Sunday, October 31, 2010
26 Tahun Menyambung Kontrak...
Saturday, October 30, 2010
Bahagia sehh..
Friday, October 29, 2010
Soalan Lazim...Soalan Tipikal Melayu..!
Bagaimana mahu memulakan ya..?? Emmm..okessla kita pergi kepada definisi perkataan dulu.Sejak sekian lama saya duk jumpa istilah ni,namun saya perlukan pengertian yang lebih jelas tentang istilah ini..Jadi saya perlu mengambil masa untuk mencari pengertian disebalik perkataan Tipikal..
Memandangkan saya tak punya Kamus Dewan,jadi saya perlu berpergian ke Library skul untuk mencari makna disebalik perkataan Tipikal.Sebelum tu saya ada belek2la Dictionary English Melayu yang ada kat umah.Tak jumpa perkataan Tipical yang ada hanyalah perkataan Tip yang membawa makna menyinggung.
So,disaat kefreean dan takde kereliefan sempatla saya menghambakan diri di Library barang sekejapan,semata-mata mahu mencari makna Tipikal.Apa yang saya jumpa makna Tipikal dalam Kamus Dewan membawa maksud Lazim atau biasa.
Maka dengan ini saya mempunyai sebulat keyakinan untuk menghurai panjang lebar tentang Soalan Tipikal Melayu yang memang telah lama berakar umbi dalam diri masyarakat melayu.Jujur saya katakan Soalan Tipikal Melayu lebih banyak menyinggung hati dan perasaan serta nurani orang yang ditanya.(setuju ke idak..??..kalau x setuju plz respond)
Dulu kini dan selamanya soalan ini memang membelenggu dan membelit diri.Kalau yang bergelar bujang atau anak dara persoalan tentang kahwin benar-benar mengguris perasaan terutama bagi yang telah meningkat umurnya.Soalan sedemikian seolah-olah suatu penghinaan terhormat."Kau bila lagi nak naik pelamin??","Lambatnya nak makan nasi minyak kau...!", " Ni bila nak kawen ni??orang lain dah beranak pinak.."
Itu berkaitan dengan kahwin,bila dah kawen sibukla pulak tanya.."dah berisi ke??","berapa bulan sekarang",dah berbadan dua ke??"..Bagi pasangan yang telah terealisasi apa yang dihajati (maknanya dah dapat anak @ akan dapat anak),soalan sedemikian memang dinanti-nantikan.Tapi bagi yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi belum dikurniakan zuriat,soalan sedemikian benar-benar mengganggu emosi dan mengancam sanubari.Luluh hati jika persoalan tentang itu asyik ditanya setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga..
Soalan Tipikal Melayu tidak akan habis disitu,seterusnya bila dah ada anak orang akan tanya bila nak dapat menantu dan bila nak dapat cucu...Begitulah rantaian hidup kita.Tidak habis-habis dipersoalkan kesinambungan dan kelestarian hidup yang akan bertemu pangkalnya bila kita akan menghadap Pencipta.Namun persoalan lain pula akan timbul..."Ma Rabbuka..??"..Siapa Tuhan Kamu??..Apa agama Kamu??..Siapa Nabi Kamu??..
Rentetan hidup yang sentiasa berdepan dengan persoalan bermula dari UPSR,PMR,SPM dan STPM..begitulah juga signifikannya dengan soalan tipikal melayu yang memang bertubi-tubi mendatangi kita.Terkadang ianya hadir bagai ditusuk sembilu tajam dan adakalanya ia datang seperti sukma yang menikam...Kesabaran jualah penguat diri.Moga ianya suatu pertanyaan ikhlas dan harap bukannya penghinaan jelas..!
Sebenarnya,bila memandang dari satu sudut persoalan-persoalan yang ditanya tidak lebih daripada ingin menonjolkan keprihatinan dan sikap ambil berat seseorang kepada kita.Namun bila kita telah mind setting awal2 lagi ianya sebagai satu stigma maka isme-isme tentang itu kita anggap sebagai negatif dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memalukan kita..
