Pages

Monday, February 28, 2011

Tercipta Engkau Dari Rusuk Lelaki..

Terbit rasa ingin berkongsi dengan semua wanita yang ada diluar sana..Selebihnya sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Luangkan 2 minit anda :-)

1) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2) Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang soleh.

3) Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki jahat.

4) Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

5) Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

6) Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Sunday, February 27, 2011

Ujian, Antara Kekurangan dan Kelebihan.

Assalamualaikum,Salam Pagi Hujung Minggu.

Alhamdulillah kondisi semakin baik setelah beberapa hari melalui sekecil-kecil ujian ujian dariNya..

Beberapa hari yang lepas kerap sangat perkara tentang tajuk ni berlegar-legar dalam minda saya.Namun apakan daya saat itu saya belum mempunyai kudrat yang mencukupi untuk memproses ingatan jangka panjang tentang pengalaman saya mengenai "ujian,antara kelebihan dan kekurangan".Bila tenaga terkumpul semula,saya rasa sangat tidak sabar untuk menulis artikel ini.

Ok,sebelum tu saya rasa lebih elok jika saya terangkan definisi tajuk ni dulu.Sebenarnya apa yang saya maksudkan disini ialah Kekurangan,sebagaimana yang kita semua tahu dan sangat arif, kekurangan,kesusahan dan kesakitan sering diklasifikasikan oleh umum sebagai ujian.

Namun,jarang sekali kita semua memandang bahawa pemberian dan anugerah juga merupakan satu ujian.Seharusnya tanggapan tentang ujian harus dipandang dari skop yang lebih luas agar kita tidak terus hanyut dan lalai.Seolah-olah kita sedang diduga,pastinya kita akan menyusun langkah sebaik mungkin dan mahu menghindarkan terus dari sebarang kecacatan kan??

Saya rasa bagai disindir beberapa hari lepas ketika hari pertama saya diserang demam.Antara yang masih saya ingat apa yang keluar dari corong radio ketika itu,kata doktor yang diwawancara "Kita tidak akan menghargai kesihatan selagi kita tidak sakit.."

Oh,sangat terasa tetapi itulah realitinya..!! Sesuatu yang kita ada,tidak akan kita rasai betapa berharganya sebaliknya akan lebih dihargai bila tiada.

Kita hanya mengecapi satu anugerah atau kelebihan dengan rasa bangga dan gembira tanpa memikirkan dari sudut yang lebih mendalam.Seolah-olah kita lupa semua itu hanya pinjaman dan semuanya akan diambil semula suatu hari nanti.

Sering dan acapkali kita dengar kelebihan diri membuatkan manusia menjadi sombong dan angkuh.Mendabik dada seolah-olah "dunia ini aku yang punya" sebenarnya mereka itu sedang menghadapi kemelut ujian yang maha hebat.Ujian diantara pengabdian diri dan rasa penuh pengharapan pada al-KhaliQ.

Hukum Alam,tidak perlu disangkal lagi kita hanya betul-betul memerlukan 'pendamping' apabila kita benar-benar rasa teruji,saat diri betul-betul lemah dan tak berupaya dan ketika cabaran yang maha hebat yang kita perlu tempuhi serta saat mendepani musibah yang bisa merembeskan genang air mata.Saya rasa ketika itu,memang kita sangat berhajatkan 'pendamping'.Sedangkan 'pendamping yang Maha Agung' itu sering mahu mendampingi kita disaat susah dan senang.Kita sahaja yang agak dangkal tentang itu.



Sebenarnya saya memerlukan banyak masa untuk menulis,namun core bisnes saya agak mencemburui saya.

Takpe sebelum tu saya mesti kongsikan sedikit pengalaman yang pernah saya tempuhi.Saya mahu menceritakan tentang pengalaman seorang kakak yang saya kenaii masa minggu orientasi di Institut Perguruan 2 tahun yang lalu.Begitu cepat kemesraan kami lantaran sikap ramah dan mesra kakak ni sehingga banyak cerita yang boleh kami kongsikan bersama.

Cerita ni lebih terarah kepada ujian disebalik anugerah.Ok, macam ni.Kakak ni sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata.Puas sudah berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dambaan.Dalam masa yang sama tidak lupa untuk memohon KPLI.Saban tahun permohonan diapply.

