Tiba-tiba saya teringat dialog Sinetron Indonesia "Para Pencari Tuhan".
Kata salah seorang pendokong watak "Sabar dan tabahlah menghadapi ujian ini,kamu orang baik dan soleh maka ujian untuk kamu lebih daripada hamba2nya yang lain"
Terusik saya dengan dialog itu,lekas2 saya kongsikan dengan sahabat saya seawal perjalanan saya dari kelantan ke KL tempoh hari.
Pastu satu lagi dialog yang masih saya ingat dalam cerita yang sama.
Pada suatu hari dua orang hamba Allah ini mahu menjerat tikus yang selalu mencuri makanan dan menggigit perkakas yang ada dirumahnya.Namun,salah seorang daripadanya mengambil keputusan untuk cancel daripada melakukan itu semua.Katanya "Aku sangat bimbang andai tikus yang terkena jerat kita nanti adalah seekor ibu tikus yang masih menyusukan anak kecil"
Terkedu saya mendengar dialog itu,walaupun hanya drama. Namun hati saya telah mula membina interpretasi "mulianya hati insan ini",getus hati saya.Yalah sebagaimana yang kita tahu kenakalan cik Ti**s ni,sepatutnya dengan mudah untuk kita menjustifikasikan apa2 saja tindakan sebagai denda dan hukuman pada haiwan tersebut,namun kemuliaan hati hamba Allah ini yang begitu teliti dalam menilai antisipasi menyebabkan beliau meredhai sahaja 'hak dan keupayaan' cik Ti**s berbuat demikian kerana beliau bimbangkan kemudaratan yang lebih besar andai anak2 tikus ini kehilangan ibunya..
No comments:
Post a Comment