Pages

Friday, April 30, 2010

Weekend yang membahagiakan..

Fuhhh,inilah masa inilah saat yg ditunggu2
tiada sebarang gangguan
fulltime dgn hobiku
best2...

tp mcm nk p cr kain kt kl or s.alam
esok ada knduri
lusa pun ada kt shah alam
bile agaknya ms yg sesuai tuk brshopping

takpe yang tu pikirkan kendian
nikmati hr cuti dgn penuh kesyukuran
hope,nextweekend pun mcm ni gak...
hrp GB buat2 x nmpk nama kite
cz ada prkhemahan kt Sepang nextweek..

Thursday, April 29, 2010

Antara Lukisan, Kenangan dan Bunda...

Bestnya kalau ada sapa2 yang sudi lukis gambar kita,nak wat camne nak lukis sndiri tak pandai dan takde bakat langsung...pernah gak suruh kakak(cousin) yg bljar kat UITM Shah Alam lukis potret dulu,sampai ke sudah x bagi2..mengenang pasai lukisan potret ni teringat plak ngan hobi mak...mak merupakan pelukis potret yang aktif,sasaran lukisan selalunya pada muka surat dua novel2 kesayangannya..anak2 pun dah paham benar dengan gaya lukisan dia ~ wajah perempuan mengiring berhidung mancung dengan rambut mengurai paras bahu~ tak tahulah apa plak motifnya?? tapi apa yg sy perasan masa mak mengandung lagila dia terlebih aktif melukis potret yang sama kadangkala sehingga 2 3 muka surat atau mana2 ruang kosong pada buku..




~ Dia yang kukenali,berjiwa sastera..suka meluahkan segala isi hati pada sebuah diari..amat meminati lukisan,pengumpul novel cinta,kalau membaca buku ngalahkan orang nak amik periksa dan amat suka mmbaca hasil tulisan Abdul Jalil Ali...Kalau beli majalah Seri Dewi dan Keluarga...Slot Abdul Jalil Ali lah yang dibaca dulu,demikianlah jg lau beli SH...Dialah Bundaku tercinta,Noreha Bt Awang...Mungkinkah diriku mewarisi minat dan bakat bundaku?? Wallahhua'lam...~

Tuesday, April 27, 2010

Sudah berlalu...

25 APRIL 2010
bukan noktah terakhir sebuah pengharapan
walau berlalu bersama cita2 seorang Bunda
akan kuteruskan perjuangan ini,
Tatkala hatiku sering dilanda gundah
Amukan perasaan yang sukar dimengertikan
Himpitan demi himpitan yang begitu memaksa
Keadaan seolah2 mengizinkan
Namun prosedur agak membataskan
Bukan lari dari masalah,
sekadar mengundur diri...
Memberi peluang pd yg lain
Jika itu yang terbaik bagi kalian...
Nun didasar,hatiku berbisik
Akanku tunggu detik keramat itu..

Yang Pernah...

Title kali ni macam tajuk lagu kumpulan Estranged plak,
2004-2007 semasa masih menuntut di UPM inilah tempat yang pernah kusinggahi
2008-2009 masa blajar Maktab K.Lumpur,lokasi inilah yang pernah ku 'landing'i
tempat inilah yang pernah meninggalkan nostalgia indah buatku
juga turut menjadi saksi kenangan yang tak berapa indah untuk dikenang..


Tempat yang paling tak best invironment nya,tapi paling terkinja nak p
dahla busuk ngan pelbagai bau,asapla...manusia2 yang menghisap puntung panjang itu
ragam manusia yang kurang adabla,tempat si pencopek mengambil kesempatan,
tapi masih tergedik nak ke situ..




HENTIAN PUTRA,
itulah tempatnya,lokasi yang paling tak best tapi tetap beria2 nak p terutama bila nak balik kampung,keterujaan nak kesitu lebih berganda kurasakan tatkala lebaran bakal menjelma..
Semalam kaki ini melangkah kesana,sekadar lawatan sosial sambil hantar adik kawan..Satu persatu kenangan disitu berlegar2 diruang mindaku...disinilah suatu ketika dulu kami berbuka puasa,shopping kat parkson sementara tunggu bas dan yang paling sadis bila yang time gatai balik on the spot terpaksa berlama2 kat c2 kul 1 pagi baru bas bertolak...lucu plak..bila teringat.Bila raya plak ada kawan yang terlebih hot siap gaduh ngan kerani kaunter gara2 tak nak juai tiket raya..masa tu segala nama haiwan keluar dari mulutnya,kecut perut kita dengar...
Itulah sebahagian kenangan yang pernah mengusik jiwaku sepanjang musim pengajian..