Jadi seharusnya sikap close minded tadi ditukar kepada sikap yang lebih open minded terutamanya bila berhadapan dengan soalan-soalan cepu emas.Jelaskan juga ekspresi jawapan kepada persoalan-persoalan tadi dalam ruang lingkup yang lebih menonjolkan cerminan sebenar orang yang berilmu dan berpendidikan.Supaya wujud sedikit kolaborasi antara kematangan dan kebijaksanaan dalam menangkis ketipikalan (rasa tersinggung) akan persoalan yang dilontarkan.
Tuesday, October 26, 2010
Layar Keinsafan
Bila saya rasa sangat lemah dan tidak berupaya berhadapan dengan bermacam-macam situasi yang menduga saya lebih suka mendengar lagu-lagu bercorak kerohanian dan ketuhanan macam ni sebab saya rasa dengan cara ini saya seolah-olah diberi kekuatan dan ketenangan menghadapi semua ini dengan lebih tabah..
Alhamdulillah...
Untuk kesekian kalinya saya rasa kian tenang melalui ujianNya..
Sunday, October 24, 2010
Bila saya diuji...
Assalamualaikumm..alhamdulillah semakin hari saya kian diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi semua ini dengan lebih cekal dan tabah..sebenarnya saya rasa benar2 teruji dengan pelbagai perkara2 pelik yg brlaku dalam minggu ini saja, sehingga merencatkan terus keseronokan untuk saya menulis.
Walau bukan dalam ruang maya ini,saya tetap jua mengaplikasikan "keseronokan" saya dalam ruang yang lain..Yess buku catatan..Pahit manis rencam kehidupan yang melewati hidup saya.
Sebahagian perkara ada baiknya tidak perlu dikongsikan dan sebahagian lagi amat wajar untuk dinilai kebaikannya.Malah dilempar jauh2 keburukan dan kebejatan yang melingkarinya.
Terkadang kitalah yang selalu jadi penasihat dan consultan yang baik bila kawan2 dirundung masalah,kitalah juga yang menjadi pendamai yang baik bila berlaku pergaduhan diantara taulan dan kitalah jugakk yang akan membisikkan kata-kata keramat bila teman-teman kian rebah dan tak bermaya menghadapi ujian yang mendatang.
Seronok menjadi penasihat,gembira menyelesaikan masalah dengan buah fikiran kita.Dan apa yang lebih membahagiakan bila dapat mendamaikan hati seorang isteri yang berjiwa melankolik bila berdepan dengan suami yang terlampau workaholic.Damai juga bila dapat menasihati adik2 agar bersifat lebih baik,belajar rajin2 untuk kejayaan hari esok.
Namun itu semua untuk orang lain,bila kita sendiri yang berada di situasi itu hanya airmata sahaja peneman dikala duka,pahit maung menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba.Terkadang apa yang lebih payah bila perlu berhadapan dengan situasi ditelan mati mak diluah mati bapa.
Subhanallah,benar-benar menduga kesabaran hambanya.
Saya tidak pernah menolak dan menidakkan realiti kehidupan bahawa semua insan tidak dapat lari dari masalah,namun bila ianya datang bertubi-tubi seakan sudah hilang kekuatan untuk mendepaninya..Alhamdulillah, mulia dan bertuahnya dilahirkan sebagai Muslim bilamana pada Mu tempat aku memohon pengharapan,moga wujudnya suatu miracle yang dapat mendamaikan hati yang keluh kesah ini.
Kitab suciMu terkandung pelbagai hikmah,jika dibaca dan diamalkan.Wujud satu ketenangan yang sukar untuk digambar dengan kata-kata.Maha suci Allah aku benar-benar beriman diatas kebenaran kitabMu ya Rabb..
Perit untuk dilakarkan,sukar untuk digambarkan.Tekanan demi tekanan.Namun kini saya mahu menyerahkan sepenuh kepasrahan atas apa sahaja yang mendatangi.Saya percaya dan saya amat yakin bahawa sayalah insan terpilih itu berdasarkan terjemahan ayat " Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu memikulnya"..Sayalah dikalangan terpilih itu..Syukur alhamdulillah.Walau pedih dan amat perit aku redha ya Rabb..Moga hikmah yang tersembunyi itu akan menenggalamkan keresahan dan kedukaan yang telah dilalui.
