Pages

Friday, November 18, 2011

Amal Untuk Meraih Cinta Ilahi..

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?

" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "

(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran

Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya

Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "

(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

- Artikel iluvislam.com

Monday, November 14, 2011

Saturday, November 12, 2011

Sungguh,ia satu keajaiban!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama memendam rasa,mahu segera dikongsi pengalaman dan cerita yang melatari hidup.Mencari ruang terbaik untuk segera diterjemah sekelumit rasa antara takjub,hairan, pelik dan Subhanallah semua adalah tertakluk dibawah kekuasaanMu..

Umum mengetahui,skeptikal,was-was dan kurang yakin adalah habit 'pengganggu' dalam kehidupan kita sehari-hari.Demikianlah juga saya,seringkali apa sahaja perkara yang mahu dilakukan sama ada seserius2 perkara atau tidak, unsur2 skeptis tetap jua hadir..

"Isshk boleh buat ke ni??"

"Boleh percaya ke??"

"Takutlah,nanti apa pula orang kata.."

Itulah antara frasa yang sering berlegar di ruang minda tatkala mahu memulakan sesuatu.

Menjurus kepada sikap kurang yakin macam tu,ingin saya membawa bersama sahabat-sahabat membaca cerita saya ini.Semasa di tingkatan 5 dan 6 saya mengenali seorang guru sejarah yang sangat baik..Sehingga saya begitu 'ter'kagum dengan beliau.Istiqomah dan begitu bersungguh mencurahkan ilmu kepada kami.Nak dijadikan cerita,menjadi rutin utama guru ini setiap kali masuk kelas dia akan menyuruh semua pelajar membaca surah al-WaQiah.10 hingga 15 minit dihabiskan untuk membaca surah yang mengandungi 96 ayat tersebut.

Tahun berganti tahun,sehinggalah kami tingkatan 6.Beliau bukan memaksa tetapi menggalakkan kami menghafal surah tersebut.Alhamdulillah berkat kasihNya,sebahagian dari kami berjaya menghafalnya.Sunat dhuha,puasa hari putih(13,14,15 hb dlm bln islam) dan konsentrasi amalan membaca surah al-WaQiah menjadi antara azimat terbaik dan hikmah terindah saya menyambung Tingkatan 6 di sekolah tersebut.

Seringkali juga beliau ceritakan kepada kami kebaikan membaca surah al-WaQiah..antaranya dimurahkan rezeki,ditenangkan fikiran dan dilapangkan dari segala kekusutan.

Frasa 'dimurahkan rezeki' sering membuatkan saya mahu berfikir dan terus berfikir.Dengan umur yang setahun jagung ketika itu,rasanya terlalu dalam dan sukarnya mencari punca disebalik hikmah 'dimurahkan rezeki'..

Sehinggalah apa yang baru berlaku kepada saya pada 03 November 2011 baru-baru ini.

Pada 03 November yang lalu,saya mahu pulang ke kampung halaman nun jauh di Tanah Merah.Memandangkan cuti 4 hari sahaja,saya mengambil keputusan untuk balik dengan bas sahaja.Perjalanan pulang bermula jam 12.45 di Stesen Komuter Sungai Buloh.Bagai mahu diduga Tren yang ditunggu tidak jua hadir walau sudah 30 minit menunggu,saya mula merasa cuak.Bimbang terlepas bas jam 2.30 sebentar lagi.

Paparan skrin Seiko menunjukkan 1.45 tengahari,berbaki 45 minit lagi.Namun 'si panjang' itu belum jua tiba..Bunga-bunga kepasrahan mula bertunas di hati..Minda mula membina antisipasi buruk..

"Alahai..takkan nak habiskan cuti 4 hari aidiladha di sini..ishkk..ishkk tak sanggup teman!"

Menunggu dalam sabar,Tepat jam 1.50 tengahari 'si panjang' yang dinanti pun tiba.

Dugaan belum berakhir disitu,pergerakan dari stesen Sg. Buloh ke Stesen Kepong Central,Kepong seterusnya Segambut berjalan lancar tanpa sebarang masalah namun beberapa minit melepasi Stesen Segambut perjalanan mula menampakkan bibit-bibit tergendala..

Oh ujian apakah lagi?? bisik hati kecil saya.

Perasaan bimbang dan kecewa mula begabung serasi.2.10 petang tren masih 'berehat',2.15 petang pun masih mengekalkan posisi untuk terus 'beristirehat'.