Alhamdulillah,Januari 2008 rezeki memihak kepadanya dan turut mempertemukan kami di IPGM Kampus Teknik KL.Seminggu selepas minggu orientasi diam tak diam,beliau disahkan mengandung."Syukur DIA makbulkan doa permohonan pasangan ini".Namun,sebalik anugerah ini ada dilema menanti sama ada mahu meneruskan pengajian atau berhenti.

KPLI pun perlu,pintu rezeki untuk kesinambungan hidup anak-anak dan keluarga.Anak??? tersangatlah nak, sebab itulah permata hati yang ditunggu2 selama ini setelah menempuh malu dan aib saat ditanya tentang itu sepanjang lima tahun yang lalu.

Beliau memilih untuk berhenti dari Kursus Perguruan dan meneruskan kehidupan sebagai bakal ibu ketika itu.Untuk makluman, guru-guru KPLI yang mengandung perlu berhenti serta merta dari kursus dan perlu memohon untuk tahun berikutnya.Kalau belum sampai umur 35 tahun takpe lagi,masih ada peluang.

Hahh,itulah dia saya nak cerita ujian disebalik anugerah mahu menilai keimanan kita,mana satu pilihan kita.Semuanya perlulah berlandaskan logik akal dan dipimpin sama dengan keteguhan pasakkan iman dalam diri kita.

Friday, February 25, 2011

Izinkan saya...

Izinkan saya menterjemah rasa...
*
*
*
*
*
*

benarkan saya mengemudi cita...

*
*
*
*
*

menzahirkan sekelumit suka
pada anugerah Allah yang satu ini...
Ohh..Indahnya
Purple,Ungu dan banafsajiyyun (in arabic)

Warna kehidupan
pelbagai,
magis,
penuh rahsia,
karma maya,
tersurat
dan
tersirat
aturan al-KhaliQ
menyingkap luhur dan hebatnya kasihMu
dalam utusan cinta
pada makhluk ciptaanMu...

Kalimah SYUKUR..

Syukur...syukur...syukur,kerna DIA serahkan semula nikmat yang pernah saya kecapi selama ini.

Menghitung hari yang penuh abnormal,sukar...tak seperti yang biasa.Tanpa nikmat deria rasa dan deria bau,semuanya bagaikan hambar belaka..Tom Yam tanpa rasa,Sup tanpa perisa,Milo rasa tawar dan Cofee Mix pun rasa payau..

Perfume Body Shop,One Drop dan Avon dah tak dak beza dah..Semua sama ja,hanya renjisan air yang merembes tanpa sebarang perisa...Huhuhu..

Rupanya bila selsema ni,semua deria akan berkait antara satu sama lain ya..Fakta biologi yang baru saya tahu..Cikgu satu skul yg bgtau,pasaii sekarang musim demam selsema.Bila kita demam selain daripada rasa payau dan hidung tersumbat,telinga kita juga akan berdengung dan sistem bunyi turut terganggu..Maknanya Sound Trouble la kejap..Bila selsema dah ok,semua sistem tadi akan "berkerja" seperti sedia kala dan menjadi normal semula.

Arghh...perit sebenarnya,seminggu sahaja nikmat itu ditarik terasa bagaikan sangat lama...Minda mula memproses antisipasi,membuat perkiraan dan mula membayangkan "Kalaulah manusia tidak dikurniakan deria rasa,deria bau dan deria bunyi,mesti tak syokk hidup kan.."



Alhamdulillah,walaupun belum pulih sepenuhnya..ok la sikit daripada 2 3 hari lepas.

Terima Kasih Tuhan kerana mengembalikan semula "kuasa hikmat" 3 deria ini pada saya..

Tuesday, February 22, 2011

Anugerah Terindah..

Dengan lafaz ALHAMDULILLAH,dipanjatkan kesyukuran pada Tuhan Sekelian Alam diatas limpah inayah dan kasih sayangMu pada kami sekeluarga.

Terima Kasih Ya Allah atas pemberian ini,Sesungguhnya "KasihMu Amanahku" ini akan membawa seribu satu rahmat dan kebahagiaan buat kami.InsyaAllah..


Sebenarnya,sebentar tadi saya baru sahaja menerima anak saudara ke-4 anak my kakak sulung.Seorang Puteri..belum menerima latest picture lg..huhuhu..

Sunday, February 20, 2011

Saya Kini di Filipina..