"Teguran demi teguranMu" memang benar-benar menundukkan keangkuhan seorang hamba,menyembah sujud,menadah syukur atas peringatan penuh kasih dariMu..terlerailah air mata seorang hamba memohon agar dikurniakan ketabahan dan keberlapangan dada dalam menghadapi semua ini..
Kesakitan
Kemiskinan
Kekayaan
Kehilangan
Kesibukan
Keresahan
~ Sebahagian ujian yang sering melatari hidup insan~
Dari Jendela Usang Tulip Ungu..
Friday, October 22, 2010
Sesungguhnya saya amat menyayangi dia..
Thursday, October 14, 2010
Menangani ketegangan...
Sunday, October 10, 2010
Semuanya dihujung jari kita...
Tidak pernah menolak hakikat dunia tanpa sempadan,semuanya di hujung jari sahaja.Malah perlu juga disedari bahawa semudah memetik jari jugalah dosa terpalit pada diri kita.Mungkin inilah jua sedikit suara hati sahabat saya yang telah menzahirkan kedukaannya atas atas apa yang terjadi.
Kita pernah sama-sama menuntut di Maahad Ahmadi Tanah Merah,pernah sama2 menerima azimat dan keramat yang sama untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat.Belum cukupkah lagi semua itu.Takkan yang basically tentang aurat pun anda begitu dangkal??
Begitu bangga dan megah mempertontonkan rambut kepada umum.Yang asas macam tu pun awak dah lupa,macam mana pula dgn yg lain?? Nauzubillah,nipisnya iman kita..Begitu mudah dipermainkan oleh dakyah Yahudi yang memang sejak dulu lagi berniat mahu memesongkan ummat islam.
Jujur saya katakan,saya agak malu untuk menegur "berkenaan perkara itu" walaupun dengan sepupu saya sekalipun.
Demi kasih dan sayang saya pada semua sahabat saya dan saudara seagama dengan saya.Sedarlah ,bangunlah. mereka telah berjaya mengalpakan kita,telah membuta tulikan hati dan perasaan kita.Sehingga perkara yang terang-terangan dosa kita buat tak tahu saja.
Simpanlah,jagalah dan tutuplah sebahagian lagi rahsia yang hanya eksklusif untuk dipertontonkan pada "insan yang halal bagi kita"sahaja.Apa lagi yang menjadi kerahsiaan kalau anda tidak bijak untuk mengatur dan membeza antara private and public.Tak perlu dipertontonkan.Kita bukannya Public figure.Yang bergelar figura pun sehabis boleh mahu menutup "kebanggaan yang sebenarnya akan menjadi keaiban".Analogi yang lebih jelas "Makanan yang tertutup lebih bersih daripada makanan yang terbuka".Cuba pelajari konotasi disebalik ayat ni..Mahukah kita makan nasi yang dah dihurung lalat,nak ke kita minum air yang dimasuki semut??..Semestinya tidak,jadi apa salahnya jika nasi dan air tadi ditutup agar kesucian dan kebersihannya tidak perlu diragui lagi.
Semoga pendidikan agama yang kita terima selama ini dapat dijadikan perisai dan sempadan untuk kita menepis anasir-anasir buruk yang akan memalukan kita sendiri.
Walau agak sedih dan terkilan dengan semua ini,namun saya berharap semoga kita semua terus diberi petunjuk dan hidayah dariNya.Moga2 mereka menyedari kesilapan mereka.
Sedar,sebagai hambaNya saya pun bukan cukup perfect sangat tapi sekadar teguran dan kekesalan saya tentang apa yang terjadi.Seakan rigidnya saya,tapi itulah kenyataan dan realiti dunia tanpa sempadan..Semuanya terzahir megah...!
Sekian...Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh www.TulipUngu.com.
Antara Dia dan Kek
Memang sesuaii sangat N3 antara dia dan cake.Budak kecik didalam gambar ini amat pantang bila lalu depan kedai kek.Lalu saja depan kedai kek pasti akan keluar ayat ini berkali-kali "Kak,tu kek ebis bedday to you mia..kak belila.."(automatik jd kek dia..)