~kunjungan ke Hentian Putra semalam,kurasakan tak banyak yang berubah still macam dulu..cuma DJ yang bercakap kat ruang legar Hentian sekarang adalah orang pompuan,dulu lelaki yang bercakap,dan paling suka ngan trademark pak cik tu cakap...dah siap berpeluk cium dan ucap selamat jalan,9.30 malam bertolak pulang ke sungai buloh dan meninggalkan suasana bingit yang pernah kulalui suatu ketika dulu..

Sunday, April 25, 2010

Rupa-rupanya...

Subhanallah kenapa boleh lupa ni,rupa-rupanya tahun ni sy x balik pun lagi rumah tok kat Kota Bharu..Patut pun masa kenduri hari tu sebelum tok balik dia ada bisik di telingaku "Jangan lupa jengok tok di kampung"..Mulanya takdela rasa ape,biasala pesanan keramat orang2 tua..Tapi masa balik Gombak tadi barulah teringat rupa2nya lamanya tak balik kampung mak abah kat Kota Bharu..
Bukan x ingat,bukan sombong tapi masa agak terbatas..cuti seminggu rasa nak duk umah je,tanak p mana2..nak main ngan mia puas2,nak borak ngan mak ngan abah,nak berBBQ ngan adik beradik n anak2 buah...itulah masa yang kunanti2kan,yang kutunggu2...Jd penggunaannya haruslah sefleksibel yang mungkin..Sebab tu lau ada apa2 event or reunion yg dilakukan pd cuti singkat sy tanak join..
InsyaAllah cuti dua minggu ni nak balik KB jengok tok nenek sblah abah sebelah mak,Namun harus didahulukan beribu2 ampun kpd nenda2ku di kejauhan kerna telah hampir lima purnama cucu tidak menjenguk kalian di kampung halaman..Cucundamu yang berada diperbatasan ini amat buntu waktu,buntu kesempatan bagi memenuhi permintaan kalian.semoga nenda memahami kesulitan ini,sebenarnya cucunda juga merasa ralat dan bimbang digelar sombong...Tapi nenda lebih memahami kan sapa cucumu ini...tak senang duduk kalau lama tak dengar suara nenda..betapa akrabnya ikatan kita..

Friday, April 23, 2010

Karenah anak2ku di Kelas 2 Bijak..

Dalam duk kalut menunggu dorang siapkan kerja yang kuberikan..Telingaku ada tertangkap perkataan yang disebut sesama mereka..Nun ditepi tingkap ada 3 orang duk bertikam lidah menyebut perkataan ROGOL..
Tanpa berlengah aku menerpa kearah mereka bertiga.." Amboi2 sedapnya mulut bercakap,saya bagi kerja kamu sembang yaa..! yang kamu duk sebut rogol..rogol tu kamu paham ke apa benda rogol tu??" Saje memancing mereka...konon2 tak nak marah lagi,sekadar menyelidik dan ingin mengetahui pemahaman mereka akan perkataan tersebut...Sorang dari mereka menjawab "saya tahu rogol tu maknanya tumbuk2 perempuan"..Yang kedua menjawab "Alaa yang tampar dan belasah orang pompuan" dan yang lebih dasat si pengawas jawab "Rogol macam gusti...!!!"
Demikianlah pemahaman dan terjemahan perkataan ROGOL dari perspektif anak2 didikku seusia 8 Tahun...Alahai sungguh mencabar dorang sume ni..Dunia semakin maju,pemikiran juga kian jitu...Semoga dorang sumer ni tahu menilai baik buruknya sesuatu yang di"hidang"kan untuk mereka..agar kesinambungan dan kelestarian akhlak mulia yang ada pada mereka pada hari ini terus kekal walau zaman berganti zaman..

