Pages

Thursday, June 23, 2011

Monolog..

"Saya dah bosanlah dengan awak"

Dia kaget sambil cuba menelan setiap butir bicara yang saya lontarkan.

"Sejak awal tahun 2009 kita kenal sehinggalah sekarang saya masih setia bersama awak.Tapi kini saya rasakan antara kita sudah tidak serasi bersama lagi" saya menambah.

"Betul ke" dia bertanya.

"Ya..!!" Saya membalas pendek.

Kelihatan manik2 jernih itu mulai gugur seakan meratapi perpisahan ini...

"Bukan saya tak sukakan awak dan bukanlah saya membenci awak tapi saya sudah mula merasai tiada sudahnya hubungan kita ni..dan.."

"dan apa??" dia mencantas percakapan saya sambil mengerutkan kening.

"dan saya merasakan awak telah banyak melalaikan saya,kalau dulu saya boleh selesaikan banyak kerja dengan begitu pantas tanpa memandang awak,tapi la nie pengisian data dan dokumen2 menjadi agak tertangguh kerana perlu menjenguk awak!.Perkenalan dengan awak juga telah mencambahkan sikap sombong kerana saya sudah sangat jarang berborak dengan teman2 sosial saya secara natural,kerana awak telah menemukan saya dengan mereka melalui ruang maya..."saya mengatur kata dengan penuh berhemah bimbang takut dia terasa hati.

"Kalau begitu, saya redhai perpisahan ini...Saya sedar saya telah banyak mengambil masa awak untuk melayan saya ,saya juga tahu bahawa saya tidaklah memberi apa2 manfaat kepada awak kecuali sebagai pembawa khabar berita tentang kawan-kawan awak dan saya juga maklum bahawa saya tidak akan memberi awak apa2 selain daripada 'fungsi' diatas..TAPI awak mesti ingat tentang jasa dan pengorbanan saya pada awak selama ini..itu saja yang saya pinta dari awak.!" Dia cuba memecahkan tembok kemarahan tapi masih dalam keadaan terkawal.

"Ok,terima kasih awak kerana memahami saya" kata saya..

"Sama-sama" dia membalas ringkas.

"Jangan bimbang saya tidak akan putuskan silaturrahim ini, cuma saya akan kurangkan sedikit masa bersama awak" saya cuba berkata benar agar dia tidak terus sangsi dengan tindakan ini.

"itulah juga yang saya harapkan dari awak" balasnya pendek.

~monolog antara saya dan 'muka buku'..tiada niat apa2 saja suka2.hehehe....

Tulip Ungu berkata:: Semuanya mengikut pertimbangan akal kita.Facebook,twitter dan blog memiliki faedah dan kemudaratan yang tersendiri,ianya bergantung pada cara dan kaedah kita menggunakan aplikasi tersebut.Jangan salahkan kemajuan teknologi TAPI cubalah muhasabah diri adakah ini yang kita cari dalam hidup??? Saya cuba menzahirkan ekspresi rasa dengan berblogger,malah cuba mendominasi kuasa urban hidup zaman dunia tanpa sempadan dengan berfacebook..NAMUN saya amat mengharap ini semua bukanlah momentum yang akan menenggelamkan accountability saya pada rutin tipikal saya yang mungkin agak berlainan konsolnya berbanding kini.Begitulah ironisnya kehidupan langit terbuka.

No comments:

Post a Comment