Salam Travelogue,Salam Pengembaraan.

Hampir tiga hari berada di Filipina,saya rasa sungguh bahagia sekali.Apatah lagi bila dikelilingi sahabat handai yang sangat memahami seperti Newton dan Shane.Malah apa yang lebih membahagiakan ketika berada kat sini bila selalu mendapat perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi daripada mak cik-mak cik di perkampungan tersebut seperti mak cik Roselyn,Nenek Choleng,Pak Cik Orly,Myrna,Angie,adik Marie Curie dan Baby Kenneth...

Sepanjang tiga hari lepas saya juga dibawa melawat ke Manila,menaiki kapal ke Pulau Coregidor,mengelilingi bandar Bataan dan Malikat.Sungguh menyeronokkan lawatan ke Filipina.

Melihat budaya dan cara hidup masyarakat kelas bawahan di Filipina,ada satu perkara yang begitu saya puji iaitu semangat kerjasama dan tolong menolong apabila berlaku sesuatu musibah.Magisnya rasa kasih sayang dalam hidup mereka tatkala sebuah keluarga dirundung masalah sehingga satu kampung mengambil inisiatif dengan berusaha dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Banyak yang saya perolehi pada lawatan kali ini.

Saya sangat berharap pada masa akan datang saya dapat melancong ke Thailand (jiran sblh je ni),Korea dan Mexico pulak..Hehehe sangat best.


Hahaha,Sebenarnya saya pergi ke Filipina melalui ruang maya ja..Ini semua berpunca daripada Drama kegilaan saya iaitu "Sanay Wala Nang Wakas" yang dibintangi oleh model popular Filipina Kristine Hermosa dan Jericho Rosales.

Sangat best cerita ni,lambat betuii nak habis sekarang baru episod 70..mabuk..mabuk.Padahaii dah tengok zaman remaja dlu,saja nak mengimbas kembali nostalgia zaman muda dlu..~nasib baikla sekarang pun masih muda lagi~ :-)

Yang menunggu untuk ditravel maya:

Mae Ai Sae Earn

Phoenix Blood

Soda and Ice Tea

Pangako Sayo

Full House

Stairway to Heaven

El Amor no Escomolopintan

Juana Miracle

Friday, February 18, 2011

Penting sangatkah menggunakan tangan kanan??

Assalamualaikum Wbt,Salam tengahari jumaat.

Memilih tajuk, Penting sangatkah menggunakan tangan kanan?? Secara umumnya sangat penting kita memulakan sesuatu yang baik itu dengan menggunakan anggota sebelah kanan.


Bukan bercerita perihal makan,memberi sedekah dan menerima sesuatu sahaja,bahkan ianya lebih daripada itu.Menghurai lanjut mengenai keutamaan menggunakan tangan kanan,bahkan turut dikuatkan lagi dalam beberapa ayat al-Quran menceritakan tentang golongan sebelah kanan dan golongan sebelah kiri.


Sesiapa yang menerima buku catatan amalannya di sebelah kanan menggambarkan seorang yang baik,taat kepada Allah Azza wa jalla dan akan memperolehi kerahmatan,keselamatan dan akan memperolehi keberuntungan di akhirat kelak.


Manakala yang menerima buku catatan amalannya dari sebelah kiri dapat dijelaskan sebagai orang yang dirundung kesedihan kerana buruk catatan amalan mereka semasa hidup dunia dulu.


Lebih daripada itu kita sangatlah digalakkan untuk memulakan anggota sebelah kanan untuk mengambil wuduk,kerana tersisip satu pahala sunat di sebalik autoritinya mengutamakan anggota sebelah kanan.


Ajari anak-anak atau adik2 kita agar memberi dan menerima sesuatu dengan tangan sebelah kanan.Jika tidak berkemampuan untuk berbuat demikian,misalnya tangan sebelah kanan memegang sesuatu cubalah ungkapkan kalimah sopan ini "maaf,guna tangan kiri.."


Saya sendiri tidak akan bagi botol susu pada Nur Damya Harleena selagi dia tak hulur tangan kanan.

Hahh nak mengajar kita perlu bertegas.



Seorang muslim telah memiliki identiti yang mulia kerana segala tindak tanduknya berlandaskan ajaran Rasulullah SAW.Beliau mengajak umat manusia kepada kesempurnaan adab.Tidak sepatutnya perkara-perkara seperti ini diperlekehkan.