2 3 kali ayat itu akan keluar dari bibir mungil pemilik nama Nur Damya Harleena sambil menarik2 baju her sis.Maka pelengkap ayatnya ialah "okey2 kak beli" kalau tidak maka berlakulah drama airmata kat citu huhuhu...selain daripada memang tak leh gerak ke mana2 selagi tak beli..
Yang tak tahannya,bukan tarikh befday beliau pun,beliau cukup terkinja nak jugakk.Maka, kalau selalu bawak dia p bandar,secara automatik wujudlah kek hari jadi dlm freeze walau xda hr jadi sapa pun bln tu..(jika tersalah lalu depan kedai kek brsama dia la..!)
Hemm,gambar masa clbrate befday umur setahun dan 2 tahun..Yang ni terpaksa di cropkan coz my sis tak pakai tudung..
10.10.10
Thursday, October 07, 2010
Open Your Eye
Sangat menyukai lagu ni..Mungkin kawan-kawan jugakss harus meluangkan sedikit masa mendengar lagu ni.(Barakallah dan Awaken pun best jugakks..!)
Open your eye~Menceritakan tentang kekuasaan dan keagungan Allah yang ada depan mata kita..tak terbanding nilaiannya.Pergerakan bulan,bintang dan matahari mengikut aturannya,tumbuh-tumbuhan membesar,haiwan-haiwan membiak dan hidup.Semuanya dibawah bidang kuasaNya.
Tanyalah pada diri,Belum cukupkah lagi bukti-bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah??Jawapan sudah ada.Walhal banyak sekali tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaanNYA.Mengapa kita masih menidakkan..Apakah kita yang BUTA?? Setiap detik setiap saat dengan izinNya jualah kita dapat menatap dan menghayati seterusnya perlu terbit dalam hati "betapa kerdilnya aku,berbanding DIA"
Jangan terus leka dalam tadahan doa kita "Alhamdulillah",ayat keramat syukur yang paling mudah daripada hamba pada Penciptanya...
Wednesday, October 06, 2010
"Wanita dimata Lelaki"
Ada saje benda yg nak ditulis...
Kat rumah( kg ler ) setiap bulan majalah yang wajib dan setia dilanggan ialah Mingguan Wanita,Seri Dewi dan Keluarga,Harmoni,Mastika,Anis dan al-Islam..
Jarang-jarang kadang-kadang mak beli lah jugakk majalah Humor kegemaran dia Ujang dan Gila-Gila.
Saya sekarang macam dah terikut perangai my mum and my sis bila beli majalah Seri Dewi dan Keluarga , ruangan yang paling pantas nak dibelek ialah slot "Wanita dimata Lelaki" tulisan Abdul Jalil Ali.Macam pembawaan pulakk, rasa rugi kalau lambat baca..
Penulisan yang sungguh santai dan ringan namun sarat dengan ilmu dan pengalaman yang berguna.Sampai tergelak sengsorang saya baca.Saya sebenarnya susah nak gelak bila baca majalah, hatta majalah humor Ujang dan Gila-Gila yang terkenal dengan tag Lawak Antarabangsa tu.Tapi bila baca tulisan Abdul Jalil Ali cepat saja nak tergelak sampai keluar air mata..
Bukan niat nak promot dan saya pun tak pernah dibayar komisen untuk semua ini,tapi saya nak syorkan pada kengkawan dapatkan Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Oktober cover depan Siti Nurhaliza..Anda juga pasti tergelak seperti saya bila baca hasil tulisan Abdul Jalil Ali dibawah tajuk "Wanita 3G,2G dan 1G" terselit jenaka sinis yang membina.
Saya tak nak hurai panjang pasai ni sebab bila anda baca sendiri baru anda akan rasa terkesan dengan realiti yang kita hadapi kini.Tererla dia menulis,nak jadi terer macam dialah.Patutlah mak tak pernah miss nak beli buku tulisan dia dan tak pernah ketinggalan menyarankan kpd saya agar membaca slot "Wanita di mata Lelaki" di setiap keluaran.
Tuesday, October 05, 2010
Cerita Bergambar...
Tak sempat nak update N3 buat masa ni...Bagi menjawab persoalan teman2 dari pelosok dunia. ceawwahhh...okeyy,Zasss kita layan..
