Pages

Wednesday, April 14, 2010

Teringat kenangan itu...

Masa demam hari tu,dptlah mc..tp boring sangat kat umah,takdenye nak surf2 internet masa tu..kudrat agak terbatas..apa yang berjaya dicapai ialah album lama zaman dolu kala..bukan zaman penjajah..tapi zaman dijajah dengan buku2,assignment and zaman lari bertempiaran(bukan dikejar komunis)tapi mengejar bas..haaa nak p kuliah kan..kena berkejaran..
Tengah membelek tu,tertengoklah gambar ni..dulu gambar ni tersimpan baik je dalam document tapi sekarang dah tinggal kenangan selepas mylaptop dilanda "histeria" lastyear...huhuhu sedih banyak sekali kenangan indah tersimpan dalam tu..Yang dapat diselamatkan adalah dibackup ke CD tp ada la seketul dua yang "nakal" tak dapat dikesan...Jadi inilah hasilnya gambar yang telah discan..Huhhh tak lawa langsung...Tapi takpe apa yang penting kenangannya sentiasa melekat dihati...
Waktu ni kitorang dalam proses pembikinan filem..Hahaa takdelah..Masa ni kitorang kena setelkan projek Multimedia Bahasa Melayu.Diberi tajuk untuk wat research tentang "Insan istimewa" atau "Kehidupan Warga Emas"..Kumpulan kami memilih tajuk "Insan Istimewa (OKU)" Jadi kami terpaksa berpergian ke Pusat Pemulihan Insan Istimewa di Cheras..
Sesampainya disana,kami diberi taklimat tentang pusat penjagaan tersebut..aktiviti rutin pelatih disini,kegiatan2 mereka,hasil kerja mereka dan pelbagai lagi..Kami juga diingatkan agar jauhkan dari sikap diskriminasi dan jangan ada sikap menjengkelkan seperti rasa geli dan tak suka dengan perlakuan pelatih...Dan apa yang masih saya ingat ialah kata2 pengerusi tu,katanya macam ni "Jangan menolak apa2 pelawaan dari pelatih pusat ini,dan terima pelukan andai pelatih mahu memeluk kamu..tak kiralah lelaki atau perempuan..." Huuuuhuuu takutttt,kami diprovokasi sedemikian..."Juga diingatkan,anda semua harus melayani pelatih dengan sebaiknya..jaga hati mereka..jangan buat mereka tersinggung..!!! kerana mereka dari golongan istimewa..."
Keluar sahaja dari bilik taklimat...Waaa ada seorang pelatih lelaki ke pompuan tak perasan coz rambut pendek, berlari terburu2 mahu memeluk kami.Ditangannya ada hammer baru keluar dari bilik kemahiran hidup...huhu takut nak sambut pelukan coz takut dia bertindak diluar kawalan dengan mengetuk kepala kami dgn hammer..Takuttt...nasib baik ada jurulatih yang mententeramkan keadaan.namun dalam ketakutan kami masih steady berjalan berhimpit2 menyorok dari dipeluk...yaalaa kan dh diingatkan tadi...penuhi permintaan mereka...

Maka,disegenap pusat pemulihan tadi tak berentilah klik! klik! bagai guruh..sana snap sini snap..Maklumlah selebritikan..Dikejauhan dah nampak para jurulatih sedang melatih pelatih pusat bersukan...Habis semua sesi bergambar,kami pun mahu berangkat pulang..
Sementara nak naik keta saya duduklah dekat taman tu,tiba2 muncul seorang budak lelaki(lingkungan 19 tahun) pakai singlet biru dicelah tiang..."ehh apa budak ni buat kat cini??? nak iku kami balik UPM ke??" Bisikku dalam hati..."Kak nak mintak no tipon,ada orang nak" kata budak tadi...Ya Allah rupanya nak mintak no tipon,ingatkan buat apa kat celah tiang tadi..rasanya cikgu dia yang suruh mintak..Ya Allah berbelah bahaginya nak bagi ke tak nak,sedangkan tadi pengerusi pusat pemulihan ni dah ingatkan awal2,jaga perasaan para pelatih,penuhi permintaan mereka dan jangan sekali2 menunjukkan riak muka seolah2 kita jelik dengan mereka..Last sekali berlakulah pembohongan sunat demi menjaga hati budak lelaki tadi..saya cakap saya tak pakai handphone...huhu...sian kat adik tadi..
~Demikianlah kenangan yang pernah melatari hidupku sepanjang 3 tahun pengajian di UPM..2 3 hari kebelakangan ini sangat terkenang2 kampus hijau tu..Yalaa tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut...tak gitu..,,Ini semua tak lain tak bukan berpunca daripada Album Usang itu..Kaulah punca segalanya!! hahaahhaaa...~

No comments:

Post a Comment