Wednesday, February 16, 2011

Men"Cheng Ho" kan diri..

Salam Alaik..Salam Maulud Buat Junjungan kita Nabi Muhammad SAW..Berkat Kelahiran baginda ni saya mengambil inisiatif untuk share photo2 masa p Ekspo Cheng Ho kat KB hari tu.

Nahh, tengok gambar kat bawah ni...huhuhu betapa kerdilnya kita kan.Kita tu mewakili diri saya sebenarnya.10 kali setahun khatam al-Quran,Allahuakbar.. sejuk perut ibu mengandung.Kita nak sampai 2 kali setahun pun dah kira alhamdulillah dh..

Pernah berhasrat menghantar my bro kuasa 4,Mohd Fazreen Azriey ke Pusat Tahfiz al-Quran yang banyak terdapat di negeri kelahiran kami,namun sampai sudah, hamba Allah ini tak nak.Mengenangkan la ikroha fi ddin,saya pun memujuk hati sendiri agar tidak terus memaksa beliau berbuat demikian.Biarlah beliau bersekolah di sekolah harian biasa..Huhuhu sedih sebenarnya.

Bagi sayalah kan,inilah sebenarnya yang kita nak.Berjaya didunia bahkan turut berjaya diakhirat.Maknanya bijak dan pintar dalam akademik bahkan tidak melupakan bekalan "saham" untuk kehidupan yang lebih kekal.

Bangga dengan pencapaian mereka.

Agak berbaloi seharian berjalan bersama keluarga sambil men"cheng ho"kan diri di Ekspo Cheng Ho.Banyak benda baru yang diperolehi,sebahagian lagi yang tak pernah saya jumpa sebelum ini.Serunukkk makk.Len Kali pergi lagi..

Opps, sangat lupa ada cerita lucu sepanjang perjalanan.
Tapi saya rasa ianya perlu dihantar ke Majalah dulu barulah boleh diexpose kt sini agar ia kelihatan lebih ekslusif dan terpelihara.

Tuesday, February 15, 2011

Sebenarnya kan..

Wooww Design Template baru..
Okessla cuti2 menggodek

Kejap...

Sebenarnya saya bukannya
suka sangat ngan kaler hitam ni

Tapi tak nak nampak over sangat
saya combind la dgn kaler hijau tua nihh
nampak macam zuhud ja kann!!

Zuhud ya, atau merendah diri
tapi bukan jumudd!!

Puaihh jugak duk membelek template ni
nak kaler ungu
tp xdak yg cun melecun

Jd sy decide ler kaler nih
umm mcm kiuttss jugak
ala ala orang dewasa gitu..

Tengokla selama mana
saya boleh bertahan
dengan design ni...

(Huhuhu ini merupakan N3 yang hentah ape2..)

OoOppS..lupa nak habaq
kt kanan tu saya bubuh ler
watak utama dalam "filem" ni

Udahh udahh cer citer benda
pekdah cikit Cik Tulip oooii..
Dushhh!

Monday, February 14, 2011

Diari Seorang kakak : Part " Mia pakai pampers"

Ni semua cerita masa bercuti CNY hari tu.Masa cuti bulan 12 pun i dah praktis dah kat my little princess ni agar berenti2 ler pakai pampers sebab dah nak masuk tiga tahun.

Jadi, bila i nak pakaikan pampers untuk dia pada tepekkan terakhir pampers sebelum beliau bangun dengan megahnya, i akan mewasiatkan kata2 keramat ni.

"Adik tokleh pakai pampers doh lepas ni,nak masuk 3 tahun dh..pakai masa nak tidor je.."
of kosla i guna lahjah kelantan bila bercakap ngan adik i kan..pastu i sambung lagi "nak kencing atau nak uk uk ghoyat deh.."

okey,adik kata macam ni yaa,
(i siap ajar lg u alls!!)

"kak, adik nk kencing ni..pahtu kak bwk p bilik air la..,hahh cam tu"

So,teramatlah kerap saya bagi tahu dia benda yang sama setiap kali pakai pmpers untuk tido malam and kuar jalan2..

La nie,sapa2 yang pakaikan pampers untuk dia.Dia pulak yang akan cakap " nak kencing nak uk uk ghoyak dehhh"

Aduhaiii,adik2...Lancar sungguh mulut kamu berkata2 ya..Jadi terbalik pulak.Sebelum ni orang duk berpesan2 kat dia,skang dia plak yang memesan kt orang yang pakaikan pampers untuknya..cepat sungguh dia menghafal ayat keramat tu...

Moody...tp sekarang dh cool

N3 sedikit emo
membuak rasa mengusik jiwa

Saya manusia biasa
punye sedikit kelebihan
tapi
sangat banyak kekurangan...

sekelumit perasaan
dalam penasaran..

udah2..tak perlu nak melalut jauh..!

Saya kurang suka pada orang yang banyak merungut
dan saya juga kalau boleh tak nak jadi orang yg suka merungut..!

Kata My Bonda,
Bila kita banyak sangat merungut dan tak puas hati
jadi akan hilang rasa keikhlasan dan keseronokan buat kerja..
Malah sampai satu tahap
ia akan menjadi sia-sia..
umpama
tiada pahala kebaikan langsung atas titik usahamu tadi

(ohh,pandai kau menjawab ya Tulip..!)

Namun, hari ni saya nak jugak merungut...
kalau boleh tak nak hurai panjang
sekadar jer...

"Saya tidak akan terasa hati jika tidak ada masa langsung
untuk rehat dan mengunyah 2 biji karipap serta segelas neslo ais,
Namun saya rasa sangat berkecil hati andai sedikit masa yang
saya ada terpaksa digunakan untuk relief (ganti)
sehingga saya perlu berkejar2 untuk solat zohor dalam kiraan 10 minit"


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

4.00 petang,berlari ke kantin amik anak2...
owwhh bagai lipas kekudungan!!

Saya insan yang lemah
ada ketikanya gumbira
ada saatnya sedih..

Percayalah,sekarang saya dh ok..
tadi jer agak emo..
huhuhu..

Salam Maulidur Rasul 1432H..

Salam Maulidur Rasul
kepada Seluruh Ummat Islam
yang berada di seluruh dunia...

Mengingati detik 12 Rabiul Awal
setiap tahun
pastinya kita akan
terus teringat pada tanggal kelahiran
junjungan besar kita
Nabi Muhammad SAW...

Sekalipun tidak pernah memandang wajah baginda
namun mengingati
perjuangan suci baginda dalam memartabatkan islam
terasa amat kerdilnya kita dalam
menempuhi ujian yang mendatang...

Menyusuri perjalanan hidup baginda,
yang penuh ranjau duri
terasa sebak di dada
semuanya dilakukan
demi islam tercinta...

Agungnya kasihmu ya Rasulullah,
Syiar islam terus ditegakkan
demi kelastarian ummah..

Marilah sama-sama kita
menjadikan kekasih Allah ini
sebagai idola terbaik dalam
pembentukan peribadi diri kita...
Ayuhhh,sama2
banyakkan selawat..!


"Tercipta satu lembaran sejarah
ditanah suci kota mekah
hari yang mulia
penuh saadah bermulalah sebuah kisah
malam isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang syahadah...
Muhammad nama di beri
gelaran yang terpuji
nikmat ilahi sama disyukuri
lahirlah junjungan mulia..."
*
*
*
~Lagu yang saya hafal masa belajar kat Pasti dolu2~

Saturday, February 12, 2011

"Percayalah,saya buat macam ni sebab saya sayang awak."

Kelu, tidak mampu berkata-kata.Hanya bait ini mampu menafsirkan sekelumit rasa yang tersembunyi dilubuk hati.

"Percayalah ,saya buat macam ni sebab saya sayangkan awak" Signifikannya macam nak menunjukkan pengorbanan suci seseorang kepada orang yang sangat dikasihinya.

Walhal ia hanyalah sekelumit rasa berbaur teguran buat insan-insan yang pernah saya kenal dan telah lama membesar bersama saya.Sedikit perkongsian sahaja,tidak lebih daripada itu.Moga kita cepat2 tersedar,mengusir kebejatan menghambat kedangkalan yang tak kunjung padam mendatangi kita.

Namun,jauh di sudut hati saya amat bersyukur.selepas beberapa ketika status ini ditulis, beliau kemudiannya merubah (profile pic), dan saya sangat berharap moga perubahan ini bukan untuk sementara.

Sebenarnya tak mampu lagi saya menjelaskan dengan bahasa yang lebih bombastik,namun percayalah teguran ini jauh sekali menyimpang dari unsur benci atau jelik tapi ianya lebih kepada PERASAAN KASIH DAN SAYANG SAYA PADA KAUM YANG SEJENIS DENGAN SAYA...

Bagi yang masih bujang,kesian kat ayah.Manakala yang dah bersuami kesian pada suami2 anda..KERANA dosa ISTERI,ANAK PEREMPUAN sebenarnya MAMPU MENGHERET AYAH/SUAMI ke NERAKA.Nauzubillahhh..




Saya tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan saya,TAPI timbangilah apa yang baik sebagai ikutan dan yang buruk sebagai sempadan.

Kepada yang sangat terasa akan kerigidan saya dalam status semalam,saya tidak akan berkecil hati jika anda mahu meremove saya dalam friendlist anda kerana untuk kesekian kali saya ulang "Saya buat semua ini sebab saya sayangkan awak"...Ini semua yang asas kawan..!! Kita sama2 timba masa kat sekolah agama dulu..


Mungkin anda malu dengan saya?? Baguslah "al hayaa u minal iman" Malu itu separuh daripada iman. Bila malu,kira dah sedarlah kita sedang melakukan kesilapan.Tak gitu?? cuma tinggai lagi nak berubah ke tidak..

Cuba fikir sejenak wajah sayu si tua yang membesarkan kita,berapa umur dia sekarang? Perahan keringat mereka ,titisan air mata mereka nak me'manusia'kan kita..Perjalanan hidupnya, berapa timbangan dosanya?? Rupanya diam tak diam "wali keramat" ini perlu pula menanggung kesalahan si muda dewasa yang telah dicurahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi sedari kecil...aduhhh apalah nasib...

Sayang Abah??

Sayang Ayah??

Sayang Papa??

Cinta pada insan yang melafazkan "aku terima nikahnya"??


Kasih pada manusia yang bertindak sebagai pelindung ini??


Jadi..

Jangan tempah tiket neraka untuk insan2 yang kita cintai ini..!!!

Friday, February 11, 2011

Tahukah anda...

Tahukah anda??
Sekarang saya mengalami perasaan
yang sangat terkinja...

Masa duk cini barulah rasa
nak sangat buat
perkara-perkara ini.

1) Rasa nak belajar buat cup cakes
yang ada tulis cantik-cantik
dan ada hiasan lawa-lawa kat atas tu..
buka dalam tenet banyak design yg kiut2,
rasanya macam boleh buat
adunan sama ja,cuma yg ni letak dalam cup...
pastu letak krim then buat huruf kat ataihh tu
mesti adik-adik i suke
especially my mia..

2) Duk terpikir-pikir
jugakk kann
selalu setiap kali nak cuti skul
saya punya plan
nak menghabiskan masa sekurang-kurangnya
6 jam sehari
dari
9-11 pagi
4-6 petang
9-11 malam
untuk berada bersama adik-adik saya
mengulangkaji pelajaran.

Cuti bulan 12 hari tu,
saya balik
mak dah beli siap-siap buku aktiviti Tahun 3 semua subjek
(memang itulah kerja mak setiap kali cuti).

Permulaan cuti,
ok lagi
masih mengikut jadual yang ditetapkan
sebab kalau tak siap sampai 5 m/s
saya tak bagi main game atau tengok tv
Segala Remote Control
TV kat ruang tamu or kat dapur saya pegang.
Hahh betapa tegasnya saya..!!

Tapi itu pada minggu pertama cuti...
Rupa-rupanya,kita hanya mampu merancang
Dia yang menentukan
kekangan masa memang tak dapat nak dielak..
Dari 6 jam
berkurang kpd 4 jam waktu ulangkaji
Saya pun memang sangat sibuk..!
banyak perkara yang perlu dilakukan.

Jadi,ending cuti saya tengok
Si Sofea sempat habiskan sebuah buku aktiviti Pendidikan Islam
Matematik sampai m/s 15 jekk...
English separuh jugakk...
Bahasa Melayu hampir habis.
Sains pun sikit jaa sempat buat...

So,saya tak tahu nak salahkan siapa
sepatutnya
masa-masa emas macam tu
harus digunakan semaksimumnya...