From al kelantanese." Bakpo awok delete gamba2 dale profile,saya tengok ado gmbr adik awok mia leena jah"
From utagha.."ni awat ni hang dok padam abis sume gmbar dlm profile fb??hari tu byk.."
all my frenzz yg masih buntu bertanya siapa Tulip Ungu ungkapan kalian, " Saya bukak dlm fb awak nak tahu sapa dia Tulip Ungu,check gambar2 kat Profile ada budak kecik Nur Damyaa Harleena (ingatkan anak awak...)~ chett telahan yg salah..!,last2 tahu jugak.kamu rupanya..,tapi kenapa tak bubuh gambar awak..??"
Dammnn!!
P/S: Masih kelu untuk menjawab persoalan teman2..
Sunday, October 03, 2010
Hujung Minggu Yang Panjang
Gambar ni takde kaitan langsung dengan drama ini.Segala olahan adalah datang dari keboringan dan kebuntuan penulis, ianya tiada hubungkait dengan pokok yang masih hidup dan pokok yang telah kiookk atau mengalami kepupusan...
CUMA,
Renung pada keagungan ciptaanNya,rasai kesegarannya,tilik keunikannya dan yang penting sekali hayati keindahan warna UNGU yang melatari hidupnya...(Buah anggur ke camni?? mcm bukan jekk..!)
Sebenarnya....ada 3 Open hOuse,tapi tak pergi pun..huhuhu..SOrry manyak2 sama Orang-Orang Quarters Guru Sg. BulOh,Saujana Utama dan Puncak Alam..Ampun maaf dipinta mensuci rening dosa...Terima kasih tak terhingga kerana sudi menyimpan ingatan pada saya, InsyaAllah tahun depan saya pergi...(buleh plak postpone2..)
Hujung minggu ni rasa macam panjang sangat..(hehehe baru pergi kpd tajuk kita..)..Basically lah kan when lonely menyelubungi diri rasa macam lama sangat masa berlalu...1 2 3 4 5 rasa macam amat keSIPUTan waktu itu bergerak....lamanya menunggu detik.Patutla orang boleh jadi sasau ya bila boring nihh..
Untuk tidak membuang masa,actually nak wish Selamat tutt..tutt..jugak kepada My Lovely Frenzz Hermawarney pada O2 Oktober 2O1O hari tu..Moga berbahagia hendaknya...Yezza sebenarnya ada bunga bahagia dan rasa ketenangan bila jadi anak yang taat ni.....Congrate..Barakallah Lakuma..
Saturday, October 02, 2010
"Doa Ramadhan" yang mengesankan
Lama benar rasanya saya tak memperhambakan diri depan TV.Entahlah kenapa,nak kata rancangan kat tv tak best tak jugakk.Aura rasa nak menengok tu agak menurun sikit meternya.Tapi bila time berita tu saya sehabis boleh tidak mahu ketinggalan dengan isu-isu semasa nasional dan global.Ini bermakna saya tengok tv masa berita sahaja..!
Namun kelapangan waktu hari ini,membuatkan saya benar-benar mahu meluangkan masa yang ada untuk memahami jalan cerita "Doa Ramadhan".Sebenarnya saya lebih suka menonton sesebuah cerita secara seorang diri kerana saya rasa pada ketika itu saya mampu meletakkan diri saya pada keadaan itu.( padahaii malu tengok ramai2,takut orang nampak kita nangis..huhuhu)
Hakikatnya sesebuah cerita atau drama yang diterbitkan memang sarat dengan mesej dan ilmu yang ingin disampaikan.Namun apabila cerita itu ditonton dengan suasana yang hingar bingar dan penonton yang tak reti nak berenti bercakap,jadi pembawaan mesej yang ingin disampaikan itu jadi kurang jelas malah tidak sampai langsung kepada penonton.(Salah siapaa??..habaq maii..)
"Doa Ramadhan" benar-benar berjaya membuatkan mutiara jernih itu mengalir dan membuatkan saya sebak.Sebuah trilogi maya yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya melalui hidup tanpa kehadiran seorang ayah.Isteri yang digantung tak bertali ini terus setia berkorban jiwa dan raga demi penghidupan dua anak yang gersang kasih seorang ayah.
