Pages

Thursday, September 30, 2010

Antara Orang Itu,Orang-Orang Itu dan Itu Orang..!

Bagaimana mahu memulakan cerita ya?? Tapi,jujur saya katakan untuk menjadi seorang pencerita yang baik orang yang mahu bercerita itu perlu ada ditempat kejadian dan orang yang mahu bercerita itu juga harus mengetahui fakta dan kenyataan mengenai sesuatu perkara menerusi pembacaan..!


Namun,itu sahaja saya rasa belum mencukupi..! Keyakinan untuk mengenengahkan sesuatu isu itu juga lebih penting.Walaupun cerita itu hentah macam ape hentahh,tapi keyakinan perlu ada.


Jauh saja saya melangkah ada sahaja perkara-perkara atau kejadian yang berlaku didepan mata saya.Saya sebenarnya bukan jenis suka jaga tepi kain orang tapi semacam anugerahNYA saja perkara itu berlaku didepan mata saya..Seolah-olah DIA mahu memberi gambaran yang jelas kebenaran beberapa artikel yang pernah saya baca.Owwhh realiti,kadang-kadang sukar dimengerti..


Sebelah kiri saya Orang Itu sedang duduk tunduk di bawah terik mentari hanya sedikit sahaja dilindungi oleh Billboard yang gah dengan iklan komersial.Menadah tangan memohon simpati,andai dapat sedikit rezeki dapatlah diisi kekosongan perut.Jika tidak, maka redha sahajalah jalannya..


Manakala disebelah kanan saya pula,diadakan sebuah majlis hari raya gilang gemilang dengan makanan yang pelbagai.Dihadiri oleh Orang-Orang itu yang begitu megah dengan pakaian dan penampilan yang penuh glamor.Gemerlapan dan menawan sekali dan diserikan lagi dengan nyayian.Owwhh cukup terhibur sekali Orang-Orang Itu.Beruntung mereka.. bisik Itu Orang..!


Sayang sekali,kedaifan dan kelemahan Orang Itu tidak pernah di sedari oleh Orang-Orang Itu.Entahlah tidak disedari ataupun buat-buat tak sedar.Tempat yang sama tapi keadaan yang berbeza,nasib juga berbeza..Ohh sungguh kita memang benar-benar berbeza..! Suasana kiri dan kanan telah menzahirkan kehidupan antara dua darjat dan ketika itu juga Itu Orang mula mengingati bait kata-kata sebuah artikel yang pernah Itu Orang baca..Yupps benar sekali tidak perlu disangkal lagi..!


Sambil Itu Orang meneruskan perjalanan yang masih bersisa,Itu Orang masih ralit memandang Orang Itu walau hanya dari jendela simpati.Itu Orang juga turut tidak lupa memandang Orang-Orang Itu yang sedang asyik dan leka dengan majlis penuh kemewahan dan kegembiraan.


Orang Itu,Orang-Orang Itu dan Itu Orang,dunia kita memang berbeza namun disisiNya kita sama sahaja..Hanya amalan membawa kita ke syurga.


P/S: Itu Orang adalah Penulis..
Orang Itu dan Orang-Orang Itu ialah Pendokong Cerita.

Tuesday, September 28, 2010

Obsesi Terlampau...



Memang OBSESI TERLAMPAU bila semua benda nak kaler ungu jekk..! Semua benda berasaskan kaler ungu kelihatan begitu menarik dan sangat2 membuatkan saya tertarikss..Owwhh Ungu,Kamu benar-benar buat saya terkesima...!

Friday, September 24, 2010

Cerita Monyet...

Semalam merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan.Nak dijadikan cerita saya ditugaskan untuk menjaga calon di bilik kuarantin.Bilik kuarantin sangat dikecualikan untuk dijaga oleh Preggy Mummy,almaklumlah preggy mummy ni sensitif sikit especially bila melibatkan baby dalam kandungan.


Dan sememangnya setelah dirotate,memang hari terakhir adalah giliran saya dibilik kuarantin setelah dua hari sebelumnya saya bertugas dibilik biasa..Menjadi pengawas dibilik kuarantin tiada masalah kerana hanya seorang sahaja calon.Seakan dipermudahkan jugakk sebab calon yang diserang 'chicken pop' ini jugak merupakan pelajar harapan sekolah,kelihatan beliau cukup bersedia menjawab peperiksaan..


Okessla kita pergi kepada cerita monyet..


Sedang asyik mengawas,mata saya melilau ke luar kelas.Asyik melihat beberapa ekor monyet melompat dari dahan ke dahan makan buah belimbing..Mulanya sekor dua ekor rupa-rupanya banyak sampai berpuluh-puluh ekor.Mulanya takut jugak tapi nasib baiklah bukannya dekat sangat.Asyik menghayati simfoni Alam..Namun beberapa ekor monyet telah mencuri tumpuan saya..


Macam kita jugakkss..


Seekor anak monyet yang berjaya mencuri makanan telah berjaya membawa makanan dengan megahnya dihadapan gerombolan monyet yang lain.Namun tak semena-mena datang seekor lagi monyet yang sama baya dengannya membontoti dia dari belakang,cepat2 dia lari agar makanan yang berjaya dicuri tadi tidak perlu dikongsi dengan monyet lain.


Kemudian datang lagi monyet yang lain mungkin adiknya untuk mendekatinya atau sekurang-kurangnya meminta secebis makanan yang ada,namun sepantas kilat dia melompat ke pagar sekolah dan menjauhkan diri dari monyet lain agar makanan tadi hanya dapat disantap olehnya sahaja tanpa dishare-share..


Mungkin umurnya baru mencecah 2 tahun sebab kelihatan sikap keakuan dan kekedekutan yang begitu menebal dalam dirinya..


TAPI,


Bila monyet betina lalu (rasanyalah..,adalah tanda2 yang menunjukkan dia itu monyet betina..owhh sensor..!) tak pulak dia menjauhkan diri atau menyorokkan makanan yang ada kat tangan..selamba sahaja makan,tanpa perlu mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri..Atau mungkin jugakk monyet betina itu mak dia,takkan mak nak rampas makanan anak pulakk kann..


Kasihnya ibu monyet..


Cerita ibu monyet pulakk dalam dok kalut lompat sana lompat sini,berkejar sana berkejar sini anak tetap setia dalam dukungan..susah kot mana pun nak manjat,anak menjadi keutamaan..Betapa kasihnya ibu monyet pada anaknya..


Ummm kalaulah saya ada kamera canggih itu,nak saja saya snap gambar sekumpulan monyet itu dari jendela kelas.Mesti cantikkan..Namun apakan daya saya tak mampu nak memiliki gajet pujaan saya itu..Owhhhhh DSLR..


Nampak buah mangga lah pulakk..


Dalam duk menunggu countdown punya time,dan dan tu saya ternampak pokok mangga..lebat bukan main buahnya..kecur liur dibuatnya.Rasa masa tu jugakks nak p ketuk umah tuan rumah nak mintak beli buah mangga tersebut..isshh teruk betul kegilaan saya pada buah-buah asam...


Umm...terasa seakan anugerahNYA pulak bila diberi peluang dan kesempatan menatap kejadian demi kejadian menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah sekaligus menerobos ke liang hati betapa bersyukurnya kita dikurniakan pancaindera untuk melihat..

Wednesday, September 22, 2010

Dua berita gembira yang berbeza..

Teruja mahu mendedicate something kat ruang nihh..bila dalam minggu ni saya dikhabarkan dengan dua berita gembira yang berbeza.Pertama melibatkan my fren yg sy kenai masa di UPM dan sama2 mengikuti kursus KPLI kat IPGM KL, Kak Norlida Mohammad.Tahniahh kak da,jaga baby baik2..


Kedua,Dedikasi untuk teman yang baru saya kenali tiga tahun.Hermawarney Salleh.Tahniah,Congrate and mabruk alaik..Percayalah kebahagiaan awak kebahagiaan saya jugak.Opps sekadar itu sahaja..nanti kita wat Press Conference..


Tahniah untuk keduanya,moga kebahagiaan dan kerahmatan Allah mengiringi perjalanan hidup kalian.

Monday, September 20, 2010

Esok,Pertempuran Bermula..

Mulai besok 21 september 2010,maka bermulalah pertempuran sengit murid2 tahun 6 bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.Bermula 21 hingga 23 september 2010.


Dikesempatan ini,saya mahu mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid SK. Bandar Baru Sungai Buloh dan kepada semua adik2 yang bakal mengambil peperiksaan tersebut.


Sedikit nasihat,lakukan yang terbaik.Jangan sia-siakan peluang ini begitu sahaja.Mulakan dengan Bismillah,bila lupa lekas2 selawat moga diberi petunjuk dan hidayah dariNYA.Kerana hidayah itu milikNYA,maka dengan DIA ajelah kita memohon.
Moga kejayaan jadi milik anda...!


Selama UPSR berlangsung,secara automatik kehidupan 4 hari saya tanpa warga SKBBSB sebab saya perlu menjadi pengawas peperiksaan disekolah lain,dan secara tidak langsung turut bertugas pada waktu pagi..ummm..saat yang paling saya tunggu.Syiookk kerja pagi sebenarnya sebab petang boleh buat kerja lain pulak..

Sunday, September 19, 2010

KAGUM...

Huissh selagi x coret,selagi itulah hati ini bagai memaksa-maksa agar ditulis cerita tentang kekaguman saya pada beberapa individu ini.Hemm..okessla..


INDIVIDU PERTAMA

Saya tidak pernah kenal dan tidak pernah bersua muka dengan individu ini,saya hanya mengenali beliau melalui siri penjelajahan saya dari blog ke blog..Tapi her husband satu universiti dengan saya dan kami pernah satu kuliah masa Subjek kenegaraan.Saya sangat mengkagumi keperihatinan dan kesetiaan beliau menulis perkembangan dan cerita anak-anaknya.Dari awal kelahiran sehinggalah anaknya membesar.Puteri sulung berusia hampir dua tahun dan yang kedua si hero berusia hampir setahun.


Setia membaca cerita dan ralit menatap foto anak2nya,bermula daripada lahir,pandai senyum,tumbuh gigi,pandai bercakap,bertatih dan berlari semuanya tercoret indah.Setiap saat perkembangan anaknya tidak pernah terlepas untuk didedikasikan dalam ruang penuh bermakna www.kaumilikku.blogspot.com.Syabas pada Kak Suhana..


Mungkin,bila saya dah berkeluarga kelak saya juga akan turut mengikut jejak langkah beliau yang tidak pernah terlepas untuk merakamkan setiap saat indah yang dilalui bersama keluarga tercinta.Especially telatah dan ragam si kecil yang macam2 ni..


INDIVIDU KEDUA


My bestfren..tinggal kat shah alam.La ni nak cerita pasaii kekaguman dengan keberanian beliau.Huhh berani sungguh mak cik ni skang,namun jauh disudut hati saya teramat kagum dengan perkembangan dia sekarang nihh..


Kawan saya yang satu ni teramatlah takut dan tak pernah pun bawak motor.Katanya takut..!! Tapi apa yang paling kami sahabat solute kat dia sekarang ni,baru je dapat lesen keta bulan 3 hari tu,tapi sekarang dah lebih advance daripada saya yang dah 8 tahun punya lesen..


Meluncur laju dengan WTS 2646,macam naik keta dengan Alex Yong..ataupun sama macam naik Metrobus ke Kotaraya..Huisshh laju bangat..!


INDIVIDU KETIGA


Yang ni saya nak kata kagum tak jugak,nak kata jelik tak jugak sebab benda ni halal dalam islam..Macam mana ekk..okessla kagum lah jugak dengan kemampuan beliau..(walau dalam hati rasa kurang kagum..huhuhu)


Musim raya memang banyak mempertemukan kita dengan insan2 yang telah lama terpisah.Ruang dan kesempatan itulah kita nak bertanya khabar.."awak keje kat mana sekarang ni??","dah kawen ke belum??","anak berapa orang"..


Namun raya baru ni jugakk mengejutkan saya dengan perkhabaran ini..Salah seorang sahabat saya yang satu kelas dengan saya dari year 1 hingga form 1 dah berkahwin dua.Kalau dah satu kelas dari year 1 lagi maknanya sama umurla..Subhanallah terkejut bukan kepalang..Namun kuasa Allah mengatasi segalanya..ummm tak mau KOMEN lebih2 ahh..Lantak dialah semoga dia memperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.


