Pages

Thursday, August 18, 2011

Kek Carrot Idaman..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sudah berkira2 mahu buat kek carrot,sudah jemu dengan kek coklat,kek buah dan kek oren.Alih2 3 perisa itu la 'mentipikalkan' juadah pelengkap meja makan rumah kami di musim raya selain daripada kukis buatan my sis.Kali ni saya mahu cuba buat kek carrot pulak.

Semuanya bertitik tolak dari jamuan sebelum ramadhan hari tu,sungguh sedap kek carrot buatan kak Azira..Sesiapa yang belum pernah rasa kek ini,cuba rasa..Anda tidak akan menyesal dengan tawaran ini..!

Strukturnya yang lembut ditambah dengan kunyahan walnut atau boleh juga diletak buah prune agar ia lebih memukau rasa dengan masam manisnya..

Anda mesti cuba!


KEK CARROT

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

· 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)

· 4 biji telur

· 1 cawan minyak sayuran

· 1 1/2 cawan gula putih

· 2 cawan tepung

· 1 sudu teh soda bikarbonat

· 1 1/2 sudu teh baking powder

· 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

· 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)

· 1 sudu teh vanilla

· 1/2 sudu teh garam

· 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.

2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.


No comments:

Post a Comment