

pengganti diri,saya copy balik untuk mudah nak baca isi kandungannya..
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum WBT…
Berkat kasihNya di Madrasah ramadhan saya temui ini,Ramadhan adalah pembuktian cinta, pada setiap ruang dan waktu yang berpuluh-puluh berlipat ganda, Ketundukan adalah cinta, Kebajikan adalah cinta, Derma adalah cinta, dan menata hidup lebih dewasa adalah cinta. Ramadhan, saat memberi makna istimewa pada cinta kita. Kita telah bersama dalam ukhuwah semoga kelak kita dipertemukan oleh-Nya dalam ukhuwah pula, amin.
Seluhur kasih,saya Noor Farawahida Din hamba yang tercipta dan dicipta oleh Allah Azza Wajalla merendahkan diri merafak sembah memohon diampunkan segala kekhilafan diri,ketelanjuran saat berteman dan kealpaan serta keangkuhan ketika berbicara.Mohon maaf hujung rambut hingga hujung kaki duhai sahabat.
“Untuk lisan yang tak terjaga, janji yang tak terpenuhi, hati yang kerap berprasangka, dengan penuh keikhlasan mohon maaf lahir batin “
Akhir Sekali,syukur pada Pencipta kerana mengurniakan saya sahabat sebaik awak..Saya sayang kamu selamanya…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kasih Sesuci Lebaran
Tulip Ungu 1432H
No comments:
Post a Comment