Si ayah yang mempunyai seorang lagi isteri di Kuala Lumpur begitu bergelut dengan dilema antara tanggungjawab kepada anak dan isteri di kampung dan dalam masa yang sama mahu menjaga hati si isteri muda yang lebih urban dan moden ini.
Okey,sebenarnya bukan itu yang saya mahu highlight kan tentang "Doa Ramadhan".Yang mahu saya kongsi dengan kawan-kawan ialah mengenai scene ini.
Anak kedua kepada pasangan tadi tidak pernah merasa sedikit pun kasih sayang dari ayahnya.Jadi setelah dia mula bersekolah,dia sering menjadi ejekan kawan-kawannya yang mengatakan "Aiman takde ayah..Aiman takde ayah.." Jadi si bongsu ini merasa amat sedih dan sering membawa diri menangis dibawah gertak @ titi@ jambatan..Menangis tersedu sedan mengenang nasib diri yang "tidak berbapa" ini...
Esoknya ramadhan menjelma,petang sebelum 1 Ramadhan..si adik bertanya kakak..
Adik : Kakak pernah bagitahu adik gaji ayah kat Kuala Lumpur RM6000 sebulan,jadi sehari gaji ayah berapa ya kak???
Kakak : Ohh kalau sebulan RM6000 kita bahagilah 30 hari,jadi gaji ayah RM200 sehari..
Adik : RM200..banyak tue..
Sepanjang ramadhan si adik bersusah payah mengumpul duit,menolong menjual kuih dan menyusun selipar di masjid.Ini semua demi mencukupkan wang tabungan yang diinginkan iaitu sebanyak RM200 sebelum syawal menjelma.
Si adik juga sering diceritakan oleh maknya, bahawa mintalah apa sahaja dengan Allah pada bulan Ramadhan nescaya DIA akan perkenankan.Tanpa berlengah kerap kali jugaklah permohonan ini adik panjatkan "Ya Allah Ya Tuhanku aku memohon kepadaMU kau perkenankanlah doaku untuk berjumpa ayahku..sekali saja pun tak apelah..Ya Allah makbulkanlah doaku.."
Yang lebih mengesankan bila permintaan si adik yang mahu sangat ke Kuala Lumpur untuk bertemu ayahnya.Tatkala berjumpa berderailah air mata menyaksikan dakapan kasih penuh kasih sayang dan segunung rindu si anak yang benar2 mendambakan kasih ayah...
Adik : Ayah, ni Aiman ada bawak duit RM200 nak pinjam ayah untuk sama-sama beraya dengan kami pada kali ini.Gaji ayah sehari kan RM200?? jadi Aiman rasa duit ini dah cukup untuk membolehkan ayah bersama kami sehari..Sehari pun takpe,bolehkan ayah..
Ayah : (Terkedu menatap not-not RM1 yang tebal itu...)
Demikianlah sucinya hati seorang anak kecil itu kerana sudah puas meratap menangis menunggu kepulangan si ayah 10 tahun lamanya.Inisiatif sendiri yang diambil benar-benar mengusik hati saya dengan nilaian usaha yang ditunjukkan.
Umm,damaikah hati seorang bapa melepaskan tanggungjawab membesarkan anak-anak begitu sahaja ?? Ingat, Kekayaan tidak pernah sekali-kali dapat membeli kebahagiaan,namun makanan emosi pertama yang harus disuap ialah kasih sayang.Rencatlah kehidupan tanpa kasih dan sayang,bergelodaklah perasaan tanpa perhatian dan meranalah jiwa jika tiada kemaafan.Jangan cuba menyingkirkan fitrah dalam diri kita kerana fitrah kasih itu telah lama wujud sebelum adanya kita.
Sekadar beremosikah saya?? umm tidak sama sekali..Saya tidak mahu sebahagian masa saya dihabiskan dengan menonton cerita tadi begitu sahaja,saya mahu menggeledah konflik disebalik rapuhnya institusi kekeluargaan hari ini berpunca daripada mana,adakah berpunca daripada perempuan atau jugak bermula daripada lelaki itu sendiri.