Pages

Friday, April 09, 2010

SELAMAT TINGGAL..BYE..BYE..

Setelah 7 hari melalui getirnya sebuah kehidupan,alhamdulillah hamba semakin pulih dari kegeringan...Keadaan yang sebelum ini bagaikan tiada upaya langsung untuk berdiri,tiada selera makan hatta nak bercakap ngn orang..kehidupan hanyalah ditemani secawan milo panas yang dibuat sendiri dan sebungkus biskut 'Famous amous' serta ahhhh bnda yg paling sy tak suka ni dia pnye nama saintifik Cap amox,T.Cetrizine,Polarax dan tb pcm..3 kali sehari jumpa dia..kehidupan seharian bagaikan dialam khayalan..kuat sungguh penangan ubat ni...!!
Nasib baikla tiada apa2 yang lebih memudharatkan hanya demam biasa je,ekoran perubahan cuaca yang agak drastik 2 3 minggu ni..kejap hujan kejap panas...Subhanallah,kesihatanlah anugerah yang amat bernilai jika nak dibandingkan dengan anugerah lain yang pernah kita kecap...
Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang padaku mengecapi nikmat hidup dibumiMu serta terus memberi ruang buatku beribadah dalam penerokaan mencapai mawaddah dan rahmat dariMu...Alhamdulillah syukur tak terhingga..Jutaan terima kasih pada teman yang tak putus2 menelifon memberikan kata2 semangat untukku berjumpa doktor,menghantar sms bertanya tentang perkhabaranku dan semua yang tak henti2 mendoakan kesejahteraanku...Sekalung terima kasih juga pada teman serumah yang sudi bersusah payah menemaniku ke klinik tengah2 malam..Terima kasih atas sokongan kalian...
Sekalung2 syukur tak terhingga pada Sang Pencipta diatas anugerah yang tak ternilai yang pernah aku ada,iaitu dikurniakan ibubapa yang penyayang...Sengaja kurahsiakan keuzuran diriku,namun kalian dapat menghidu "kesengsaraan" anakmu diperantauan...Suara halus abah keluar jua dihujung talian " Assalamualaikummmm...kak,tak sihat ke???Lama tak call abah???"..Wooowww chemistry...camne dia tau..!! tautan kasih jambatan mahabbah pengikat silaturrahim antara si anak ngan bapanya...macam tau2 je "emmmm...abah,kak demam 2 hari.."...So dorang pun taulah yang anaknya tak sihat..huhuhu...Setulus doa,seteguh pengharapan disetiap akhir sujud kalian berdua tidaklah basah daripada mendoakan kebaikan,kesejahteraan,kejayaan dan semua yg baik2 untuk anak2nya...
Kini,sy mampu bernafas lega..mampu melakukan perkara2 rutin seperti biasa,mampu mengukirkan senyuman yg lebar,mampu berbicara,mampu berdiri dan mampu lagi berada dibumi keramat ini..Syukur sesangat..tapi nak kena ucap selamat tinggal pada sebungkus plastik putih yang sudi menemaniku sepanjang beberapa hari lepas...Bye....bye... ubat antibiotik,ubat selsema,ubat batuk dan brmcm jenis ubat lg....(Awat hampa pahittt sgt, cubala bermanis2 sikit baru senang cheq nak telann....huhuhu...)

No comments:

Post a Comment