Saya mula memikirkan kalau tak sempat naik bas jam 2.30 petang,saya terpaksa membeli tiket lain,selain itu saya terpaksa menunggu untuk perjalanan malam.Apa yang lebih membimbangkan sekarang ni musim nak raya "ada ke lagi tiket???"..

"Oh Tuhanku,dengarlah rintihan hambaMu ini"hati mula merintih..

Tanpa diduga,kebetulan yang tak disangka,DIA datangkan ilham kepada saya.Selama ini saya hanya mendengar cerita saya hanya berkongsi rasa.Tapi hari ini saya ingin mencuba.!

al-WaQiah,pembuka pintu rezeki,memiliki keajaiban dan kelebihan yang tersendiri..

Lantas,kalimah keramat yang pernah saya hafal ini meniti diruang bibir.Bermula ayat 1 hingga ayat 15..Betul2 pada ayat 15 tren mula bergerak lancar..Saya bahagia...Alhamdulillah bacaan ayat ke 50 tren sudah 'terpacak' di Stesen Putra..ALLAH ITU MAHA BESAR,PINTALAH DENGAN PENUH YAKIN..!

Kepulangan mengikut apa yang dirancangkan,tepat 2.30 petang saya sempat menaiki bas sebelum ianya bergerak..

Damai rasa,sungguh kalimah Allah itu benar benar BENAR dan tiada keraguan padaNya..hanya perlukan keyakinan dari pengamalnya sahaja..

Naskhah terbaru,hihihi..
tak sempat baca habis lagi..

TulipUngu::: sekadar berkongsi rasa,saya cuba berkongsi cerita ini pada sesiapa yang terpandang naskhah yang saya pegang ini tempoh hari,ada getar saat berbicara ledak teruja masih tersisa.Sungguh DIA MAHA MENDENGAR!

banyak peristiwa/tragedi yg pernah cikgu sejarah sy ceritakan berkaitan Surah al-WaQiah,insyaAllah ada masa sy kongsikan lagi..

Friday, November 11, 2011

n3 11.11.11

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT..alhamdulillah kondisi sedikit lega,hanya tinggal batuk yang masih bersisa.Terfikir jugak akan frasa ini 'Sayang Sungguh DIA pada saya sepanjang 3 bulan kebelakangan ini saya sering diserang wabak 3 serangkai Demam,selsema dan batuk'...namun tidak mahu juga tertinggal mengungkapkan frasa keramat ini 'Terima kasih Tuhan untuk peringatan ini..'

Lama tak menulis kan?? itulah dia, bukan sahaja kerana faktor utama diatas tetapi turut ditambah dengan kesibukan dan ketidakrajinan mengupdate n3..baca betul2 ya!! bukan malas tapi tidak rajin..Fahami konotasi ayat ini..! hihihi..

Merujuk kepada title n3 hari ni,saya nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu paling rapat Roziana Sulaiman dan pasangan.Barokallahulakuma..semoga berbahagia hingga akhir hayat..

11.11.11

Unik dan cantikkan?? tiada apa pun sebenarnya..hanya sedap didengar dan mudah diingat..

TulipUngu::: Keluarga kami juga punya nombor yang disukai,bukan taksub atau obses melampau tetapi sekadar suka2..

Monday, October 31, 2011

Selamat Hari Lahir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Panas Kepala plus selsema
tapi takpa
demi
31 Oktober
Saya gagahkan diri juga..


Terima Kasih pada semua yang mengingati
menitip setulus ingatan buat saya
Syukran Jazilan..
Semoga Allah merahmati kalian semua..

"ALHAMDULILLAH,DIA BERI LEBIH DARI
APA YANG SAYA MINTA..."

Dia Maha Kuasa
dan Maha Pemurah..

Sunday, October 30, 2011

Syukur PadaMu...

Kalimah keramat
Alhamdulillah...
Segala puji padaMu ya Allah..


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

TulipUngu::: Rupanya DIA beri lebih dari apa yang saya minta..


Friday, October 28, 2011

'Mengharap Teduh Redha Ilahi'

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥



• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•
•~••~~••~••~~••~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•
•~••~~••~••~~••~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•
•~••~~••~••~~••~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•
•~••~~••~••~~••~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~
~ InsyaAllah, aamiin ~~

• Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga • (http://www.facebook.com/Wanita.Solehah.BidadariSyurga)

Wednesday, October 26, 2011

Berdua Bersatu...

Bestkan lagu ni..


Oktober,Bulan Keramat..

Sila LIKE page ini,jika anda tergolong dalam golongan ini..

