Pages

Saturday, August 06, 2011

Antara Dua Insan..

Assalamualaikum..

Saya banyak kerja sebenarnya,tapi saya nak luangkan sedikit masa yang ada untuk cuba memenuhi minat nan satu ini.

Alhamdulillah,syukur DIA kurniakan saya 'wali keramat' semulia Din Bin Ismail dan Noreha Binti Awang..Saya akui bahawa inilah anugerah dan kurniaan terindah yang sangat berharga dalam hidup saya dulu kini dan selamanya.

Sungguh,kehadiran kita merupakan 'hadiah' yang paling dinanti-nantikan oleh mereka berdua.Demikianlah juga diri kita sebagai anak, sangat mendambakan kehadiran insan ini sebagai pelengkap analogi perkasihan sebagaimana fitrah kasih yang telah lama wujud dalam diri kita.


Suka bercerita mengenai 'perwira' saya ini,pelindung dan hamba Allah yang bertindak menanggung dosa anak2 perempuannya.

Sebelum itu,
Saya berpesan pada diri saya dan adik beradik lelaki saya..

"anak2 perempuan saham dosanya ditanggung oleh bapanya,adik beradik lelakinya,setelah berumahtangga dan berkeluarga segala amalan mungkar dan saham kemaksiatan tertanggung di pundak suami yang dicintai dan anak lelakinya".Wallahua'lam..

Duhai lelaki,berwaspadalah andai kalian merasakan dosa anda tak terhitung banyaknya janganlah pula ditambah dosa insan yang kamu beria-ia sudi menerima lafaz "aku terima nikahnya..." pilihlah suri terbaik yang mampu mengurangkan beban dosa dan tidak sekali-kali tegar mengheret kamu ke lembah neraka..

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan mahram dengan sengaja = 70,000 tahun dalam neraka,sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,seorang wanita yang masuk neraka akan menarik lelaki2 ini :

1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung

SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT..P/s: Buat kaum wanita, bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH YANG AMAT DASHYAT.

sekadar peringatan..

Ayahanda

Berbalik kepada tajuk N3,antara dua insan..Suka saya menterjemahkan sedikit tentang my abah.Saya suka menghuraikan mengenai minat dan kecenderungan beliau.Disebabkan beliau merupakan seorang ahli perniagaan maka secara automatik beliau amat meminati nombor-nombor.Sangat cekap dan tangkas dalam pengiraan.Masa kecik2 dulu saya sangat takut buat homework Math kat living room..nanti dia akan datang dekat dan ajar,kalau salah dan tak ingat sifir kena marah..huhuhu

Oh,saya teringat tentang kepulangan saya pada cuti raya cina tempoh hari..Masa tu my abah sakit,baru je dideclare terkena kencing manis.Keadaannya sangat kurus dan pucat.Saya yang baru je sampai tetap meneruskan rutin tipikal sebagai anak,seawal jam 6.45 pagi saya akan menjemur kain seterusnya menyapu lantai di ruang tamu utama.Belum pun sempat 2 kaki persegi sapuan saya my abah dah panggil saya..

Abah : Sis Come here!
(Ishhk,abah saya cakap loghat kelantan je..)

Abah : Kak,sini kejap!(sambil membawa buku log panjang,calculator,sebatang pen dan beberapa helai statement yang tertera logo BIMB)

Meletakkan penyapu dan menuju kearah abah di Mini Sofa

Saya : Apa dia bah??

Abah : Meh sini abah nak ajar akaun,abah takut jadi apa2 kat abah selepas ini..

(Oh saya tidak sanggup mendengar ayat abah seterusnya...)

Saya sebenarnya sangat tidak berminat dengan akaun,namun demi insan tercinta saya ini, saya cuba mendengar dan memahami selok belok pengiraan.Bagaimana kiraan keluar masuk,kalau cek keluar hari ni macam ni cara catatannya,debit kredit,membuat pengiraan berdasarkan hitungan keluar masuk cek dengan statement daripada bank setiap hujung bulan dan macam2 lagi ilmu baru yang cuba beliau terapkan pada saya.Alhamdulillah saya faham ketika itu..(highlight KETIKA ITU..)huhu..lemahnya saya.

Syukur,Allah makbulkan doa saya kerana abah semakin sihat dan cerdas.Rutin sekarang macam orang pencen kerja kerajaan..bercucuk tanam di belakang rumah,menjadi pemandu my bunda ke bandar dan yang paling saya suka kegiatan2 yang menambahkan bekalan ke 'sana'..Urusan perniagaan beliau pantau dan tinjau dari jauh,malah turut juga bertindak sebagai advisor untuk my bro..

Saya membuat rumusan bahawa insan ini kerap menggunakan otak kiri untuk menaakul secara logik dalam pengiraan matematik.Ataupun secara saintifiknya digelar sebagai Kecerdasan Logikal..

hehe..saya cuba aplikasikan subjek Kemahiran Berfikir yang saya belajar kat Univarsitas dulu..

Bunda

Insan yang melahirkan saya pula memiliki kemahiran yang sangat berbeza dengan my father.Teruja saya kongsikan, separuh daripada 24 jam kehidupan seharian my bunda dihabiskan dengan membaca,membaca dan membaca.Dari Novel Cinta,buku2 agama,majalah2 kontemporari dan majalah lawak antarabangsa sekalipun.Itulah rutin lazim my bunda sejak saya lahir sampai la nie..

Dalam kekangan masa beliau masih sempat juga menulis..puisi ringkas atau luahan perasaan.Bukanlah semoden anaknya terus dimuatkan dalam saluran teknologi tapi sekadar dlm diari atau belakang buku.

Turut meminati wartawan TV3,Fedtri Yahya dan berkongsi minat yang sama dengan her daughter mengulas dan bercerita tentang kepuitisan bahasa yang kerap digunakan oleh saudara Fedtri dalam apa juga rancangan yang dikelolakan.

My Bunda hanyalah seorang suri rumah yang bertindak sebagai Pembantu Peribadi dalam urusan perniaagaan her husband.Suatu ketika dulu hampir menjadi seorang guru,namun rezeki tidak menyebelahinya.Kalau beliau seorang guru,saya sudah dapat membayangkan beliau ialah seorang Guru Bahasa Melayu dan Guru Pendidikan Seni Visual..Saya tahu minat mendalamnya kearah itu.

Beliaulah penyokong kuat saya untuk terus berblog dan sering menitipkan nasihat untuk saya agar menulis perkara yang baik2 dan berpesan2 kpd kebaikan,insyaAllah 'bonus'nya pun kita akan dapat jika apa yang disampaikan tidak melaghakan orang lain.

Disini saya cuba membuat konklusi bahawa kecerdasan linguistik juga dikaitkan dengan otak kiri.Konsol kecerdasan yang sering dimanifestasikan oleh golongan penulis,pemberita dan peguam ini perlulah digilap menerusi tabiat suka membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.

TulipUngu:::Pensyarah maktab saya pernah cakap,orang perempuan sangat lemah dari segi kecerdasan spatial/verbal yang melibatkan ruang/bentuk/konkrit..Sebab tu lah kalau pergi KL 10 kali pun selalu sesat jalan..huhuhu..Betulkah???

No comments:

Post a Comment