Pages

Friday, April 02, 2010

Alangkah RUGINYA dia...

Semalam saya berpagi2 ke Putrajaya..Setelah selesai segala prosedur yang dikehendaki dan di "Brain Wash" selama sejam oleh Boss semuanya perlulah dihantar ke Jabatan Perdana Menteri Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)...
Beberapa hari lepas,Huiissh dekat sejam kami dinasihati di beri petua petui agar jangan wujudkan jurang antara guru ijazah dan senior2 atau guru maktab yang lain,dalam hatiku
" Subhanallah,siapa sebenarnya yang mewujudkan jurang ini??" dan kami sedar walaupun kami guru KPLI kami masih hijau tentang pengalaman dlm bidang pendidikan,dan kami tidak pernah segan silu bertanya itu dan ini pada senior...Teguran dan nasihat merupakan lorong tarbiah diri yang perlu bagi seseorang,tapi dalam masa yang sama setelah dimuhasabah diri andai itu bukan tabiat dan sikap kita adalah agak janggal untuk menerimanya.Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan..Yaa, perkataan manusia sendiri berasal dari 'nasiya' bermakna 'lupa'..Jadi mungkinlah teguran ini bagi mengingatkan kami agar tidak lupa dan lalai dalam menjaga keharmonian hubungan sesama rakan sejawat walau dimana saja kami ditugaskan...Banyak idea yang dilontarkan kpd kami dalam menjadi guru cemerlang,berusaha bersama dalam membina modal insan kelas pertama,berganding bahu untuk membangunkan sekolah..Terima Kasih atas teguran dan nasihat..
Semua yang diperlukan sudah lengkap..perjalanan Sungai Buloh ke Putrajaya agak lama,kalau kt Serdang dulu 5 or 10 minit dah sampai..kul 9.15 pagi baru sampai...Mula2 ke Jabatan Perdana Menteri lepas tu ke Kementerian Pelajaran Malaysia..
Alangkah ruginya dia,benarlah manusia ni memang sentiasa dalam kerugian...! Sampai je kat KPM kami perlu ke Bahagian Sumber Manusia..Kereta Parking depan Lobi jadi kami terpaksa tergesa2..Masuk je ada receptionist kat depan,bukan main my pren bagi salam "Assalamualaikummm..nak tanya kalau nak hantar surat perlantikan ni kat aras berapa ya???"
tanpa menjawab salam "Aras 5...!" Ruginya dia,bukannya susah pun nak jawab salam just "Waalaikumussalam..".Cuba anda bayangkan dalam sehari tu ada dekat 1000 orang pelawat yang datang yang memulakan pertanyaan dengan memberi salam..Oohh cukup ramai yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau...dari masuk kerja sampai habis kerja kul 5 selamat dan sejahteralah dia dengan izinNya..tapi insan ini kurasakan cukup sukar mnjawab salam kerana selepas kami ada seorang lelaki datang jua mmberi salam tanpa sebarang jawab salam dari si receptionist td..huhu..Kesian pula kat dia.."doa" kita tidak diaminkan..Padahal tak minta satu sen pun dengan doa tadi..Mungkinlah gajinya dibayar untuk menjawab pertanyaan route map dalam jabatan tadi je,sedangkan DIA mnjanjikan seribu satu keselamatan,keharmonian dan ketenangan tanpa sedikit bayaran pun...!
~sekadar mengingat..teman bukannya sempurna sangat pun,tapi bila tersentak bagai dihentak rasa tersentap hati ini...Dunia semakin melalaikan kita...~

No comments:

Post a Comment