Pages

Monday, August 08, 2011

Memaknakan SYUKUR..

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...

Lafaz SYUKUR bukan semudah menutur sebaris kata yang terkandung 6 huruf ini,namun ianya hendaklah dimanifestasikan dari sudut yang lebih luas lagi."Alhamdulillah Syukur atas segala pemberianMu..." begitulah sebahagian dari kita menilai makna disebalik erti syukur...

Saya memandang istilah syukur berkait dengan redha dan penghujungnya barakah...

2 hari tajuk entry ini menerawang di ruang minda saya.Sungguh DIA benar2 mahu saya menjelaskan perihal syukur dalam konteks yang saya rasakan benar.

Bagaimana harus dimulakan ya?? saya benar2 buntu,namun saya cuba membina hubungkait dengan apa sahaja yang saya lalui.

Saya pernah baca,antara tanda-tanda orang bersyukur ialah apabila diberi nikmat dia akan berkongsi dengan orang lain dengan membuat amal kebajikan atau menginfakkan(bersedekah) kepada orang2 yang memerlukan .Satu lagi tanda hamba yang bersyukur ialah semakin banyak nikmat yang dia perolehi akan bertambahlah lagi amal ibadahnya sebagai tanda terima kasih atas segala kurniaan.

Sebahagian pengertian 'memaknakan syukur' cuba saya jelaskan,namun seakan tidak bermakna jika ianya tidak dikaitkan dengan diri saya..Saya mahu cuba dan terus mencuba memaknakan syukur dalam kehidupan saya bahkan mahu ianya diimplimentasikan dalam segenap ruang hayat yang saya lalui.

Kadang-kadang hati dihembus bisikan syaitan,terkeliru disebalik makna syukur.Banyak yang DIA berikan walau tidak diminta,melimpah ruah kasih sayangNya walau kita sering lupakanNya..Sungguh maha pengasih dan maha pemurah Penguasa Alam Ini.Subhanallah...Sebenarnya kita belum sepenuhnya memaknakan syukur dalam konteks seorang hamba.Dengan manusia pandai pula kita berterima kasih dan menyanjung tinggi orang yang berbudi kepada kita,tapi dengan DIA kita seakan lupa,lalai dan seringkali menjustifikasikan kesyukuran hanya dengan lafaz keramat ini tanpa memikirkan signifikasi erti syukur pada pengorbanan masa,tenaga dan harta benda untuk kita lebih mendekatkan diri padaNya.

Justeru,mari kita sama2 memaknakan syukur mengikut konsol dan cara yang termampu oleh kita sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat kurniaanNya pada kita..Mungkin ramadhan kali ini wajar dijadikan momentum terbaik dalam kita memahami erti syukur,redha dan ikhlas..

Cuba tanya diri,tanya hati..Bagaimana cara kita:-

1) Memaknakan SYUKUR atas nikmat nyawa sehingga terus dibenar menyambung kontrak umur sehingga hari ini..Sihat walafiat..Alhamdulillah masih diberi peluang mengecap 'indahnya' Ramadhan 1432H.

2)Memaknakan SYUKUR dengan nikmat rezeki 4 tahun berkerja,kebercukupan makan minum.Moga ianya halal,supaya darah,daging dan kulit yang membaluti jasad saya nanti jauh daripada unsur2 syubhah.

3)Memaknakan SYUKUR dengan limpah rahmat dan kasih sayangMU..nikmat kasih sayang dalam keluarga,perhubungan yang baik/harmoni dalam persahabatan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian.

4)Memaknakan SYUKUR kerana bertuahnya tinggal dinegara yang aman damai..Sentosa,jauh daripada sengketa.Kenikmatan dan keselesaan dalam beribadah.

5)Memaknakan SYUKUR untuk mendapat nilai seindah SYUKUR...Redha atas apa jua yang DIA tentukan,seterusnya bina bersama roh ketaatan dan keberserahan padaNya.."Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu.."

Syukur,redha/ikhlas..kesudahannya barakah..

Konklusinya,kita harus tahu bagaimana cara yang paling signifikan untuk 'memaknakan syukur' agar rasa kesyukuran itu akan menjadi suatu deklarasi terbaik bahawa kita sangat berterima kasih diatas segala nikmat pemberianNya dan menyerah sepenuh kepasrahan atas apa jua takdir yang ditentukan untuk kita seusai keringat jerih pengorbanan dan tadahan doa.

Alhamdulillah,syukur...
tak boleh makan tepung pelita
boleh makan roti john..

Penduduk Afrika sana..

tak boleh nak ceghita,sedih..

3 hari saya prepare barang nak buat Tepung Pelita

Sudahnya..benda alah ni susah nak di 'capai'
sy ingat kat skulah ada..
rupanya xde..

Syukur..

TulipUngu::: Syukur,bukan hanya pemanis bibir
tapi perawat hati dan penyanjung budi..
Orang bersyukur selalu redha,walau sedikit
berkat daripada banyak ber'karat'...
Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment