Pages

Friday, January 07, 2011

Antara Takdir dan Waktu..

Salam Pagi Jumaat,


Telah sekian lama saya berhasrat untuk berkongsi cerita ini dengan teman-teman,namun kesuntukan waktu mengalahkan pak menteri menyebabkan baru sekarang saya sempat menyempatkan diri mencoretnya.Tuan empunya watak dalam cerita ni pun dah lama izinkan saya kongsikan cerita ni dalam my blog...


Alhamdulillah,baru-baru ini my bestfren merangkap kenalan yang baru saya kenal hampir empat tahun mendirikan rumahtangga dengan pilihan keluarga.Bila sudah jodoh semuanya bagai dipermudahkan,bermula dari proses merisik,bertunang dan berkahwin semuanya berjalan lancar.


Nak dijadikan cerita,her husband merupakan junior saya di UPM dulu.Namun saya tidak pernah kenaii dan rasanya tak pernah terserempak pun..(Mungkinkah kerana saya seorang yang low profile dlu..MUNGKIN..!)


Tetapi bila diberitahu berasal dari Kampung Lubuk Pukol,Kota Bharu..Saya jadi bersemangat nak bertanya lebih mendalam..Kenapa??? sebab itu kampung mak abah saya..Rupa-rupanya beza tak sampai 10 buah rumah je ngan tok sebelah abah dan juga turut berhampiran dengan rumah tok sebelah mak.dan bila saya tanya my grandma pasaii ni,mereka sangat kenal parent kepada bakal husband kawan saya.



Ikan dalam Sangkar..

Dulunya,bila cuti sekolah bulan 11 dan 12 disinilah tempat kunjungan saya dan my cousins naik basikal petang2..boleh dikatakan setiap hari akan ke sini ( orang tak pernah jumpa tali air dan padi ~ jadi kemaruk semacamlah kalau tak pegi sehari..:-)...tali air dihadapan rumah husband my fren...Banyak ikan puyu dan belalang kat sini..Nostalgia sungguh tempat ni..



Tulip Ungu with Mia Leena

Wahh,ini lagi satu tempat nostalgia..selalu buat alasan kat tok sebelah mak kata nak pergi jalan2 rumah tok sebelah abah padahaii nak pi main air kat tali air..


Bila saya cerita kat adik2, saya pernah main air kat sini dorang tak percaya.." Betul ke kak pernah main kat sini??,kotorla.."


"Betul,tapi dulu airnya jernih dan bersih tak kotor macam sekarang ni..Kak pun melalui hidup sebagai kanak-kanak jugalah dlu,bukan teruihh besar macam ni..Huhh rugi betuii kanak-kanak sekarang tak boleh nak main macam kak dulu..!!"


Normalnya pembesaran kanak-kanak dlu,semua boleh dipelajari melalui pengalaman.Apa orang kata play more learn more..


Terdetik juga disudut hati,Allah temukan jodoh my bestfren Hermawarney dengan orang kampung saya sebagai hikmah tidak akan putusnya hubungan persahabatan sesama kami walaupun kelak kami akan turut berjauhan  dek kerana tuntutan tugas dan tanggungjawab  masing-masing..


2 comments:

  1. smoga Allah mempermudah urusan Walimahmu jua wahai sahabat ku...sabarlah menunggu detik itu....Sahabatku...Doakan moga perkahwinanku berkekalan ke akhir hayat kami berdua...ya

    ReplyDelete
  2. "smoga Allah mempermudahkan urusan walimahmu"
    ayat ini bisa mengundang konspirasi ni.hehehe..Sy doakan kerahmatan jua kasih sayang Allah mengiring kehidupan kalian berdua..

    ReplyDelete