Kerana pulut santan binasa,kerana MULUT badan binasa

Benarlah kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul..Orang lain sekadar memandang, bertanya khabar dan bersimpati cukuplah sekadar menyelami sekelumit penderitaan yang dialami kita.Namun segelintir mereka tidak dapat merasa sebagaimana apa yang kita rasa...Jerih perih bersusah payah,berkorban tenaga dan masa bagi memuaskan hati semua pihak..Tapi jika inilah balasannya,memang tidak berbaloi..!! Bukan penghargaan bukan ucapan terima kasih dan bukan pujian yang kudambakan cukuplah sekadar kerjasama keikhlasan dalam membantu melicinkan program...Jangan kerana perkara ini ada hati yang terguris,ada jiwa yang terluka dan yang lebih parah lagi wujud sengketa antara kita...
~ikutkan ini merupakan kali ke3 sy menangis kerana "dia","dia" yg tidak pandai mnjaga hati dan perasaan orang,"dia" yang tak pernah mengenang jasa...Tiada dendam jauh sekali membenci namun ini je yang mampu diungkapkan "Semoga Allah bukakan pintu hidayah buatnya seiring dengan pertambahan umurnya yang kukira lebih tua dari bundaku dikampung...,ubahlah sikap "dia" kerana telah banyak hati terluka,telah ramai yang mengalirkan air mata gara2 mulutnya...Jika"dia" yang kuhormati terus begini sikapnya kubimbangi akan hilang rasa hormat dari insan yang selama ini menghormati "dia""~

Selamat Hari Lahir Adindaku..

Hepi Befday buat adindaku MOHD FADHLI,Bersempena dengan hari lahirmu hari ni Kak doakan moga kebahagiaan jua keberkatan Allah mengiringi hidupmu..Pertambahan umur seiring bersama peningkatan Rahmat dan Mawaddah dariNya..

Thursday, April 22, 2010

MY BABY..




~ Kesibukan beberapa hari ini agak membataskan ruang untuk menulis,kebizian 2 minggu ni jg menyebabkan sy terpaksa memendamkan segala hasrat selama ini...InsyaAllah lepas sabtu ni dah tak bizi lg..TAPI ahad ni dh last...peluang terakhir..Maaf Bunda,anakmu tak dapat memenuhi permintaanmu yang satu ini buat masa ni.Banyak perkara yang menjadi halangan dan seterusnya terpaksa melupakan seketika niat yang satu ini...Percayalah bunda,anakmu jua sedang berusaha dan terus berusaha kearah itu..Terima Kasih Bunda kerana begitu memahami..~

Tuesday, April 20, 2010

25 APRIL 2010

25 APRIL 2010
Menghitung dalam DEBAR..
Meratap dalam GUSAR
Kemelut sebuah PERASAAN
Menanti sebuah KEPASTIAN
Kemungkinan yang memungkinkan
Sama ada masih .............................
Atau sebaliknya..,,

Allah jua Maha mengetahui
Setiap percaturan yang ditentukaNya
Nantikan...Bagaimana dan apa yg akan terjadi...??

Friday, April 16, 2010

KESAYANGAN yang kian membesar..

Saat kesayangan dilahirkan..


Kesayangan terus membesar...Terima Kasih padaNya atas anugerah yang sempurna ini..

Celebrate Hari Jadi Pertama..Meragam cz ambik dalam buaian..orangnya tengah tido,kakaknya cibuk nak pakaikan make up..huhu..

Cute + Chubby...Mia Leena

Ngengadaaa..
~ Hari ini usia Mia Leena menjangkau 2 Tahun 3 Bulan 22 Hari..Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi diatas anugerah yang Engkau kurniakan kepada kami..Nur Damyaa Harleena..Apapun sebenarnya,Kak dah plan nak balik mana2 weekend bln april ni...Namun semuanya hanya tinggal impian.Sian kat adik memendam rindu pada kak..(Betui ka ni,entah2 kakaknya yg lebih..).Banyak sangat aktiviti kat skul..Macam tau2 aje orang punya rancangan..Bulan Mei pun Full activity bila weekend menjelma...huhu..Terpaksalah sabar menanti kemunculan Jun...Jun??? Ohhh banyak yang dah ada dalam perancangan...Semoga semuanya berjalan lancar...~

Thursday, April 15, 2010

Bukan hanya pada SERONOKNYA..!!

Waaahh,dengan kecanggihan teknologi hari ni kita semakin dekat ngan member2 teman2 yang sebenarnya jauh beribu2 batu ngan kita..Kini, semuanya hanya dihujung jari..dapat mengetahui khabar kawan dikejauhan,mengikuti perkembangan mereka yang selama ini kurasakan tenggelam timbul..Seronoknyaaa...especially dapat tengok gambar kawan2 yang dah lebih 10 tahun tak ketemu...
Pelbagai aplikasi Facebook,Blogspot,Wordpress,Frienster,Myspace,Twitter,Skype dan banyak lagi...Saya turut tak mahu ketinggalan dalam semua ni,register Facebook dan Blogspot pada Jun 2009..Hujung tahun lepas barulah terasa teramatlah aktif...Bukannye apa saja nak seronok2..Maybe FB sesuailah untuk suke2 coz lebih kepada hiburan menulis yg ringan2 dan santai...



Masih belum merasai satu kepuasan yang sebenar,kalau dulu Buku Examination Pad la yang akan jadi mangsa saya untuk bercerita pahit maung,liku hidup dan pahit manis yang saya lalui...Tapi kini zaman telah berubah,semuanya tercoret indah dalam myblog..Ohhh inilah kepuasan hakiki yang saya cari selama ini..Menulis,menulis dan terus menulis..Kepuasannya seolah2 dapat mendengar Lagu nyanyian FAIZAL TAHIR..(Sury,sy memang peminat fanatik Faizal Tahir...heheee).Bahagia sangat dapat melayan hobi yang satu ni...







Pasai Twitter lak,ada cerita disebalik cerita..Hahaha lucu pun ada..Ini semua gara2 tidak mahu dikatakan kuno dan ketinggalan dalam arus kecanggihan teknologi...Takpelah biarlah rahsia..(Haahhaa nak tergelak sengsorang bila teringat..)

~ Sebenarnya dalam menulis ni ada pro and kontranya, kadang2 boleh menyusahkan kita andai penulisan kita tu menjurus kepada hasutan,provokasi atau perkara2 yang menaikkan kemarahan orang lain..Terlebih bercerita gak akan dikatakan syok sendiri...! Ishhh cukup susah sebenarnya..Namun,Allah bekalkan kita kewarasan akal,gunalah ia dengan sebaiknya..Inilah yang dikata hiburan padaku, bukanlah hanya pada SERONOKNYA tapi pada KEPUASAN yang tiada dijual dikedai hatta masa jualan Mega Sale SOGO sekalipun..kerana KESERONOKAN itu ada pada lancarnya jari mengetuk papan kekunci "memuntahkan" keluar setiap apa yang duk berlegar dalam mindaku dan seribu satu rasa yang menerawang dalam benakku.~

Wednesday, April 14, 2010

Ohh,Wanita..

Sedih saat terbaca,sanggup seorang suami mencurahkan cuka getah keatas perempuan yang rela dikahwini suatu ketika dulu..Sang suami bukan lagi bertindak sebagai pelindung tetapi perundung masalah...semuanya berpunca daripada si isteri yang menolak untuk diajak melakukan hubungan kelamin..Subhanallah apa nak jadi dengan manusia hari ini?? Semuanya seolah2 diluar pertimbangan dan diluar normal...Kesian pula si anak meratap kesengsaraan si ibu diatas perbuatan kejam insan yang sepatutnya dijadikan "pemimpin" dalam keluarga...

"Berbuat baiklah terhadap wanita,kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk,dan bahagian rusuk yang paling bengkok ialah yang diatas sekali.Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya,jika dibiarkan sahaja tulang itu akan bengkok.Maka berbuat baiklah terhadap wanita."

Teringat kenangan itu...

Masa demam hari tu,dptlah mc..tp boring sangat kat umah,takdenye nak surf2 internet masa tu..kudrat agak terbatas..apa yang berjaya dicapai ialah album lama zaman dolu kala..bukan zaman penjajah..tapi zaman dijajah dengan buku2,assignment and zaman lari bertempiaran(bukan dikejar komunis)tapi mengejar bas..haaa nak p kuliah kan..kena berkejaran..
Tengah membelek tu,tertengoklah gambar ni..dulu gambar ni tersimpan baik je dalam document tapi sekarang dah tinggal kenangan selepas mylaptop dilanda "histeria" lastyear...huhuhu sedih banyak sekali kenangan indah tersimpan dalam tu..Yang dapat diselamatkan adalah dibackup ke CD tp ada la seketul dua yang "nakal" tak dapat dikesan...Jadi inilah hasilnya gambar yang telah discan..Huhhh tak lawa langsung...Tapi takpe apa yang penting kenangannya sentiasa melekat dihati...
Waktu ni kitorang dalam proses pembikinan filem..Hahaa takdelah..Masa ni kitorang kena setelkan projek Multimedia Bahasa Melayu.Diberi tajuk untuk wat research tentang "Insan istimewa" atau "Kehidupan Warga Emas"..Kumpulan kami memilih tajuk "Insan Istimewa (OKU)" Jadi kami terpaksa berpergian ke Pusat Pemulihan Insan Istimewa di Cheras..
Sesampainya disana,kami diberi taklimat tentang pusat penjagaan tersebut..aktiviti rutin pelatih disini,kegiatan2 mereka,hasil kerja mereka dan pelbagai lagi..Kami juga diingatkan agar jauhkan dari sikap diskriminasi dan jangan ada sikap menjengkelkan seperti rasa geli dan tak suka dengan perlakuan pelatih...Dan apa yang masih saya ingat ialah kata2 pengerusi tu,katanya macam ni "Jangan menolak apa2 pelawaan dari pelatih pusat ini,dan terima pelukan andai pelatih mahu memeluk kamu..tak kiralah lelaki atau perempuan..." Huuuuhuuu takutttt,kami diprovokasi sedemikian..."Juga diingatkan,anda semua harus melayani pelatih dengan sebaiknya..jaga hati mereka..jangan buat mereka tersinggung..!!! kerana mereka dari golongan istimewa..."
Keluar sahaja dari bilik taklimat...Waaa ada seorang pelatih lelaki ke pompuan tak perasan coz rambut pendek, berlari terburu2 mahu memeluk kami.Ditangannya ada hammer baru keluar dari bilik kemahiran hidup...huhu takut nak sambut pelukan coz takut dia bertindak diluar kawalan dengan mengetuk kepala kami dgn hammer..Takuttt...nasib baik ada jurulatih yang mententeramkan keadaan.namun dalam ketakutan kami masih steady berjalan berhimpit2 menyorok dari dipeluk...yaalaa kan dh diingatkan tadi...penuhi permintaan mereka...

Maka,disegenap pusat pemulihan tadi tak berentilah klik! klik! bagai guruh..sana snap sini snap..Maklumlah selebritikan..Dikejauhan dah nampak para jurulatih sedang melatih pelatih pusat bersukan...Habis semua sesi bergambar,kami pun mahu berangkat pulang..
Sementara nak naik keta saya duduklah dekat taman tu,tiba2 muncul seorang budak lelaki(lingkungan 19 tahun) pakai singlet biru dicelah tiang..."ehh apa budak ni buat kat cini??? nak iku kami balik UPM ke??" Bisikku dalam hati..."Kak nak mintak no tipon,ada orang nak" kata budak tadi...Ya Allah rupanya nak mintak no tipon,ingatkan buat apa kat celah tiang tadi..rasanya cikgu dia yang suruh mintak..Ya Allah berbelah bahaginya nak bagi ke tak nak,sedangkan tadi pengerusi pusat pemulihan ni dah ingatkan awal2,jaga perasaan para pelatih,penuhi permintaan mereka dan jangan sekali2 menunjukkan riak muka seolah2 kita jelik dengan mereka..Last sekali berlakulah pembohongan sunat demi menjaga hati budak lelaki tadi..saya cakap saya tak pakai handphone...huhu...sian kat adik tadi..
~Demikianlah kenangan yang pernah melatari hidupku sepanjang 3 tahun pengajian di UPM..2 3 hari kebelakangan ini sangat terkenang2 kampus hijau tu..Yalaa tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut...tak gitu..,,Ini semua tak lain tak bukan berpunca daripada Album Usang itu..Kaulah punca segalanya!! hahaahhaaa...~

Bila Hati Berbisik...

Hati sering berbisik hiba...
Sukarnya,payahnya dan susahnya
Sukar sekali menjaga hati insan sekeliling
Insan yang sering kutemui setiap hari
Manusia yang jarang2 sekali kutemui
Yang baru kukenal,Yang mahu mengenal
Yang terkenang-kenang...
Jua ayahbonda dikejauhan yang sering kukenang..




Perasaannya,hatinya harus kujaga
Semua yang terbaik untuk kalian semua
Walau ada segaris luka nun didasar hati...
Walau wujud sengketa antara kita
Segunung harapan tetap ada,
Moga adanya titik perdamaian antara kita..
Semua ini kulakukan demi sayang,
demi kasih jua demi cinta pada kalian..




Hidup ini sememangnya penuh dengan mehnah ujian
Sering diuji agar menjaga perasaan insan ini
Dalam masa yang sama memenuhi permintaan insan yang satu lagi
Semua ini kurasakan cukup sukar,cukup payah
Akhirnya diriku yang tersepit dan terus terhimpit
Adilkah demikian??? Adilkah..
Kadang2 rasa sangat putus asa...




Namun,kusedar...
Berputus asa
Seolah2 tidak menerima qadak dan qadar Allah
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Semua yang terbaik adalah dariNya
Yang buruk datang dari kelemahan diri kita..




Aku harus sedar,
Allah tidak akan mempersia2kan ketabahan
seorang insan dalam mengharungi mehnah ujian...
Ada ganjaran,ada "hadiah" yang dijanjikan pada hamba2nya yang sabar...




~ kurasakan cukup puas,cukup lega if anything happen to me every day dicurahkan pada ruang usang ini...Bukan mendabik dada,bukan menunjuk baik..Sekadar mendetect kekhilafan diri,mengusir kelemahan, membetulkan kesilapan,menjernihkan keadaan andai dapat dibuat perhitungan sementara masa masih ada supaya dapat dijadikan sempadan diperjalanan menjejaki Stairway to heaven...~Noor Farawahida Din

Friday, April 09, 2010

SELAMAT TINGGAL..BYE..BYE..

Setelah 7 hari melalui getirnya sebuah kehidupan,alhamdulillah hamba semakin pulih dari kegeringan...Keadaan yang sebelum ini bagaikan tiada upaya langsung untuk berdiri,tiada selera makan hatta nak bercakap ngn orang..kehidupan hanyalah ditemani secawan milo panas yang dibuat sendiri dan sebungkus biskut 'Famous amous' serta ahhhh bnda yg paling sy tak suka ni dia pnye nama saintifik Cap amox,T.Cetrizine,Polarax dan tb pcm..3 kali sehari jumpa dia..kehidupan seharian bagaikan dialam khayalan..kuat sungguh penangan ubat ni...!!
Nasib baikla tiada apa2 yang lebih memudharatkan hanya demam biasa je,ekoran perubahan cuaca yang agak drastik 2 3 minggu ni..kejap hujan kejap panas...Subhanallah,kesihatanlah anugerah yang amat bernilai jika nak dibandingkan dengan anugerah lain yang pernah kita kecap...
Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang padaku mengecapi nikmat hidup dibumiMu serta terus memberi ruang buatku beribadah dalam penerokaan mencapai mawaddah dan rahmat dariMu...Alhamdulillah syukur tak terhingga..Jutaan terima kasih pada teman yang tak putus2 menelifon memberikan kata2 semangat untukku berjumpa doktor,menghantar sms bertanya tentang perkhabaranku dan semua yang tak henti2 mendoakan kesejahteraanku...Sekalung terima kasih juga pada teman serumah yang sudi bersusah payah menemaniku ke klinik tengah2 malam..Terima kasih atas sokongan kalian...
Sekalung2 syukur tak terhingga pada Sang Pencipta diatas anugerah yang tak ternilai yang pernah aku ada,iaitu dikurniakan ibubapa yang penyayang...Sengaja kurahsiakan keuzuran diriku,namun kalian dapat menghidu "kesengsaraan" anakmu diperantauan...Suara halus abah keluar jua dihujung talian " Assalamualaikummmm...kak,tak sihat ke???Lama tak call abah???"..Wooowww chemistry...camne dia tau..!! tautan kasih jambatan mahabbah pengikat silaturrahim antara si anak ngan bapanya...macam tau2 je "emmmm...abah,kak demam 2 hari.."...So dorang pun taulah yang anaknya tak sihat..huhuhu...Setulus doa,seteguh pengharapan disetiap akhir sujud kalian berdua tidaklah basah daripada mendoakan kebaikan,kesejahteraan,kejayaan dan semua yg baik2 untuk anak2nya...
Kini,sy mampu bernafas lega..mampu melakukan perkara2 rutin seperti biasa,mampu mengukirkan senyuman yg lebar,mampu berbicara,mampu berdiri dan mampu lagi berada dibumi keramat ini..Syukur sesangat..tapi nak kena ucap selamat tinggal pada sebungkus plastik putih yang sudi menemaniku sepanjang beberapa hari lepas...Bye....bye... ubat antibiotik,ubat selsema,ubat batuk dan brmcm jenis ubat lg....(Awat hampa pahittt sgt, cubala bermanis2 sikit baru senang cheq nak telann....huhuhu...)

Sunday, April 04, 2010

Datangnya...

Last sekali 'dia' datang Disember 2008,saat umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha..Latest 'dia' menjengah lagi awal April 2010..Kenapa ya saat 'dia' datang,seribu satu rasa tak puas hati akan menyelinap dalam diri kita.."Alaa,susahla nak wat keje," "Tak selera nak makan," "hilang segala mood hari ni.." Kita amat berlainan sekali dengan akhlak sahabat Rasulullah yang begitu risau,bimbang dan tak sedap hati andai Allah tak datangkan 'dia' selama beberapa musim..Sahabat cukup bimbang,takut Allah dah tak sayang dan tak ingat dia lagi...
Teringat saat kedatangan'nya' pada Disember 2008,mungkin itulah satu2nya detik yang akan terus saya ingat sampai bila2...Masa tu,beberapa hari lagi Hari Raya Korban akan menjelma.Amat sedih masa tu sebab tak dapat cuti beraya..Saya yang belajar kat Maktab KL hanya diberi cuti sehari,berlainan ngan member yang belajar kat Maktab Bangi diberi cuti 3 hari campur ngan Hari Keputeraan Sultan Selangor.Kami yang menuntut di Maktab Kuala Lumpur terlepas untuk mengecapi anugerah cuti tersebut.Memandangkan cuti hanya sehari sy ambik keputusan untuk balik Sg Buloh je..Banyak perkara yg nak disetelkan sbnrnya,prepare utk present n projek multimedia utk subjek Pengurusan Sumber..
Dalam duk bersedih tak dapat balik beraya,tiba2 diriku diserang demam..Betul2 saat bergemanya takbir raya...Huhuhu sedih tak terkata coz keseorangan dirumah..Mak Abah tok sah ceghita 5 16 kali tipon cz nilah first experience buat dorang "kehilangan" salah seorang cahaya matanya saat Lebaran bertamu..ceawwahh..Namun,dalam situasi begini,besar sekali jasa kakak angkat yang sudi berulang alik dari Kota Damansara datang menjengukku,menghantar makanan,bagi ubat, hantar p klinik..Dibawanya nasi air,owwwh..bukan makananku..namun demi menjaga hatinya ku bawa jua ke Maktab untuk dibagi pada kawan.Thanks sis,sudi menghantarku yang masih tak berdaya untuk meneruskan pelajaran yang masih bersisa dua minggu lg..huhu..
Demam datang lagi menyapaku..huhu..Mula2 dah rasa masa balik Putrajaya hari tu,namun gagahkan diri gak..Kuatkan semangat.Rasanya masa kat Putrajaya tadi taklah panas sangat..Memandangkan kantin ditutup dua hari,sy ambik kptusan beli kat luar..Aduss sebungkus nasi yang sikit pun x brdaya utk dihabiskan..Maka terjadilah unsur2 pmbaziran kt situ..Betullah saat terlantar begini buat kita banyak berfikir..Kalau dulu bolehla nak bermanja ngan mak abah..Sat g mak masuk bilik bawakan segelas milo panas yang Kawww..kaww pastu abah lak masuk mengusap2 tanganku,meletakkan tangannya didahiku bagi merasai suhu badanku..Ohhh betul2 terasa hangatnya kasih seorang abah...Jap lg " Kak nak makan ape???"
"Suka hati abahla nak beli apa2 pun.."jawabku..Tekak dah rasa payau,tawar dah takde rasa apa dah..Ohhh rindunya saat itu..
Kala tak berdaya begini,nak habiskan nasi ohh tidakkkkk..x boleh nak masuk,takpela makan maggi(tom yam) lah ada masam2 sikit..Hanya dua sudu kuah berjaya ditelan..selebihnya tong sampah tolong habiskan.Naik tangga 2 3 langkah dah rasa nak pitam..Allah tarik balik nikmat rasa yg prnah sy kecap sblm ni,ditarik seketika kudrat dan upaya yang selama ini sungguh megah mengatur langkah...Maka longlailah insan ini.Namun,Allah mendatangkan kepada hambanya sekelumit muhasabah ,segenggam tabah dalam masa yang sama turut dikalungkan mutiara kerendahan hati pada hamba2nya yang benar2 memperoleh roh keinsafan.Kerendahan hati dalam menerima dan terus redha dengan apa jua yang ditentukanNya buat kita kerana sy amat yakin dengan janji Allah..Semuanya adalah yang terbaik buat kita..Kita sahaja yang tidak nampak "kebaikan" disebalik musibah yang DIA sampaikan...Terfikir juga,Subhanallah andai saat tidak bermaya begini,DIA hantarkan Izrail bagi mencabut nyawaku..Ohh,bagaikan slideshow satu persatu dosa dan kesalahan yang dipertontonkan dalam ruang mindaku..Kekhilafan dalam pergaulan sesama rakan,kedhaifan dalam mengatur bicara,kesalahan dalam tingkahlaku...Ohhh,tidakkk..sy dapat merasakan timbangan itu.sebelah mana yang berat dan sebelah mana yang ringan.."Ya Allah Ya Tuhanku andai dengan cara begini(demam) Kau lemparkan hidayah buatku aku redha, jika dengan sakit ini Kau ingin mengejutkan aku dari kelalaian duniawi kupanjatkan syukur tak terhingga kerana mmbuatkan aku tidak terus leka.. Jauh disudut hati masih mengharapkan "peringatan" dariMu,andai dengan cara begini dapat menambahkan imanku aku redha Tuhanku..."
Orang sakit ni Allah sayang,dalam sakit kita masih berada dibawah lembayung Rahmat Allah...anytime.Sehinggalah kita diberi kesihatan yg baik lantas kita pun lupa balik pd Dia...2 3 tahun Dia bagi sakit kat kita barulah kita ingat dia balik kannn..
Menjengah ke usia 26 tahun ni semua harus dilalui sendiri,zaman nak manja2 ngan mak abah dah berlalu..walau hati meronta hiba.Harus kuatkan semangat..apa yang penting..KERJASAMA..!! KERJASAMA between qalb and aql dalam MENYELONGKAR HIKMAH DISEBALIK UJIAN..

