Pages

Tuesday, June 28, 2011

Tak Salah Untuk Terus Merindu..

Dok tatap gambar dia ja..

Mak panggil baby Ahmad..
la nie kan tengah glemer lagu Ahmad

Saya panggil Si DeboQ NaQeeb

Sepatutnya saya panggil dia Mujahid

Pejuang..

Ahmad NaQeeb al-Faesy Bin Mohd Fadhli

Like his dad,copy paste..

Majlis Cukur Jambul yang diadakan dirumah
tok nenek NaQeeb belah Tanah Merah..

Yahoo..!
Membesar bagai JUARA nak ya..

Monday, June 27, 2011

Para Pencari Tuhan..

Tiba-tiba saya teringat dialog Sinetron Indonesia "Para Pencari Tuhan".

Kata salah seorang pendokong watak "Sabar dan tabahlah menghadapi ujian ini,kamu orang baik dan soleh maka ujian untuk kamu lebih daripada hamba2nya yang lain"

Terusik saya dengan dialog itu,lekas2 saya kongsikan dengan sahabat saya seawal perjalanan saya dari kelantan ke KL tempoh hari.

Pastu satu lagi dialog yang masih saya ingat dalam cerita yang sama.

Pada suatu hari dua orang hamba Allah ini mahu menjerat tikus yang selalu mencuri makanan dan menggigit perkakas yang ada dirumahnya.Namun,salah seorang daripadanya mengambil keputusan untuk cancel daripada melakukan itu semua.Katanya "Aku sangat bimbang andai tikus yang terkena jerat kita nanti adalah seekor ibu tikus yang masih menyusukan anak kecil"

Terkedu saya mendengar dialog itu,walaupun hanya drama. Namun hati saya telah mula membina interpretasi "mulianya hati insan ini",getus hati saya.Yalah sebagaimana yang kita tahu kenakalan cik Ti**s ni,sepatutnya dengan mudah untuk kita menjustifikasikan apa2 saja tindakan sebagai denda dan hukuman pada haiwan tersebut,namun kemuliaan hati hamba Allah ini yang begitu teliti dalam menilai antisipasi menyebabkan beliau meredhai sahaja 'hak dan keupayaan' cik Ti**s berbuat demikian kerana beliau bimbangkan kemudaratan yang lebih besar andai anak2 tikus ini kehilangan ibunya..

Sunday, June 26, 2011

S.E.L.S.E.M.A

Awat yang manja sangat nihh?? Selsema pun nak bagitahu orang ka??

Seminggu lebih saya berpanas sebab kena incharge perbarisan kanak2 riang sempena temasya sukan SKBBSB,sudahnya saya diserang gejala abnormal dengan panas kepala,batuk2,bersin dan mula mencambahkan simptom2 nak demam(walaupun dlm hati x nakkk)..

Malah ianya secara automatik telah membantutkan hasrat dan impian suci saya untuk 'bersedekah' kepada warga SOGO dan ARKED yang terdapat di Jalan Masjid India.

Sungguh saya akui agak terkilan bila tidak dapat menyalurkan sumbangan tersebut.

Bahkan ianya secara tidak langsung telah mematahkan semangat saya untuk berjejak kasihan dengan teman seperjuangan saya di kota metropolitan itu.

Namun,

Alhamdulillah saya bersyukur walaupun penat, banyak ilmu dan pengalaman baru yang saya perolehi daripada aktiviti tersebut.

Peace..No War!!

Tulip Ungu :: Kadang2 Skeptis dengan kemampuan diri sendiri..!

Hasrat

Assalamualaikum WBT..

Saya pernah berhasrat mahu menulis sehari satu entry,namun hasrat itu terpaksa dikuburkan begitu saja kerana saya bimbang jika semakin kerap saya menulis lebih banyak rahsia peribadi saya yang akan terbongkar.Maklumlah menulis (mengarang) ni sangat best dan syok bagi sayalah..!

Sejak dulu sampai la ni Bahasa Melayu (Penulisan) merupakan feveret saya..

