Sedih saat terbaca,sanggup seorang suami mencurahkan cuka getah keatas perempuan yang rela dikahwini suatu ketika dulu..Sang suami bukan lagi bertindak sebagai pelindung tetapi perundung masalah...semuanya berpunca daripada si isteri yang menolak untuk diajak melakukan hubungan kelamin..Subhanallah apa nak jadi dengan manusia hari ini?? Semuanya seolah2 diluar pertimbangan dan diluar normal...Kesian pula si anak meratap kesengsaraan si ibu diatas perbuatan kejam insan yang sepatutnya dijadikan "pemimpin" dalam keluarga...
"Berbuat baiklah terhadap wanita,kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk,dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang diatas sekali.Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya,jika dibiarkan sahaja tulang itu akan bengkok.Maka berbuat baiklah terhadap wanita."
No comments:
Post a Comment