Saturday, April 03, 2010

Peringatan buatku..


“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah Subhanahu Wa Taala, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”


Friday, April 02, 2010

Alangkah RUGINYA dia...

Semalam saya berpagi2 ke Putrajaya..Setelah selesai segala prosedur yang dikehendaki dan di "Brain Wash" selama sejam oleh Boss semuanya perlulah dihantar ke Jabatan Perdana Menteri Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)...
Beberapa hari lepas,Huiissh dekat sejam kami dinasihati di beri petua petui agar jangan wujudkan jurang antara guru ijazah dan senior2 atau guru maktab yang lain,dalam hatiku
" Subhanallah,siapa sebenarnya yang mewujudkan jurang ini??" dan kami sedar walaupun kami guru KPLI kami masih hijau tentang pengalaman dlm bidang pendidikan,dan kami tidak pernah segan silu bertanya itu dan ini pada senior...Teguran dan nasihat merupakan lorong tarbiah diri yang perlu bagi seseorang,tapi dalam masa yang sama setelah dimuhasabah diri andai itu bukan tabiat dan sikap kita adalah agak janggal untuk menerimanya.Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan..Yaa, perkataan manusia sendiri berasal dari 'nasiya' bermakna 'lupa'..Jadi mungkinlah teguran ini bagi mengingatkan kami agar tidak lupa dan lalai dalam menjaga keharmonian hubungan sesama rakan sejawat walau dimana saja kami ditugaskan...Banyak idea yang dilontarkan kpd kami dalam menjadi guru cemerlang,berusaha bersama dalam membina modal insan kelas pertama,berganding bahu untuk membangunkan sekolah..Terima Kasih atas teguran dan nasihat..
Semua yang diperlukan sudah lengkap..perjalanan Sungai Buloh ke Putrajaya agak lama,kalau kt Serdang dulu 5 or 10 minit dah sampai..kul 9.15 pagi baru sampai...Mula2 ke Jabatan Perdana Menteri lepas tu ke Kementerian Pelajaran Malaysia..
Alangkah ruginya dia,benarlah manusia ni memang sentiasa dalam kerugian...! Sampai je kat KPM kami perlu ke Bahagian Sumber Manusia..Kereta Parking depan Lobi jadi kami terpaksa tergesa2..Masuk je ada receptionist kat depan,bukan main my pren bagi salam "Assalamualaikummm..nak tanya kalau nak hantar surat perlantikan ni kat aras berapa ya???"
tanpa menjawab salam "Aras 5...!" Ruginya dia,bukannya susah pun nak jawab salam just "Waalaikumussalam..".Cuba anda bayangkan dalam sehari tu ada dekat 1000 orang pelawat yang datang yang memulakan pertanyaan dengan memberi salam..Oohh cukup ramai yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau...dari masuk kerja sampai habis kerja kul 5 selamat dan sejahteralah dia dengan izinNya..tapi insan ini kurasakan cukup sukar mnjawab salam kerana selepas kami ada seorang lelaki datang jua mmberi salam tanpa sebarang jawab salam dari si receptionist td..huhu..Kesian pula kat dia.."doa" kita tidak diaminkan..Padahal tak minta satu sen pun dengan doa tadi..Mungkinlah gajinya dibayar untuk menjawab pertanyaan route map dalam jabatan tadi je,sedangkan DIA mnjanjikan seribu satu keselamatan,keharmonian dan ketenangan tanpa sedikit bayaran pun...!
~sekadar mengingat..teman bukannya sempurna sangat pun,tapi bila tersentak bagai dihentak rasa tersentap hati ini...Dunia semakin melalaikan kita...~