Pages

Sunday, June 19, 2011

Abah,hari2 hari abah..

Assalamualaikum WBT...

Selamat Hari Abah untuk abah tersayang
bukan semalam,bukan 19 JUN dan bukan hari ini
TAPI hari2 adalah hari bapa...

Terima Kasih abah atas segala susah payah
abah membesarkan kami,
memberikan makanan secukupnya untuk kami
membekalkan kemudahan yang
melebihi keperluan untuk kami

Setinggi2 penghargaan
kerana telah memberikan
pendidikan dunia akhirat untuk kami
memarahi kami saat ketelanjuran kami
diambang tumbesaran kami

Syukur,padaMu Ya Allah
nilai kebertanggungjawaban dan kasih sayang
yang Engkau bekalkan untuk insan tersayang kami ini..

Kalau tidak, mana mungkin kami
mampu merasai ini semua...

Alhamdulillah,
setelah sekian lama berjerih perih
kini,
90% urusan perniagaan diserahkan pada my bro
beliau hanya memantau dari jauh..

Kehidupan abah kini,
meronda2 ladang kelapa sawit miliknya,
tekun dengan ternakan lembu2nya,
kambing (oppss,saya dah tak bagi bela sebab selalu mati..kembung perut!!)
meninjau kebun pisang,
sayur2an lobak,kangkong,cili dan peria..
serta sangat bersungguh2 membeli dan 'membelai' bunga untuk
ditanam disekeliling rumah kami..
(sehingga ruang reserve untuk saya menjemur baju pun dah di 'sapu' beliau)

Alhamdulillah
abah semakin sihat dan lebih sihat bila
menjalani gaya hidup sihat macam ni..

Syukur yang tak terhingga pada yang memberi ni'mat..
saya bermohon,
Tuhan permudahkan urusan ibadah insan tersayangku ini..

No comments:

Post a Comment