Wala Nang Wakas" yang dibintangi oleh model popular Filipina Kristine Hermosa dan Jericho Rosales.

Sangat best cerita ni,lambat betuii nak habis sekarang baru episod 70..mabuk..mabuk.Padahaii dah tengok zaman remaja dlu,saja nak mengimbas kembali nostalgia zaman muda dlu..~nasib baikla sekarang pun masih muda lagi~ :-)

Yang menunggu untuk ditravel maya:

Mae Ai Sae Earn

Phoenix Blood

Soda and Ice Tea

Pangako Sayo

Full House

Stairway to Heaven

El Amor no Escomolopintan

Juana Miracle

2 comments:

  1. ingatkan pegi betul2..... terpedaya kita dbuatnya... hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha...saya mampu mengheret awak untuk travel brsama saya.Mana tau ada rezeki lps ni leh p sana kan..

    ReplyDelete