Kagum jugakk ke??..emmm Wallahua'lam..


Itulah cerita tentang kagum.Sedikit kelebihan yang ada pada orang lain sangat2 membuatkan saya kagum dan adakalanya terpegun..!

Antara AKU dan SAYA..

Mungkin sesuatu yang pelik bila anda membaca story disebalik entry2 saya yang terdahulu, kemunculan awal dlm berblogger ni saya membahasakan diri saya,aku..Hakikatnya sayalah manusia yang paling susah nak membahasakan aku bila bercakap dengan kawan-kawan.


Awalnya saya membahasakan aku kerana saya merasakan tiada sesiapa pun yang sudi membaca blog marhain ini kerana ia tidak lebih bertujuan untuk dijadikan diari peribadi saya sahaja.Malah pada permulaannya saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun saya terlibat aktif dalam berblogger.Jadi my blog ni diwujudkan seolah2 saya bercakap sendiri.Namun ,hakikatnya sahabat2 yang terdekat dengan saya amat mengetahui bahawa saya amat menyukai dan meminati bidang penulisan.Bukan mahir sangat pun tapi sekadar memenuhi hobi masa lapang.


AKU,sebenarnya kata ganti nama diri sedemikian tidak lain dan tidak bukan sebagai kata ganti nama diri pertama.Kita sebagai hamba Allah pun berdoa dan memohon sesuatu dariNYA dengan membahasakan diri kita aku.Namun saya merasa amat sensitif dengan perkataan aku terutama sekali bila seseorang yang baru saya kenal membahasakan dirinya aku dengan saya.Agak tercalar sikit kat dalam ni(hati) bila perkataan itu terpacul dari mulut kenalan baru.Kalau dengan kawan lama its ok..!


Lumrah dunia,bukan semua orang sama dengan kita.Apa yang dirasakan sebagai satu stigma buat kita tidak pula dianggap sesuatu yang menjengkelkan buat orang lain.Itu hanyalah sekilas pandangan peribadi dan satu transformasi dalam diri saya untuk tidak lagi menggunakan perkataan aku bila menulis..Rasa lebih sopan dan beralas bila dibahasakan saya.


"Mak,SAYA nak pergi bandar ni.."(susah jugak nak sebut..) Tapi bila "Mak,ORANG nak keluar ni.." atau "Bah,ORANG nak g umah kawan ni"..agak berbeza bila ngan mak abah,bila kita lebih mesra dengan perkataan ORANG daripada SAYA..!


Masa kat Institut Perguruan dulu pun rasa cam agak kasar bila kawan dikalangan keJAWAan ini mebahasakan kau aku..Mengambil masa jugak untuk membiasakan diri dengan cara dorang bercakap.Maklumlah masa tu hari first daftar kat maktab KL,tup tup ada yang tanya "eh,kau bilik no berapa?? aku bilik ni..."..Hahh tak ke terkejut dengan tak kenaii batang hidung tupp tupp cakap ngan kita camtu..agak tersentak..Namun apabila dah lama mengenali semua itu boleh diterima dengan baik..Tapi first impression tu agak tersentak ulu hati..Tapi sampai kesaat ini,macam payah sangat nak cakap ngan dorang KO AKU..berat mulut..Baik guna AWAK SAYA..


Sebenarnya perkataan aku tersangatlah normal terutama dari kalangan penduduk sabah dan sarawak.Malah diorang turut membahasakan aku walaupun dengan guru sekalipun.Sebab itulah kita amat digalakkan untuk merantau kerana jauh perjalanan luas pemandangan dan kerana disitulah jugak kita dapat mengetahui bahawa "Lain padang maka lainlah belalang" dan seterusnya akan mengajar kita untuk membuka mata dan menerima budaya dan cara hidup orang lain tanpa rasa prejudis dan dalam masa yang sama tetap teguh dengan prinsip hidup kita..


AKU dan SAYA suatu makna yang sama,namun mempunyai signifikasi yang berbeza..

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin.

Assalamaualaikum WBT dan salam sejahtera.Emmm rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan-rakan dan para kenalan saya.(huhu..hakikatnya dah terlewat sbb hari ni dah raya ke 8..)


Luhur ucapan dari hati yang tulus..ampun maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki diatas segala kekhilafan diri yang nyata dan yang kurang nyata..(yg buat2 tak tau..) siapalah saya untuk menidakkan kenyataan ini..Sebab setiap manusia itu tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan...(helah bela diri lagi...!)


Terima kasih semua kerna pernah sudi menjadi sahabat,kenalan dan taulan saya sepanjang perjalanan hidup saya bermula dari sekolah rendah,sekolah menengah,universiti,maktab dan alam pekerjaan..banyak kenangan indah pernah kita lakar bersama..


Okessla saya agak kesibukkan hari ni coz sat lagi ada solat hajat upsr kat school.6.45 nk p skul..Okessla undur diri dulu..walau hakikatnya banyak sangat benda nak citer..huhuhu...


Selamat Hari Raya...

Friday, September 03, 2010

Bina Ayat..

Sepanjang malam saya rasa nak tergelak..Hahaha..Ini semua gara-gara lawak dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan Tahun 1...Haha lucussnya,tak keringss gusiss menahanss gelakkss..


Masa duk menanda kertas tuss ada la beberapa jawapanns yang agakss melucusskan..Okess kitass bacass instruction dulu..


Sorry sy malaihh nak scan kertas soalan coz malas nak menarik wayar2 yang berselingkar ituss..

Bahagian E.Bina ayat berpandukan perkataan dan gambar yang diberi.

KES 1

1. adik - susu
ayat : adik ada susu( hmm ok lg masih boleh diterima)

2. emak - kain
ayat : emak ada kain( not bad..)

3. ayah-longkang
ayat : ayah ada longkang..(ceawwah..longkang tu hak mutlak ayah dia..)

4. kucing - tikus
ayat : kucing ada tikus (hehehe..kwang2..gelaksss zahir dan batin..)

5. Abu - kayu api
ayat : Abu ada kayu api.(bolehla..)


KES 2

1. adik - susu
ayat : ini susu adik

2. emak - kain
ayat : ini kain emak

3. ayah - longkang
ayat : ini longkang ayah

4. kucing - tikus
ayat : ini kucing dan tikus

5. Abu - kayu api
ayat : Abu bakar api

Dalam kelucuan itu ada gak anak2 yang terlebih advance dalam memberi jawapan.Maklumlah anak2 generasi LINUS (Literasi dan Numerasi) mereka harus lebih spesifik dalam mengemukakan ayat.


Program LINUS yang baru dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun ini agak mencabar sedikit kerana murid seawal 7 tahun telah diinterruptkan dengan pembinaan ayat yang lebih spesifikasi atau berkembang.Contohnya ikan.Pada kaedah linus mereka telah diajar mengklasifikasikan ikan tadi kepada ikan emas,ikan kelisa dan sebagainya. Demikianlah juga pada perkataan baju,sama ada baju kemeja,baju t-shirt atau baju kurung.Itulah transformasi LINUS..


Ini lebih kurang menjurus kepada teknik bahasa chunking."chunking" bermaksud memecahkan sesuatu yang besar kepada ketulan-ketulan kecil.Pengertian yang lebih jelas adalah menjelaskan apa yang umum kepada sesuatu yang lebih khusus.

Contoh Teknik Chunking.

Ini adalah sebuah kerusi plastik.

meneruskan teknik Chunking

Ini adalah sebuah kerusi plastik berwarna merah.

seterusnya anda chunking lagi..

Ini adalah sebuah kerusi plastik berwarna merah yang bermutu tinggi..

Anda boleh terus menggunakan teknik ini sehingga anda tidak boleh chunking lagi..emm best kan bermain kata2 ngan teknik chunking nihh.Sapa yang minat nak jadi lawyer best gak, leh mematahkan hujjah dengan senang.Tapi harus jugakk berilmu..!


