Pages

Sunday, August 21, 2011

"Innallah hama'a ssobirin"

Bismillahirrahmanirrahim...

Bercerita tentang SABAR,begitu teruja mengulas tentang ini usai penulis mendengar ceramah sempena Nuzul al-Quran yang diadakan di sekolah baru2 ini.

Sebelum mencecah umur 27 tahun ni,saya rasa sudah beribu-ribu kali ungkapan keramat ini saya dengar."Innallah hama'a ssobirin","assobru minal iman" dan "Sabar itu cantik".

Saya bersekolah agama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah maka phrase keramat itu dijadikan hembusan azimat pegangan kami sehari-hari.

Ceramah yang disampaikan benar2 mengesankan jiwa saya,saat penceramah bercerita mengenai seorang penuntut UIAM yang menderita sakit seolah-olah terkena ilmu hitam.Penuntut yang bernama Syamimi itu diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bertimpa-timpa.Saya rasa saya pernah mendapat email tentang cerita ini 2 3 tahun yang lepas.

Sehingga pada suatu ketika Syamimi mengalami muntah keluar rambut dan saraf yang lemah serta tidak bermaya untuk melakukan urusan dunia yang lain apatah lagi nak beribadah.Namun demi cinta dan kasihnya pada Allah Azza Wajalla,beliau kuatkan juga semangat dengan tenaga yang masih bersisa dia tetap mahu mengengsot perlahan ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Dalam keperitan dan kepayahan untuk bergerak,Syamimi memohon padaNya.."Jika mati itu terbaik untukku matikanlah aku ya Allah.Aku memohon padaMu ya Allah temukanlah aku untuk bertemu kekasihMu(Nabi Muhammad SAW)".

Beberapa ketika Syamimi koma..

Panjang lagi cerita sebenarnya saya cuba pendekkan,sehingga Syamimi diketemukan dengan Rasulullah dalam 'matinya' dan ada ungkapan daripada Rasulullah mengenai "Allah bersama orang yang sabar"...

Kemudian Syamimi tersedar dari 'matinya' dan turut menyampaikan salam Rasulullah kepada sahabat Syamimi yang sedang khusyuk membacakan Yassin untuk Syamimi disepanjang perjalanannya menemui Rasulullah..

"ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR"

Sudah banyak kali saya dengar aya ini,tapi saat itu ada getar rasa bagai memukul ke benak hati..bertalu-talu pukulannya,sehingga butiran jernih itu merembes keluar...sangsi dengan ketabahan diri, padahal hanya sebesar zarah sahaja ujian yang DIA hadirkan buat kita jika nak dibandingkan dengan nikmat dan kurniaan yang melimpah ruah buat kita.

Sahabat baik saya yang bergelar Lecturer kat Johor selalu berpesan "La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha laha ma kasabat wa'alaiha maktasabat"..

Setiap kali saya rasa teruji,ayat inilah yang menjadi penguat semangat saya.

"Allah tidak akan menguji apa yang tak termampu kamu memikulnya"
Banyak cara, pelbagai bentuk ujian yang DIA hadirkan buat kita.

KEKAYAAN/KEMISKINAN
KESIHATAN YANG BAIK/KESAKITAN
KEJAYAAN/KEGAGALAN
KEBAHAGIAAN/KEDUKAAN
dan banyak lagi.

Saya tak tahu sama ada ini hanya pandangan saya sahaja,atau juga pandangan sahabat2 di luar sana..kalau salah cuba tegur ya!

Kita hanya menganggap dan mengklasifikasikan ujian ialah KEMISKINAN,KESAKITAN,KEGAGALAN,KEKECEWAAN dan KEDUKAAN betul tak????Kita tidak pernah/jarang menilai kelebihan dan kesenangan juga sebagai 'percubaan' untuk mendetect ketaatan atau rasa kehambaan kita padaNya..Betulkah??? ataukah ini hanya Ideologi bawaan Noor Farawahida???

Semua itu didatangkan untuk menguji bagaimana keimanan kita,bagaimana kita mengaplikasikan segenap kurniaan itu.Adakah makin merendah diri dan mendekatkan diri kepadaNya atau semakin mendabik dada dengan apa yang DIA 'pinjamkan' untuk kita.Sungguh,semuanya mengikut usaha jerih keringat kita,namun semuanya dengan izin ALLAH.Jika dia tak izinkan dah masuk mulut pun boleh keluar balik..segalanya dibawah ketentuanNya.

Sebagai muslim,kita perlu berfikir dalam konteks tauhid.Ya! ketauhidan kepada Allah bahawasanya "hanya dengan izin dan kehendakNya semua ini terjadi" baik dan buruk semuanya ada sesuatu yang cuba DIA mahu kita fikirkan.

Teringat skrip Drama "100 hari" malam tadi..

Seorang majikan yang cuba dinasihati oleh drivernya agar taat perintah agama..

Nak dengar tak jawapan yang begitu angkuh dari majikan(walaupun sekadar cerita,ada sesuatu yang cuba mahu disampaikan dalam cerita ini.)

"Kau tak payah lah nak mengajar aku suruh buat itu ini,kau tengok kehidupan aku sekarang kaya raya nak apa sahaja aku dapat..tengok hidup kau macam mana??? itu menunjukkan Allah tahu hati aku baik aku tak menyusahkan orang lain,sebab itu Allah bagi kekayaan pada aku.dan satu lagi kau tak payah nak tentukan hidup anak aku nak suruh dia belajar agama ke apa,dia bukannya nak mati esok lusa,dia masih mudalah!!" kata majikan dengan angkuh.

Apa pandangan anda mengenai ayat ini??apa konotasinya???

Teringat satu cerita yang pernah guru sejarah saya ceritakan,namun saya rasakan pada ruangan terbuka ini baik saya pendamkan saja,nanti ada yang menganggap saya sangat racist dan prejudis. Walhal hakikat yang paling jelas memang wujud perbezaan yang amat ketara antara orang yang beriman dengan orang yang berpaling dengan ayat2 Allah..

TulipUngu::: Allah itu Indah dan sukakan keindahan
sebab itulah
"Sabar itu Indah"



No comments:

Post a Comment