Pages

Friday, April 23, 2010

Kerana pulut santan binasa,kerana MULUT badan binasa

Benarlah kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul..Orang lain sekadar memandang, bertanya khabar dan bersimpati cukuplah sekadar menyelami sekelumit penderitaan yang dialami kita.Namun segelintir mereka tidak dapat merasa sebagaimana apa yang kita rasa...Jerih perih bersusah payah,berkorban tenaga dan masa bagi memuaskan hati semua pihak..Tapi jika inilah balasannya,memang tidak berbaloi..!! Bukan penghargaan bukan ucapan terima kasih dan bukan pujian yang kudambakan cukuplah sekadar kerjasama keikhlasan dalam membantu melicinkan program...Jangan kerana perkara ini ada hati yang terguris,ada jiwa yang terluka dan yang lebih parah lagi wujud sengketa antara kita...
~ikutkan ini merupakan kali ke3 sy menangis kerana "dia","dia" yg tidak pandai mnjaga hati dan perasaan orang,"dia" yang tak pernah mengenang jasa...Tiada dendam jauh sekali membenci namun ini je yang mampu diungkapkan "Semoga Allah bukakan pintu hidayah buatnya seiring dengan pertambahan umurnya yang kukira lebih tua dari bundaku dikampung...,ubahlah sikap "dia" kerana telah banyak hati terluka,telah ramai yang mengalirkan air mata gara2 mulutnya...Jika"dia" yang kuhormati terus begini sikapnya kubimbangi akan hilang rasa hormat dari insan yang selama ini menghormati "dia""~

No comments:

Post a Comment