Saya yang meminati bidang kaunseling dan psikologi ni,boleh jugak kot adapt teknik chunking ni dalam beberapa kes dan permasalahan melanda diri,sahabat dan kenalan..Yargghh,boleh jugakk tuss demi mencari sebuah penyelesaian..

Oppss..Jangan Baca..!

Hakikatnya manusia ni apabila apa yang ditegah,itulah yang dia paling suka nak buat.Macam ni jugakk bila ada sign yang menunjukkan "Jangan Tengok" " Jangan Masuk"..yang JANGAN tu lah membuatkan kita lebih terkinja nak buat,bahkan perasaan itu makin memaksa-maksa.


Demikianlah juga bila ada sign yang nampak dari jauh lagi "Jangan Merokok"..hahh kat situlah paling ramai makhluk yang menghisap puntung panjang itu..Huisshh musykilah kabiroh (kemusykilan besar) la pada golongan yang amat suka merokok ni.Syiokk sangat ke,hencem sangat ke dan macho sangat ke bila anda dengan megahnya melepaskan hembusan nikotin itu pada umum..Huhh jelik bebenor..! especially bila perokok itu tanpa segan silu merokok dihadapan kanak2 riang dan ibu mengandung..


Sehingga ke saat ini saya masih lagi mencari faedah dan manfaat merokok untuk dihuraikan panjang lebar pada 2 makhluk kt umah iaitu my abang and my adik..Banyak buruk daripada baiknya..Malah BERANI saya katakan takde manfaat langsung..!
Katanya nak mengurangkan stress..Huhh stress kot mana?? Banyak lagi cara dan jalan yang lebih baik untuk mengurangkan tekanan ni..buat sakit dada je cakap ngan dua orang nihh..Abah yang kusayangi tidak pulak merokok..dua jejaka itu je tak malu merokok..!..kat sini maka kita boleh pejamkan mata pada kiasan "Like father like son" sebab "bapa borek anak rintik" tiada dalam kes merokok...huhuhu..


Pernah terbaca dalam satu slot kt paper.Kata Bekas Mufti Perlis dalam memilih pasangan, hendaklah mengutamakan yang tidak merokok ceawwahhh..sampai tahap tu,itu menunjukkan betapa tak berapa eloknya merokok..


Kalau nak hurai panjang pasaii ni,mahu kecut perut membaca ingredient dalam sebatang rokok..namun keinsafan tu tak jugakk ada..Sedikit harapan moga puasa dapat dijadikan permulaan untuk mengurangkan aktiviti merokok dan berhenti terus..uhuhuhu so drastik..!!


~Sapa2 yang berkenaan baca pasaii ni msti marah kt saya..sapa suruh baca,orang dah buat title awal2 lagi Jangan Baca..!! kan dah kena..Ampun Pakk..ini realitas,bukan omongan kosong..~

Thursday, September 02, 2010

Mencipta Keterujaan...

Entah dimana silapnya,saya merasakan sambutan aidilfitri kali ini agak hambar walaupun hari bahagia itu akan muncul kurang daripada tujuh hari lagi.Dan pada ketika ini saya masih setia mendengar "Air Mata Syawal" dendangan Siti Nurhaliza namun mood raya itu bagai dibuat2..


Mungkinkah kerana pertambahan usia?? (muda lagi ya,tak masuk 26 lg..),atau mungkin juga situasi ini adalah normal bagi seseorang yang kian meningkat dewasa atau dikategorikan matang...ceawwahh..!


Atau zaman kita telah berlalu,sekarang zaman anak2 buah dan adik2 untuk berfoya2 lenggang kangkong kesetiap ceruk rumah bagi mengumpul duit raya.Memanglah tidak dapat dinafikan zaman duit raya telah lama ditinggalkan..Sekarang kita yang menyediakan duit raya untuk kanak2 rebina ni.


Pada detik ini,saya masih lagi mencari sesuatu bagi mencipta keterujaan aidilfitri.Setidak2nya membahagiakan insan2 yang telah banyak menyokong saya dari belakang especially mak abah dan keluarga tersayang..Jauh disudut hati menadah syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini.


Membina kekuatan luaran dan dalaman pada pertemuan yang tak disangka2 dengan insan2 yang pernah menyingkap tabir bahagia dan duka hidup saya,pada suatu tautan mahabbah jalinan ukhuwwah berlandaskan cinta kasihku padaMU ya Rabb..


Wahhh seriusnya bbrp paragraph kat atas..ummm tak mo serius2..okess..


Camne ni macam tawar hati je nak sambut raya tahun ni..Keterujaan nak balik macam biasa selalu ada dan tak perlu diada-adakan.Biskut dah beli,tapi kalau buat sendiri lagi best barulah betul2 wujud suasana raya..Mungkinkah takde mood sebab baju raya tahun ni takde kaler ungu..huhuhu..


Okessla meh ler nak cipta keterujaan.walaupun sampul raya belum beli lagi, duit raya pun belum tukar lagi takpe la nak usir jauh2 kehambaran itu..Mewujudkan keseronokan diatas kurniaan Allah pada sambutan aidul fitri yang merupakan hari kemenangan kepada kita ummat islam setelah melalui getir dalam perjuangan dan pertempuran antara tuntutan nafsu dan ketaatan hamba di persinggahan ramadhan ..(Tulip Ungu harus menjadi golongan yang bersyukur..!)Harus menjadi orang yang BENAR-BENAR BERSYUKUR bukan golongan yang SEKADAR BERSYUKUR..beza penafsiran pada keduanya..antara SYAKIR dan SYAKUR..!


Tapi tetap seronok nak jumpa datuk nenek kat kampung..(Padahal dah ada rancangan jahat tak mo balik Kota Bharu..)tak boleh..tak boleh nanti abah marah.Memang dh tau sgt msti abah marah,abah tak ajar anak dia macam ni.Walau siapa pun kita jangan lupa pada tok nenek kat kampung..(Nak raya ngan sapa kat T.Merah?? sume orang berkumpul kt KB..huhuhu..)


Takpelah insyaAllah keterujaan dan semangat tu akan wujud juga selepas ini.Moga aidilfitri kali ini memberi 1001 makna dalam hidupku..Kedatangannya akan disambut dengan penuh kesyukuran dan dijadikan medan dan platform berguna dalam mengikat kasih antara kami seterusnya dijadikan ruang yang paling bermakna dalam memperkukuh ikatan kasih sayang,saling memaafkan dan mendekatkan jurang antara kami...

Mendamba Sinar,Menghambat Sirna...

Memulakan hidup baru setiap hari tiada apa yang kita impikan selain daripada mengharapkan ada sinar bahagia dalam hidup kita.Seringkali doa dan harapan itu telah tersetting kukuh dalam hidup kita.."Ya Allah Ya Tuhanku Permudahkan kerjaku,kurniakanlah kesabaran dan keikhlasan padaku.Sesungguhnya tiada lain yang aku harapkan pada keringat ini melainkan untuk mencari keredhaanMU pada kesinambungan hidupku jua pada kelestarian ilmu dan akhlak anak2 didikku"


Jauh disudut hati,"aku amat mendamba sinar kasih dariMu ya Rabb.pada setiap hela nafasku hanya padaMU jua ku mohon..Kudus kasihMU padaku.Tulus rinduku padaMU.Mengungkap Redha pada sebuah kekurangan,Menadah syukur pada sekalung anugerah dariMU" dan kalimah keramat doaku "Ya Allah Ya TuhanKU perkenankanlah doa permohonanku"


Pada sebuah kehidupan hamba ini jua memohon moga diusir jauh2 sirna dalam hidupnya..Menghambat kebejatan dan kekecewaan hidup pada sebuah penghidupan.Pada episod silam.Walau terkadang hati kecil meronta hiba tatkala melalui ujian demi ujian hebat dariMu.Nasib baiklah hamba Allah ini cepat2 tersedar.."Andai dengan dugaan ini dapat menambahkan imanku padaMU aku redha,dan andai ujian ini mampu mengejutkan aku pada kelalaian ingatanku padaMU aku pasrah.Sesungguhnya kekhilafan itu lahir pada kekurangan diriku yang nyata"


~ MENDAMBA SINAR KASIHMU PADA SATU KEKECEWAAN,MENGHAMBAT SIRNA PADA SEBUAH PENGHARAPAN~