Seingat saya seawal umur saya 9 tahun,minat untuk menulis yang meleret2 itu telah mula bercambah,sehingga ada seorang guru yang bernama Cikgu Hasyimah cakap kat saya "Awak dah besar nanti boleh jadi wartawan..!"

Bertitik tolak daripada itu setiap kali menulis autograf atau my personal details, saya akan isi ruang untuk cita-cita ialah "reporter"...

Beberapa tahun saya masih setia menulis "reporter" as my ambition..

Ketika year 4 juga lah,saya berjaya memiliki kamera pertama hak mutlak saya sendiri tapi dibeli oleh abah.Terima kasih abah kerana memenuhi permintaan anakmu ini.

Kemudian,ketika darjah 5 cikgu Bahasa Malaysia saya pernah mencungkil bakat saya melalui sajak dan dialog ringkas ala2 'mini debat' gitu..

Tak semena-mena terkeluar dari mulut guru tersebut "Awak sesuai jadi Pensyarah bila besar nanti.!"

Jadi,saya pun mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang pensyarah dan setiap kali mengisi ruang untuk cita-cita saya pasti menulis "Pensyarah" sebagai matlamat cita2 saya pada masa hadapan.

Dan pada masa itu Dr Masyitah Ibrahim sangat popular sebagai seorang pensyarah yang berkaliber,secara automatik saya jadikan dia sebagai idola saya..Tapi itu dulu..

(Oppps, "Penggunaan 'dan' diawal ayat ditegah sama sekali" Kata Cikgu Yusof...~guru Bahasa Melayu Form 3)

La nie Profesor Dr Muhaya Muhammad contoh dan idola terbaik saya sebagai penceramah era kontemporari..hehehe..

Huhh betapa tidak statiknya saya..!!

Dinamik sungguh cita2 saya,berubah rubah mengikut keadaan dan situasi pada masa itu.Maklumlah masa tu masih kanak2 rebina..tak pandai lagi nak menilai sesuatu dengan lebih mendalam lagi..

Macam mana pulak dengan Psikologi dan Kaunseling???

Ohh, minat kearah itu telah mula bercambah sejak ambang kemasukan saya ke pusat pengajian tinggi.Saya sendiri kurang mengerti akan kecenderungan dan cinta yang begitu mendalam pada bidang tersebut.Apa yang saya tahu jiwa saya sungguh melonjak girang jika mendengar perkataan "psikologi dan kaunseling" sehingga begitu berimpian menjadi seorang yang sangat petah berkata2 dan mampu merungkaikan permasalahan yang ditanggung orang lain.

Sepanjang tiga tahun di kampus hijau,setiap kali lalu depan Fakulti Sumber Manusia dan Fakulti Pendidikan pasti hati ini akan terdetik "kalaulah saya ambik course Psikologi Dalam Pendidikan mesti best kann.." getus hati saya.

Agak terkesima dan takjub dengan bakat yang ada pada Tokoh Motivasi terkenal seperti Dr Fadhilah Kamsah,Dr HM Tuah Iskandar, Dr Harlina Halizah Siraj,Dr Azhar Sarip dan ramai lagi insan yang memiliki kepetahan dan kemampuan yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini.

Sehingga ke saat ini hasrat dan cita-cita itu belum lagi menjadi kenyataan.Macam mana ni??? hari tu kata nak sambung belajar nak amik master tapi la ni macam buat 'derkk' aja pada hasrat murni tersebut...

Haisshhhh.....

Tulip Ungu :: Jika Kamu fikir kamu boleh,kamu pasti boleh melakukannya..

Disebalik tabir entry ini~ saya begitu sangsi dengan penggunaan istilah kontemporari,saya cuba mengambil kamus dewan dan seizin kuasaNya bukaan kamus terus kepada m/s 703 yang menempatkan definisi istilah kontemporari itu sendiri..Subhanallah DIA begitu memudahkan kerja saya..

