Pages

Wednesday, January 26, 2011

Bila saya mahu menulis...

Rasanya macam dah lama benar saya tinggalkan hobi yang satu ni.Saya punya perangai ialah sangat suka menghantar nukilan atau apa-apa saja coretan kepada majalah atau akhbar.


Seawal sekolah rendah saya telah menghantar nukilan ke majalah dewan pelajar,malu saya dibuatnya bila ada cikgu yang perasan akan kemunculan saya dalam majalah tersebut.


Lepas tu saya masih ingat peringkat awal berada di sekolah menengah saya ada menghantar satu nukilan ke salah satu majalah humor dan kemudian nukilan saya dipaparkan pada edisi yang saya tak ingat ke berapa.Selang beberapa minggu saya menerima hadiah daripada pihak syarikat tersebut.Saya masih ingat lagi Tajuk Novel yang diberikan iaitu "Bebunga Lalang".La ni tak tau mak simpan kat mana novel tu,mungkin terselit bersama2 koleksi novel beliau.


Keinginan untuk menulis belum berhenti di situ,masa form 3 saya ada juga menghantar satu coretan kepada Majalah Mingguan Wanita.Namun saya tak sempat membeli naskhah itu,saat hasil penulisan saya di paparkan.


Dari cuti panjang tahun lepas saya dok terfikir nak hantar nukilan atau hasil eksperimentasi saya pada Majalah Seri Dewi dan Keluarga,sebab ada cerita lucu yang nak saya kongsikan dalam majalah kesayangan mak tu.Namun sampai la ni saya belum lagi berkesempatan nak karang dan emelkan hasil tulisan saya tu.


Sebenarnya bukan nama yang saya cari dan bukan hadiah yang saya pingin,namun kolaborasi antara minat dan suka menyebabkan tabiat menulis begitu mendominasi watak seorang saya.

No comments:

Post a Comment