Pages

Monday, August 15, 2011

"Membaca Jambatan Ilmu"

"kenapa kau nak beli buku ni hahh??" si ayah bertanya dengan nada garang.

"Nak ni,nak ni..." kata si kecil girang sambil memegang sebuah buku.

Saya rasa kanak-kanak lelaki ini sebaya Mia Har,'my little apple..' nak masuk 4 tahun.

Usai bergelut dengan si anak,si bapa terpaksa akur dengan permintaan anak,lantas membuat pembayaran di kaunter dengan wajah sedikit kelat.


Keluar dari kedai buku,si bapa berlalu dengan muka mencuka..sejurus kemudian dia menuju kearah lelaki yang agak berumur,mungkin datuk kepada kanak2 tadi..

Si bapa yang bertindik kedua2 telinga itu masih mahu melepaskan amarah..

"Tengok ni,buat apalah beli buku ni?? sambil menunjukkan buku pada datuk kanak2 tadi..

Lelaki separuh abad itu membelek2 buku cucunya di sebelah saya..

Saya hanya memandang sambil berfikir,apalah sangat dengan harga buku tu..saya rasa tak sampai pun RM5.00..sebab cuti baru ni pun saya ada beli 2 buah buku macam tu juga kat Mia Har..satu yang Math satu lagi Abjad ABC..saya anggarkan tak sampai pun RM5.00 sebab buku tu xde warna pun,just black n white..hampir sama dgn buku yg saya beli 2 minggu lps.

Pendapat peribadi..Bagi sayalah anak2 kecil yang sukakan buku ni merupakan satu rahmat.Minat tu telah ada dalam dirinya.Pupuk dan terapkan dari kecik sikap suka membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu dan lebih gah lagi bila ianya disignifikasikan dengan "Membaca Gerbang Dunia".Kita dapat mengetahui segala pengetahuan dan sejarah serta fakta2 di seluruh dunia hanya melalui bacaan.

Berbeza sekali dgn kami ,mak saya sangat suka membawa kami adik beradik ke kedai buku.Siap beri arahan supaya memilih buku masing2 setiap kali ke kedai buku,setiap orang mesti membawa balik sekurang-kurangnya satu buku.Sungguh budaya ini telah kami lalui dari dulu hingga sekarang.

Demikianah juga bila diadakan pameran buku,beliau orang yang bertindak sebagai advisor malah 'pendesak' kami agar menyertai pameran tersebut dan bersegera mendapatkan bahan2 bacaan terbaru.

TulipUngu::: cerita tanpa nama..saya tengok,saya cuba terjemahkan disini..

No comments:

Post a Comment