Title kali ni macam tajuk lagu kumpulan Estranged plak,
2004-2007 semasa masih menuntut di UPM inilah tempat yang pernah kusinggahi
2008-2009 masa blajar Maktab K.Lumpur,lokasi inilah yang pernah ku 'landing'i
tempat inilah yang pernah meninggalkan nostalgia indah buatku
juga turut menjadi saksi kenangan yang tak berapa indah untuk dikenang..
Tempat yang paling tak best invironment nya,tapi paling terkinja nak p
dahla busuk ngan pelbagai bau,asapla...manusia2 yang menghisap puntung panjang itu
ragam manusia yang kurang adabla,tempat si pencopek mengambil kesempatan,
tapi masih tergedik nak ke situ..
HENTIAN PUTRA,
itulah tempatnya,lokasi yang paling tak best tapi tetap beria2 nak p terutama bila nak balik kampung,keterujaan nak kesitu lebih berganda kurasakan tatkala lebaran bakal menjelma..
Semalam kaki ini melangkah kesana,sekadar lawatan sosial sambil hantar adik kawan..Satu persatu kenangan disitu berlegar2 diruang mindaku...disinilah suatu ketika dulu kami berbuka puasa,shopping kat parkson sementara tunggu bas dan yang paling sadis bila yang time gatai balik on the spot terpaksa berlama2 kat c2 kul 1 pagi baru bas bertolak...lucu plak..bila teringat.Bila raya plak ada kawan yang terlebih hot siap gaduh ngan kerani kaunter gara2 tak nak juai tiket raya..masa tu segala nama haiwan keluar dari mulutnya,kecut perut kita dengar...
Itulah sebahagian kenangan yang pernah mengusik jiwaku sepanjang musim pengajian..
~kunjungan ke Hentian Putra semalam,kurasakan tak banyak yang berubah still macam dulu..cuma DJ yang bercakap kat ruang legar Hentian sekarang adalah orang pompuan,dulu lelaki yang bercakap,dan paling suka ngan trademark pak cik tu cakap...dah siap berpeluk cium dan ucap selamat jalan,9.30 malam bertolak pulang ke sungai buloh dan meninggalkan suasana bingit yang pernah kulalui suatu ketika dulu..
No comments:
Post a Comment