Pages

Tuesday, June 14, 2011

Rasa Mahu Buat dan Mahu Makan Benda Nie..

Makanan Kegemaran Mia ini turut menjadi kesukaan saya la nie...menjelang usia 26 tahun 7 bulan beberapa hari baru saya rasai nikmatnya kuih ini,rasa agak menyesal awai2 dulu x gemarkannya..

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

· 1 cawan tepung beras

· 1 cawan gula

· 5 cawan air

· 4 sudu besar tepung beras(ratakan)

· 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

· 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

· sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

7. Sejukkan

No comments:

Post a Comment