La nie,saya rasa sangat bersalah
dan rasa macam nak tebus balik masa-masa
terluang
(terluang ke?? rasa macam full ja ngn macam2 perkara)
terutamanya masa cuti
untuk nak ngajar my adik2
biar lebih berusaha dan rajin untuk berjaya dalam pelajaran..

Bangga sekali bila
mia harleena
dah pandai baca surah fatihah 7 ayat dengan lancar sekali
walau dalam telonyo..
Sejuk dan tenang jiwa...

NEKAD~ Lepas ni setiap kali cuti
Anis Sofea dan Damya Harleena
perlu menelaah pelajaran dengan lebih tekun dan konsisten..

SEBAB~ La nie kakak kamoo sangat2 dihimpit PENYESALAN.

Wednesday, February 09, 2011

"Akan ku tempuh segalanya.."


Wahh..bunyi macam best aja
bila nak balik kampung..
Rupa-rupanya
dugaan hebat sedang menanti..
Huhuhuu...
Masa balik never mind,
akan ku tempuh segalanya..ceaa ayat..
Masa nak datang KL semula
inilah suasana yang patut
malah tahap wajib,
untuk didepani oleh semua...
Aduhaiii...
12 jam perjalanan...
Belum pernah dirasai dan harapnya tidak akan dirasai lagi...
Suasana panas terik,
ditambah dengan kereta yang tak putus-putus.
Hanya Tuhan yang tahu
betapa terduganya...

Panorama selepas beberapa meter melepasi Tol Bentong

Huhuhu....

jem..jem..jem

Harapan moga kami selamat dalam perjalanan.

*****

Melalui kegembiraan balik bercuti CNY hari tu,

saya menerima perkhabaran dari seorang sahabat

yang terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan

pulang dari Perak-Tanah Merah..

Bayi perempuannya yang

berusia 9 bulan terkorban dalam kemalangan tersebut..

Benar,dariNya kita datang kepadaNya kita kembali

Namun,bila saat tak terduga ini

terasa mahu dikumpul sebanyak-banyak kekuatan

mendepani musibah yang melanda.

Kuasa Dia mengatasi segalanya,

sebagai sahabat saya tidak mampu menyeka air mata

dari terus mengalir

saat berita ini baru saya terima..

Buat As sekeluarga,moga tabah menghadapi ujian ini.

Percayalah DIA maha mengetahui

segala hikmah terindah yang ditentukan buat kita.

Monday, February 07, 2011

What's On Your Mind??


Apa yang bermain2 dalam fikiran anda???
Sebagai seorang kakak
seringkali saya tertanya-tanya...
Setiapkali my bro kuasa 2
bawak balik paper
tak kiralah Harian Metro,Sinar Harian
hatta akhbar langganan tetap
abah setiap bulan iaitu Harakah
sekalipun...
***
~ 3 akhbar ini sahaja yang berjaya
menembusi ruang bacaan harian rumah saya,
yang bertindak sebagai kipas-kipas
telah lama kami tinggalkan...hehee..~
***
My Little Sister Damya Harleena
pasti berebut2 nak baca sama.
Cik Mia siap meniarap lagi
nak baca..
Sehingga kini saya kurang arif akan
kecenderungan dan minat yang dimiliki beliau.
Apa yang saya tahu beliau sangat suka
'mengemas' almari buku..
you know what is the meaning 'mengemas'...
Dalam beberapa minit lagi akan
terlihatkah hasil 'kekemasan' beliau tadi.

Baca apa ni dikk??

Apa yang pasti saya sangat gembira dan senang hati

jika si kecik ni lebih "menurun" ~lahjah kelantan dehh..~

a.k.a mengikut minat my mom yang sangat-sangat suka membaca.

Mungkin Cik Mia terikut2

perangai my mom..


khusyuknyaaa...


Mengikut perkembangan semasa ,

Nur Damyaa Harleena yg baru mencecah umur 3 tahun ini

hanya pandai menyebut A B C sampai H je.

1 2 3 sampai 12

dan Alif Ba Ta smpai Jim...

tapi sangat ingat dan fasih lirik lagu Maher Zain

especially "Everytime you feel like u cannot go on..."

sampai satu rangkap dan chorus punyalah cepat ingat

"dont despair and never loose hope...."

La nie dia duk minat lagu "Allah Yallah Kiya karo plak...

~Sebagai kakak~ Menyokong segala yang baik2..