Pages

Sunday, April 04, 2010

Datangnya...

Last sekali 'dia' datang Disember 2008,saat umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha..Latest 'dia' menjengah lagi awal April 2010..Kenapa ya saat 'dia' datang,seribu satu rasa tak puas hati akan menyelinap dalam diri kita.."Alaa,susahla nak wat keje," "Tak selera nak makan," "hilang segala mood hari ni.." Kita amat berlainan sekali dengan akhlak sahabat Rasulullah yang begitu risau,bimbang dan tak sedap hati andai Allah tak datangkan 'dia' selama beberapa musim..Sahabat cukup bimbang,takut Allah dah tak sayang dan tak ingat dia lagi...
Teringat saat kedatangan'nya' pada Disember 2008,mungkin itulah satu2nya detik yang akan terus saya ingat sampai bila2...Masa tu,beberapa hari lagi Hari Raya Korban akan menjelma.Amat sedih masa tu sebab tak dapat cuti beraya..Saya yang belajar kat Maktab KL hanya diberi cuti sehari,berlainan ngan member yang belajar kat Maktab Bangi diberi cuti 3 hari campur ngan Hari Keputeraan Sultan Selangor.Kami yang menuntut di Maktab Kuala Lumpur terlepas untuk mengecapi anugerah cuti tersebut.Memandangkan cuti hanya sehari sy ambik keputusan untuk balik Sg Buloh je..Banyak perkara yg nak disetelkan sbnrnya,prepare utk present n projek multimedia utk subjek Pengurusan Sumber..
Dalam duk bersedih tak dapat balik beraya,tiba2 diriku diserang demam..Betul2 saat bergemanya takbir raya...Huhuhu sedih tak terkata coz keseorangan dirumah..Mak Abah tok sah ceghita 5 16 kali tipon cz nilah first experience buat dorang "kehilangan" salah seorang cahaya matanya saat Lebaran bertamu..ceawwahh..Namun,dalam situasi begini,besar sekali jasa kakak angkat yang sudi berulang alik dari Kota Damansara datang menjengukku,menghantar makanan,bagi ubat, hantar p klinik..Dibawanya nasi air,owwwh..bukan makananku..namun demi menjaga hatinya ku bawa jua ke Maktab untuk dibagi pada kawan.Thanks sis,sudi menghantarku yang masih tak berdaya untuk meneruskan pelajaran yang masih bersisa dua minggu lg..huhu..
Demam datang lagi menyapaku..huhu..Mula2 dah rasa masa balik Putrajaya hari tu,namun gagahkan diri gak..Kuatkan semangat.Rasanya masa kat Putrajaya tadi taklah panas sangat..Memandangkan kantin ditutup dua hari,sy ambik kptusan beli kat luar..Aduss sebungkus nasi yang sikit pun x brdaya utk dihabiskan..Maka terjadilah unsur2 pmbaziran kt situ..Betullah saat terlantar begini buat kita banyak berfikir..Kalau dulu bolehla nak bermanja ngan mak abah..Sat g mak masuk bilik bawakan segelas milo panas yang Kawww..kaww pastu abah lak masuk mengusap2 tanganku,meletakkan tangannya didahiku bagi merasai suhu badanku..Ohhh betul2 terasa hangatnya kasih seorang abah...Jap lg " Kak nak makan ape???"
"Suka hati abahla nak beli apa2 pun.."jawabku..Tekak dah rasa payau,tawar dah takde rasa apa dah..Ohhh rindunya saat itu..
Kala tak berdaya begini,nak habiskan nasi ohh tidakkkkk..x boleh nak masuk,takpela makan maggi(tom yam) lah ada masam2 sikit..Hanya dua sudu kuah berjaya ditelan..selebihnya tong sampah tolong habiskan.Naik tangga 2 3 langkah dah rasa nak pitam..Allah tarik balik nikmat rasa yg prnah sy kecap sblm ni,ditarik seketika kudrat dan upaya yang selama ini sungguh megah mengatur langkah...Maka longlailah insan ini.Namun,Allah mendatangkan kepada hambanya sekelumit muhasabah ,segenggam tabah dalam masa yang sama turut dikalungkan mutiara kerendahan hati pada hamba2nya yang benar2 memperoleh roh keinsafan.Kerendahan hati dalam menerima dan terus redha dengan apa jua yang ditentukanNya buat kita kerana sy amat yakin dengan janji Allah..Semuanya adalah yang terbaik buat kita..Kita sahaja yang tidak nampak "kebaikan" disebalik musibah yang DIA sampaikan...Terfikir juga,Subhanallah andai saat tidak bermaya begini,DIA hantarkan Izrail bagi mencabut nyawaku..Ohh,bagaikan slideshow satu persatu dosa dan kesalahan yang dipertontonkan dalam ruang mindaku..Kekhilafan dalam pergaulan sesama rakan,kedhaifan dalam mengatur bicara,kesalahan dalam tingkahlaku...Ohhh,tidakkk..sy dapat merasakan timbangan itu.sebelah mana yang berat dan sebelah mana yang ringan.."Ya Allah Ya Tuhanku andai dengan cara begini(demam) Kau lemparkan hidayah buatku aku redha, jika dengan sakit ini Kau ingin mengejutkan aku dari kelalaian duniawi kupanjatkan syukur tak terhingga kerana mmbuatkan aku tidak terus leka.. Jauh disudut hati masih mengharapkan "peringatan" dariMu,andai dengan cara begini dapat menambahkan imanku aku redha Tuhanku..."
Orang sakit ni Allah sayang,dalam sakit kita masih berada dibawah lembayung Rahmat Allah...anytime.Sehinggalah kita diberi kesihatan yg baik lantas kita pun lupa balik pd Dia...2 3 tahun Dia bagi sakit kat kita barulah kita ingat dia balik kannn..
Menjengah ke usia 26 tahun ni semua harus dilalui sendiri,zaman nak manja2 ngan mak abah dah berlalu..walau hati meronta hiba.Harus kuatkan semangat..apa yang penting..KERJASAMA..!! KERJASAMA between qalb and aql dalam MENYELONGKAR HIKMAH DISEBALIK UJIAN..

No comments:

Post a Comment