Pages

Friday, January 21, 2011

Diantara dua kasih...

Setulus impian,selembar pengharapan
tiupan  doa seorang anak, padamu ya Rabb
"kembalikanlah semula kekuatan dan keupayaan
buat insan yang telah
banyak berjasa kepadaku..."

Sepenuh kepasrahan tertumpah untukMu al-Khaliq
jika itu yang terbaik bagiMu juga tersembunyi hikmah terindah buat kami,
aku rela Tuhanku...

Agungnya kasihMu ya Allah , hebatnya rasa sayangMu
pada hamba-hambaMu...
...

Kesihatan yang baik satu ujian,
menilai ingatan cinta kasih antara hamba dan pencipta
agar tidak terus luput tanda cinta
saat hambamu hanyut dibuai 
keasyikan dunia...

Moga tidak terus lalai 
untuk patuh menyembah sujud
setelah
sekian banyak anugerah dan pemberian yang telah 
Engkau hamparkan.

My Bonda pernah berkata:
~lebih kurang mcm ni ayat dia~
"Allah datangkan ujian pada kita untuk mengembalikan semula ingatan 
kita padaNya.
Manusia sangat mudah leka bila hidupnya sering dibaluti kemewahan dan 
kesenangan.
Jadi sebagai pentarbiahan diri didatangkan kesenangan
dihadirkan juga kesusahan dalam hidup kita.
Kesusahan dan kemudaratan 
secara tidak langsung akan menundukkan keangkuhan seorang hamba
lantas ketika itulah mutiara jernih yang selama ini dipertahankan
gugur jua akhirnya..."
(maksudnya bila susah,barulah manusia akan insaf)

Sedikit sebanyak saya mahu belajar untuk lebih menerima
dan terus redha
apa jua qadak dan qadar
yang ditentukanNya...

 Menyelongkar dan mengutip hikmah 
disebalik ujian dan dugaan yang DIA
hantarkan buat kami...

Kerana saya percaya kasih DIA pada kami 
melebihi kasih kami pada DIA...

~Bicara tanpa Kata~
.
.
.
Tulip Ungu

No comments:

Post a Comment