Thursday, June 23, 2011

Monolog..

"Saya dah bosanlah dengan awak"

Dia kaget sambil cuba menelan setiap butir bicara yang saya lontarkan.

"Sejak awal tahun 2009 kita kenal sehinggalah sekarang saya masih setia bersama awak.Tapi kini saya rasakan antara kita sudah tidak serasi bersama lagi" saya menambah.

"Betul ke" dia bertanya.

"Ya..!!" Saya membalas pendek.

Kelihatan manik2 jernih itu mulai gugur seakan meratapi perpisahan ini...

"Bukan saya tak sukakan awak dan bukanlah saya membenci awak tapi saya sudah mula merasai tiada sudahnya hubungan kita ni..dan.."

"dan apa??" dia mencantas percakapan saya sambil mengerutkan kening.

"dan saya merasakan awak telah banyak melalaikan saya,kalau dulu saya boleh selesaikan banyak kerja dengan begitu pantas tanpa memandang awak,tapi la nie pengisian data dan dokumen2 menjadi agak tertangguh kerana perlu menjenguk awak!.Perkenalan dengan awak juga telah mencambahkan sikap sombong kerana saya sudah sangat jarang berborak dengan teman2 sosial saya secara natural,kerana awak telah menemukan saya dengan mereka melalui ruang maya..."saya mengatur kata dengan penuh berhemah bimbang takut dia terasa hati.

"Kalau begitu, saya redhai perpisahan ini...Saya sedar saya telah banyak mengambil masa awak untuk melayan saya ,saya juga tahu bahawa saya tidaklah memberi apa2 manfaat kepada awak kecuali sebagai pembawa khabar berita tentang kawan-kawan awak dan saya juga maklum bahawa saya tidak akan memberi awak apa2 selain daripada 'fungsi' diatas..TAPI awak mesti ingat tentang jasa dan pengorbanan saya pada awak selama ini..itu saja yang saya pinta dari awak.!" Dia cuba memecahkan tembok kemarahan tapi masih dalam keadaan terkawal.

"Ok,terima kasih awak kerana memahami saya" kata saya..

"Sama-sama" dia membalas ringkas.

"Jangan bimbang saya tidak akan putuskan silaturrahim ini, cuma saya akan kurangkan sedikit masa bersama awak" saya cuba berkata benar agar dia tidak terus sangsi dengan tindakan ini.

"itulah juga yang saya harapkan dari awak" balasnya pendek.

~monolog antara saya dan 'muka buku'..tiada niat apa2 saja suka2.hehehe....

Tulip Ungu berkata:: Semuanya mengikut pertimbangan akal kita.Facebook,twitter dan blog memiliki faedah dan kemudaratan yang tersendiri,ianya bergantung pada cara dan kaedah kita menggunakan aplikasi tersebut.Jangan salahkan kemajuan teknologi TAPI cubalah muhasabah diri adakah ini yang kita cari dalam hidup??? Saya cuba menzahirkan ekspresi rasa dengan berblogger,malah cuba mendominasi kuasa urban hidup zaman dunia tanpa sempadan dengan berfacebook..NAMUN saya amat mengharap ini semua bukanlah momentum yang akan menenggelamkan accountability saya pada rutin tipikal saya yang mungkin agak berlainan konsolnya berbanding kini.Begitulah ironisnya kehidupan langit terbuka.

Monday, June 20, 2011

Rindu pada sikecik ini..

Ahmad NaQeeb al-Faesy...
Rindu kamu...

tak betah berjauhan..
sampai ada sahabat bagitau saya..
"anak awak esok kelek p sekolah kot..!"

Sunday, June 19, 2011

Abah,hari2 hari abah..

Assalamualaikum WBT...

Selamat Hari Abah untuk abah tersayang
bukan semalam,bukan 19 JUN dan bukan hari ini
TAPI hari2 adalah hari bapa...

Terima Kasih abah atas segala susah payah
abah membesarkan kami,
memberikan makanan secukupnya untuk kami
membekalkan kemudahan yang
melebihi keperluan untuk kami

Setinggi2 penghargaan
kerana telah memberikan
pendidikan dunia akhirat untuk kami
memarahi kami saat ketelanjuran kami
diambang tumbesaran kami

Syukur,padaMu Ya Allah
nilai kebertanggungjawaban dan kasih sayang
yang Engkau bekalkan untuk insan tersayang kami ini..

Kalau tidak, mana mungkin kami
mampu merasai ini semua...

Alhamdulillah,
setelah sekian lama berjerih perih
kini,
90% urusan perniagaan diserahkan pada my bro
beliau hanya memantau dari jauh..

Kehidupan abah kini,
meronda2 ladang kelapa sawit miliknya,
tekun dengan ternakan lembu2nya,
kambing (oppss,saya dah tak bagi bela sebab selalu mati..kembung perut!!)
meninjau kebun pisang,
sayur2an lobak,kangkong,cili dan peria..
serta sangat bersungguh2 membeli dan 'membelai' bunga untuk
ditanam disekeliling rumah kami..
(sehingga ruang reserve untuk saya menjemur baju pun dah di 'sapu' beliau)

Alhamdulillah
abah semakin sihat dan lebih sihat bila
menjalani gaya hidup sihat macam ni..

Syukur yang tak terhingga pada yang memberi ni'mat..
saya bermohon,
Tuhan permudahkan urusan ibadah insan tersayangku ini..

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Rasa Mahu Buat dan Mahu Makan Benda Nie..

Makanan Kegemaran Mia ini turut menjadi kesukaan saya la nie...menjelang usia 26 tahun 7 bulan beberapa hari baru saya rasai nikmatnya kuih ini,rasa agak menyesal awai2 dulu x gemarkannya..

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

· 1 cawan tepung beras

· 1 cawan gula

· 5 cawan air

· 4 sudu besar tepung beras(ratakan)

· 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

· 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

· sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

7. Sejukkan

Monday, June 13, 2011

Anugerah Cinta..Ahmad Naqeeb al-Faesy

Assalamualaikum WBT..

Mahu berkongsi rasa kegembiraan,
Anugerah Cinta dua hati...

26 Mei 2011 lahirlah

Ahmad Naqeeb al-Faesy
' Pemimpin Yang Cemerlang'

Sayalah yang bersusah payah
combind nama2 ini
Pangkal 'N' untuk nama ibunya Nurul Izyan
dan 'F' untuk nama my bro Fadhli

Maka terpatrilah sudah
nama pejuang agama ini..
ceawwahh!!

ThankQ jugak pada
semua yg selalu bagi mandat dan kepercayaan
pada saya untuk
bagi nama..
Sungguh terharu bila orang sekeliling
begitu memberi autoriti pada kita
dalam bidang ni..hehe..
(perasanlah pulakk..)


Dipangkuan mak ciknya..

Tembunnn 4.5 Kg..

Saya Sayang Naqeeb...

Naqeeb yang boooolat..

Bangkit..bangkit..!

Tuesday, June 07, 2011

Merajuk..!

Assalamualaikum WBT...

Menghabiskan 2 minggu cuti di kampung halaman.
Merajuk hati dengan blog sebenarnya..
Seminggu sebelum pulang ke kampung
x boleh nak sign in smpai sudah blog ni..
banyak prkara yang mahu dipatrikan diruang ini
sehingga saya perlu menyenaraikannya
dalam buku catatan saya..huhuhu..

7 JUN 2011 selasa
Hari ni barulah boleh sign in...

Syukur..syukur..

Namun,saya mahu gunakan peluang yang ada untuk mengucapakan Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair..Moga Bahagia hingga hujung nyawa kepada sahabat saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan..Rozilawati dan pasangan,Siti Aishah dan pasangan,Nurul Hudha dan pasangan srta beberapa lagi sahabat yang sentiasa saya doakan kebaikan dan kerahmatan Allah dalam kehidupan baru kalian...