Pages

Thursday, April 15, 2010

Bukan hanya pada SERONOKNYA..!!

Waaahh,dengan kecanggihan teknologi hari ni kita semakin dekat ngan member2 teman2 yang sebenarnya jauh beribu2 batu ngan kita..Kini, semuanya hanya dihujung jari..dapat mengetahui khabar kawan dikejauhan,mengikuti perkembangan mereka yang selama ini kurasakan tenggelam timbul..Seronoknyaaa...especially dapat tengok gambar kawan2 yang dah lebih 10 tahun tak ketemu...
Pelbagai aplikasi Facebook,Blogspot,Wordpress,Frienster,Myspace,Twitter,Skype dan banyak lagi...Saya turut tak mahu ketinggalan dalam semua ni,register Facebook dan Blogspot pada Jun 2009..Hujung tahun lepas barulah terasa teramatlah aktif...Bukannye apa saja nak seronok2..Maybe FB sesuailah untuk suke2 coz lebih kepada hiburan menulis yg ringan2 dan santai...



Masih belum merasai satu kepuasan yang sebenar,kalau dulu Buku Examination Pad la yang akan jadi mangsa saya untuk bercerita pahit maung,liku hidup dan pahit manis yang saya lalui...Tapi kini zaman telah berubah,semuanya tercoret indah dalam myblog..Ohhh inilah kepuasan hakiki yang saya cari selama ini..Menulis,menulis dan terus menulis..Kepuasannya seolah2 dapat mendengar Lagu nyanyian FAIZAL TAHIR..(Sury,sy memang peminat fanatik Faizal Tahir...heheee).Bahagia sangat dapat melayan hobi yang satu ni...







Pasai Twitter lak,ada cerita disebalik cerita..Hahaha lucu pun ada..Ini semua gara2 tidak mahu dikatakan kuno dan ketinggalan dalam arus kecanggihan teknologi...Takpelah biarlah rahsia..(Haahhaa nak tergelak sengsorang bila teringat..)

~ Sebenarnya dalam menulis ni ada pro and kontranya, kadang2 boleh menyusahkan kita andai penulisan kita tu menjurus kepada hasutan,provokasi atau perkara2 yang menaikkan kemarahan orang lain..Terlebih bercerita gak akan dikatakan syok sendiri...! Ishhh cukup susah sebenarnya..Namun,Allah bekalkan kita kewarasan akal,gunalah ia dengan sebaiknya..Inilah yang dikata hiburan padaku, bukanlah hanya pada SERONOKNYA tapi pada KEPUASAN yang tiada dijual dikedai hatta masa jualan Mega Sale SOGO sekalipun..kerana KESERONOKAN itu ada pada lancarnya jari mengetuk papan kekunci "memuntahkan" keluar setiap apa yang duk berlegar dalam mindaku dan seribu satu rasa yang menerawang dalam benakku.~

No comments:

Post a Comment