Pages

Sunday, January 16, 2011

"DIA beri hujan,DIA juga berikan matahari"

Tiada kata yang terbaik untuk saya lakarkan disini bagi menzahirkan rasa SYUKUR yang tak terhingga atas kurniaan DIA pada perkara yang satu ini.Hanya Kalimah Alhamdulillah mampu mengungkap utusan rasa dalam ucap terima kasih padaNya...


"Dia beri hujan,Dia juga berikan matahari,bahkan tanpa kita sedar Dia juga anugerahkan kepada kita pelangi". Analogi yang lebih jelas ialah kita sebagai seorang hamba sangat berduka cita dan sedih bila ditimpa musibah dan kesusahan.Perasaan sedih,antara dukacita dan putus asa saling berpaut saat penderitaan datang bertamu.Lantas ketika itu tiada sedikit pun ingatan kita memikirkan keni'matan,pemberian dan rezeki yang Allah berikan sebelum ini.Kita hanya dipalit gusar dan gundah dengan kesusahan sehingga mengalpa dan membuta tulikan ingatan kita pada DIA..Padahal kalau kita ingat,jarang sekali kita mohon untuk dikurniakan kesihatan yang baik ,TAPI Dia bagi juga..Malah, cuba flashback our mind, kerap sangatkah kita minta "Ya Allah Ya Tuhanku murahkanlah rezekiku berkatilah apa jua rezeki yang Engkau kurniakan pada kami". Tanpa prejudis saya rasa sekurang-kurang 5 kali sehari sahaja permohonan itu kita applykan padaNya.Namun, sehingga kesaat ini kita mampu lagi diberi kekuatan untuk hidup dan bernafas berbekalkan rezeki dan kurniaan yang DIA berikan...Betapa pemurahnya DIA.. Indikatornya disini nak menjelaskan betapa hebatnya sifat pemurah dan pengasih yang dimiliki oleh Allah Azza wajalla sehingga ada diungkapkan dalam sebuah syair yang masih saya ingat "Allah SWT murka jika engkau tidak memohon kepadaNya,sebaliknya manusia murka apabila engkau sering minta daripadanya".


Saat dikhabarkan mengenai kesihatan abah yang kurang baik minggu lepas,saya jadi begitu tidak keruan.Antara sedih dan duka bercampur baur.Ya Allah ya Tuhanku,aku masih belum bersedia menghadapi sesuatu yang paling sukar dan perit dalam hidupku,kurniakanlah semula kesihatan abah ya Allah,berikan kerahmatan dan kasih sayangmu pada insan yang telah banyak berjasa kepadaku ini ya Allah.Sesungguhnya tiada daya dan upaya yang mampu aku lakukan selain berdoa dan meminta kepadaMu ya Allah.Aku sedar ya Allah, keuzuran ini satu ujian ,aku juga akur kesakitan yang engkau berikan sedikit sebanyak mampu menghapuskan dosa hamba-hambamu,malah aku juga tahu musibah yang engkau berikan adalah tanda 'ingatan' pada hambaMu agar tidak terus leka dan lalai dengan urusan dunia.


Alhamdulillah,Subhanallah rupa-rupanya inilah 'pelangi' yang DIA berikan buat kami.Rasa kasih dan sayang yang tak berbelah bagi,keperihatinan sesama kami walau dalam esakan air mata dan doa yang tak putus-putus untuk insan kesayangan kami..Cantik sungguh pelangi yang DIA hamparkan buat kami.


"Ya Allah Ya Tuhanku,berkat waktu Dhuhamu ini..aku mohon moga dikurniakan keberkatan rezeki dariMu..Jika jauh dekatkanlah,jika dalam timbulkanlah,jika atas turunkanlah,jika susah senangkanlah dan jika haram sucikanlah.Sesungguhnya hanya padaMu jua tempat kami memohon pertolongan"


Seawal jam 8.00 pagi "Alhamdulillah kak, abah dah baik,dah boleh masuk ofis hari ni..!"Jika 2 minggu lepas hari2 yang dilalui ada sedikit gundah,hari ni bunga-bunga bahagia kian berkembang mekar dan menerangi seluruh alam.Terima Kasih ya Allah,itulah kan figuratifnya bumi ni macam kita jugak perlukan hujan bahkan nakkan juga matahari,sesekali bila adanya pelangi bumi  akan lebih indah..konotasi yang lebih jelas antara hujan,matahari dan pelangi adalah complement each other..


Selamat Hari Lahir abah..15 Januari 195*...lain kali kena pantang,tak boleh makan manis2 lagi.

2 comments:

  1. sahabatku... moga pelangi yang indah itu akan sentiasa memancar sinar cahayanya buat dirimu sekeluarga... doaku moga Allah menyembuhkan pnyakit yang dtanggung Abahmu...Amin

    ReplyDelete