Pages

Monday, January 24, 2011

Takut tak tertanggung DOSA...

Salam ukhuwwah salam kasih sayang,


Dok pikir2 sekian banyak perkara,tp benda ni jugak yang duk menerawang ke segenap ruang minda dan berselingkar di ceruk lubuk hati..


"Takut tak tertanggung DOSA",mengenangkan diri yang tidaklah berapa perfect dan bukanlah baik sangat jadi haruslah cepat-cepat sedar sebelum terlajak lebih jauh.

Menjadi rutin harian saya untuk menjenguk ke satu blog yang tidak asing itu setiap hari,menyedari bahawa beliau akan menulis at least 5 N3 setiap hari maka amat keraplah saya mengunjungi blog beliau...


Walaupun kami mungkin dari landasan politik yang sama,namun setiap kali saya baca hasil "luahan" malah phrase yang digunakan beliau agak keterlaluan, persoalan inilah yang akan timbul dalam kotak fikiran saya "Takutnya,bimbangnya.Takut tak tertanggung dan terampun dosa kerana menulis"


Padahal apa yang nak disampaikan adalah kebenaran atau mungkin juga bertujuan untuk menempelak pihak lain,saya rasa sedikit sebanyak sensitiviti itu harus juga dijaga.Ironinya dalam penulisan ini atau hatta dalam apa keadaan sekalipun memang tidak dinafikan kebenaran itu cukup pahit.Namun keupayaan akal dalam berfikir untuk menyampaikan maklumat dan fakta, haruslah tidak berlebih-lebihan sehingga perkataan yang "terlampau" itu begitu menghiasi dan kerap sangat digunakan.


Awalnya mungkinlah tidak terasa sangat,namun bila selalu sangat perkataan menjengkelkan itu disebut saya mula merubah tanggapan dan mula berfikir dari perspektif yang lain.


Kata seorang Prof,"Bahasa yang kita gunakan mampu mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya"


Jadi,mudah sahaja bias cahaya itu memantulkan siapakah sebenarnya orang ini,bagaimana latarbelakang pendidikannya,apakah yang menyebabkan orang ini tega berkata2 sedemikian.


Bukan untuk bersangka buruk atau mengadili seseorang,siapalah saya untuk melakukan itu semua..Cuma secara psikologinya kita sudah berjaya melakukan proses scanning bagi menjustifikasikan tujuan dan objektif mengapa ini semua terjadi.


Saya mula berkira2 bagaimana cara nak melebur dosa macam tu ya?? dosa yang sekian banyak ni pun tak tertanggung,inikan pula ditambah dengan dosa mencaci maki orang lain..huhuhu..


Sebagai hamba perlu ada lintasan hati atau visi agar mahu menjadikan "hari ini lebih baik dari semalam".Maknanya hari-hari yang dilalui harus ada anjakan daripada tidak baik kepada baik,daripada baik jadi lebih baik dan bila lebih baik nak jadi yang terbaik...Moga kita sama2 "perasan" akan kewujudan tuntutan ini..Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment