Pages

Tuesday, January 04, 2011

Baru sempat..

Salam..Hari ke-4 dalam tahun 2011 barulah saya berkesempatan mengatur langkah untuk berbicara di ruang maya ini..(2 3 hari lepaihh x dan langsung..)Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai nikmatnya kehidupan.2011 yang saya harapkan moga terus dipayungi kerahmatan dari Allah..

Sebenarnya masa tahun baru islam hari tu,saya terkial2 jugak mencari salah satu daripada koleksi majalah ANIS my mom,dekat muka belakang tu ada doa untuk tahun baru.Dalam duk kalut x jumpa tu,saya lupa padahaii dalam Yassin pun ada doa awal muharram..

Takpelah,Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui berdoa sajalah dengan cara kita dan bahasa yang kita fahami.Mudah-mudahan diperkenankan.

Isshh,tak reti  nak terangkan melalui hari2 cuti kat rumah saya sangat sibuk sehingga beberapa kali mengalami kekejangan pada bahagian kaki.Sibuk ala-ala bibik gitu.Sangat letih namun bahagia.Yang NAMUN tu sangat bermakna bagi saya..Sebab bila kita bahagia semua keletihan itu berlalu begitu saja.

Aktiviti yang sangat padat dengan kenduri teman2 seluruh ceruk rantau sehingga ada yang saya x sempat nk pegi..(minta maaf bebanyak Yaniey Rantau Panjang,  Piji Pengkalan Chepa dan Dayah Klang).Dengan kenduri rumah baru adik,kunjungan tetamu-tetamu kehormat ke rumah(sedara mara belah abah~ mesti jelaskan takut ada yang buat spekulasi) dan kekalutan serta keterujaan i nak wat majlis hari jadi my little Princess Nur Damya Harleena.Melayan karenah tetamu-tetamu kecil..sungguh seronok..!

Hahh itulah dia,sebahagian rutin sepanjang cuti hari tu.2010 yang saya tinggalkan cukup membahagiakan.Kepahitan dan kesedihan menjadi azimat berguna dalam menempuhi cabaran dimasa hadapan kerana saya amat yakin dan percaya akan pengertian ayat ini Allah tidak akan membebankan sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mampu memikulnya..Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment