Pages

Sunday, June 26, 2011

Hasrat

Assalamualaikum WBT..

Saya pernah berhasrat mahu menulis sehari satu entry,namun hasrat itu terpaksa dikuburkan begitu saja kerana saya bimbang jika semakin kerap saya menulis lebih banyak rahsia peribadi saya yang akan terbongkar.Maklumlah menulis (mengarang) ni sangat best dan syok bagi sayalah..!

Sejak dulu sampai la ni Bahasa Melayu (Penulisan) merupakan feveret saya..

Seingat saya seawal umur saya 9 tahun,minat untuk menulis yang meleret2 itu telah mula bercambah,sehingga ada seorang guru yang bernama Cikgu Hasyimah cakap kat saya "Awak dah besar nanti boleh jadi wartawan..!"

Bertitik tolak daripada itu setiap kali menulis autograf atau my personal details, saya akan isi ruang untuk cita-cita ialah "reporter"...

Beberapa tahun saya masih setia menulis "reporter" as my ambition..

Ketika year 4 juga lah,saya berjaya memiliki kamera pertama hak mutlak saya sendiri tapi dibeli oleh abah.Terima kasih abah kerana memenuhi permintaan anakmu ini.

Kemudian,ketika darjah 5 cikgu Bahasa Malaysia saya pernah mencungkil bakat saya melalui sajak dan dialog ringkas ala2 'mini debat' gitu..

Tak semena-mena terkeluar dari mulut guru tersebut "Awak sesuai jadi Pensyarah bila besar nanti.!"

Jadi,saya pun mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang pensyarah dan setiap kali mengisi ruang untuk cita-cita saya pasti menulis "Pensyarah" sebagai matlamat cita2 saya pada masa hadapan.

Dan pada masa itu Dr Masyitah Ibrahim sangat popular sebagai seorang pensyarah yang berkaliber,secara automatik saya jadikan dia sebagai idola saya..Tapi itu dulu..

(Oppps, "Penggunaan 'dan' diawal ayat ditegah sama sekali" Kata Cikgu Yusof...~guru Bahasa Melayu Form 3)

La nie Profesor Dr Muhaya Muhammad contoh dan idola terbaik saya sebagai penceramah era kontemporari..hehehe..

Huhh betapa tidak statiknya saya..!!

Dinamik sungguh cita2 saya,berubah rubah mengikut keadaan dan situasi pada masa itu.Maklumlah masa tu masih kanak2 rebina..tak pandai lagi nak menilai sesuatu dengan lebih mendalam lagi..

Macam mana pulak dengan Psikologi dan Kaunseling???

Ohh, minat kearah itu telah mula bercambah sejak ambang kemasukan saya ke pusat pengajian tinggi.Saya sendiri kurang mengerti akan kecenderungan dan cinta yang begitu mendalam pada bidang tersebut.Apa yang saya tahu jiwa saya sungguh melonjak girang jika mendengar perkataan "psikologi dan kaunseling" sehingga begitu berimpian menjadi seorang yang sangat petah berkata2 dan mampu merungkaikan permasalahan yang ditanggung orang lain.

Sepanjang tiga tahun di kampus hijau,setiap kali lalu depan Fakulti Sumber Manusia dan Fakulti Pendidikan pasti hati ini akan terdetik "kalaulah saya ambik course Psikologi Dalam Pendidikan mesti best kann.." getus hati saya.

Agak terkesima dan takjub dengan bakat yang ada pada Tokoh Motivasi terkenal seperti Dr Fadhilah Kamsah,Dr HM Tuah Iskandar, Dr Harlina Halizah Siraj,Dr Azhar Sarip dan ramai lagi insan yang memiliki kepetahan dan kemampuan yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini.

Sehingga ke saat ini hasrat dan cita-cita itu belum lagi menjadi kenyataan.Macam mana ni??? hari tu kata nak sambung belajar nak amik master tapi la ni macam buat 'derkk' aja pada hasrat murni tersebut...

Haisshhhh.....

Tulip Ungu :: Jika Kamu fikir kamu boleh,kamu pasti boleh melakukannya..

Disebalik tabir entry ini~ saya begitu sangsi dengan penggunaan istilah kontemporari,saya cuba mengambil kamus dewan dan seizin kuasaNya bukaan kamus terus kepada m/s 703 yang menempatkan definisi istilah kontemporari itu sendiri..Subhanallah DIA begitu memudahkan kerja saya..

No comments:

Post a Comment