Pages

Saturday, February 12, 2011

"Percayalah,saya buat macam ni sebab saya sayang awak."

Kelu, tidak mampu berkata-kata.Hanya bait ini mampu menafsirkan sekelumit rasa yang tersembunyi dilubuk hati.

"Percayalah ,saya buat macam ni sebab saya sayangkan awak" Signifikannya macam nak menunjukkan pengorbanan suci seseorang kepada orang yang sangat dikasihinya.

Walhal ia hanyalah sekelumit rasa berbaur teguran buat insan-insan yang pernah saya kenal dan telah lama membesar bersama saya.Sedikit perkongsian sahaja,tidak lebih daripada itu.Moga kita cepat2 tersedar,mengusir kebejatan menghambat kedangkalan yang tak kunjung padam mendatangi kita.

Namun,jauh di sudut hati saya amat bersyukur.selepas beberapa ketika status ini ditulis, beliau kemudiannya merubah (profile pic), dan saya sangat berharap moga perubahan ini bukan untuk sementara.

Sebenarnya tak mampu lagi saya menjelaskan dengan bahasa yang lebih bombastik,namun percayalah teguran ini jauh sekali menyimpang dari unsur benci atau jelik tapi ianya lebih kepada PERASAAN KASIH DAN SAYANG SAYA PADA KAUM YANG SEJENIS DENGAN SAYA...

Bagi yang masih bujang,kesian kat ayah.Manakala yang dah bersuami kesian pada suami2 anda..KERANA dosa ISTERI,ANAK PEREMPUAN sebenarnya MAMPU MENGHERET AYAH/SUAMI ke NERAKA.Nauzubillahhh..




Saya tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan saya,TAPI timbangilah apa yang baik sebagai ikutan dan yang buruk sebagai sempadan.

Kepada yang sangat terasa akan kerigidan saya dalam status semalam,saya tidak akan berkecil hati jika anda mahu meremove saya dalam friendlist anda kerana untuk kesekian kali saya ulang "Saya buat semua ini sebab saya sayangkan awak"...Ini semua yang asas kawan..!! Kita sama2 timba masa kat sekolah agama dulu..


Mungkin anda malu dengan saya?? Baguslah "al hayaa u minal iman" Malu itu separuh daripada iman. Bila malu,kira dah sedarlah kita sedang melakukan kesilapan.Tak gitu?? cuma tinggai lagi nak berubah ke tidak..

Cuba fikir sejenak wajah sayu si tua yang membesarkan kita,berapa umur dia sekarang? Perahan keringat mereka ,titisan air mata mereka nak me'manusia'kan kita..Perjalanan hidupnya, berapa timbangan dosanya?? Rupanya diam tak diam "wali keramat" ini perlu pula menanggung kesalahan si muda dewasa yang telah dicurahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi sedari kecil...aduhhh apalah nasib...

Sayang Abah??

Sayang Ayah??

Sayang Papa??

Cinta pada insan yang melafazkan "aku terima nikahnya"??


Kasih pada manusia yang bertindak sebagai pelindung ini??


Jadi..

Jangan tempah tiket neraka untuk insan2 yang kita cintai ini..!!!

No comments:

Post a Comment