Alhamdulillah,
bersua lagi dalam bulan Oktober yang penuh keramat...Bukan bermakna bulan2 lain tak keramat,sebenarnya sama saja cuma berbeza dari segi penilaian kita saja.

Diam tak diam rupanya ramai sungguh orang-orang yang sayangi dan kasihi lahir pada bulan ini.

14 Oktober
Wan Norhafizah::: Terima kasih atas segala jasa,moga baik2 saja ya dik!

23 Oktober
Kak Roslina Ab. Fatah,my kezen..Selamat Panjang Umur dan cepat2 dikurniakan adik buat Qist..!

25 Oktober
Noor Diyanah Kusnin & Siti Sofor Suhaimi::: Salam Ulangtahun mylovely friends,moga panjang umur murah rezki dan diterima segala amalan baik.DIKURNIAKAN SEGALA PERMOHONAN..

Adzleen Natasha Fairuz Hisyam~my niece..:::Semoga jadi anak yg solehah,berjaya hidup dunia akhirat..

26 Oktober
Siti Fatimah Che Hussin,Kak Azila Zuriati,En.Zaidee Ahmad dan En.Yusof Mat Amin...Semoga terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariNya..(depa berdua sy letak 'Encik' nampak formal sikit..hihihi).


Syukur,semoga anugerah pertambahan umur yang DIA berikan menjadi momentum terbaik untuk kita meningkatkan amal ibadat kita padaNya..Tak terdaya tanpa izinNya,tak termampu tanpa kuasaNya,tak berupaya tanpa rahmat kasihNya..jadi sebagai hamba, ayuh deklarasikan nilai syukur kita untuk terus mendekatkan diri padaNya selagi masih diberi kesempatan...

Friday, October 21, 2011

Mencari Kata..

Keliru,Celaru,Termanggu..mencari kata seindah bahasa untuk dicoret dihalaman indah ini,lama benar dibiarkan sepi tanpa sebarang jejak..Jiwa tetap meruntun rindu,pinta dileraikan segala apa yang menjengah ruang lihat dan apa jua yang menelusuri corong dengar.

Banyak yang mahu dipatrikan disini,namun kesuntukan masa dan ke'tidakrajinan' yang mencengkam diri menyebabkan laman ini terbiar begitu lama..Tidak mengapa,asalkan saya bahagia..hehehe..

Bacalah apa yang tulis ni..

Kes 1

Cukup pelik dengan segelintir dari kita yang makin menzahirkan kedangkalan dengan bertanya pendapat tentang perihal hukum agama pada mereka yang corak hidupnya jauh menyimpang dari cara hidup islam yang sebenar.

Ya Allah, Ya Allah...Berilah hidayah kepada mereka,semoga mereka menyesali kekhilafan diri mereka..

Kes 2

Dunia akhir zaman,nyawa bagai tiada harganya..tidak tegar menonton video kanak2 perempuan dilanggar van di China..Biarpun rakan2 sekerja sibuk bercerita tentang ini sepanjang minggu.Oh,saya sangat tidak mampu melihatnya..

Kes 3

Senang hati melihat jiran berbangsa cina di perumahan kami yang begitu baik dan peramah.Tatkala hari hujan beliau begitu ikhlas membantu jiran kami mengangkat kain...Terima Kasih juga kepada jiran depan rumah kami yang selalu membantu kami angkat kain diampaian bila kami tiada di rumah..BAHAGIA sungguh hidup dizaman kontemporari ini bila dikelilingi masyarakat yang masih menebal nilai kekampungannya...

Akhirnya,dah habis ...

Asssalamualaikum...

Monday, October 17, 2011

Tahniah..

~gambar kidnap dr fb d..~

Tahniah..
Barakallahufihaa..

Nor Madiha Hassan..

Bismillahirahmanirrahim..

Serius, sungguh sibuk bln ni..tu yg x berapa nak produktif dlm bab2 pengeluaran entry..

Untuk tidak kelihatan macam budak yang tidak rajin,saya luangkan sedikit masa nak ucap tahniah pada sahabat2 yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama dan kedua..Indah jer doa ni kan,meh sama2 kita amalkan..!


Alhamdulillah,
Tumpang bahagia..dengan kebahagiaan sahabat dari kecik sy ni..

Sunday, October 09, 2011

Tabahlah Duhai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebak dan syukur bergabung serasi saat saya menjadi dikalangan orang yang terpilih untuk mendengar luahan dan runtun rasa seorang hamba.Dilema memilih antara menulis atau tidak di ruang ini,lantas hati cuba mencari damai untuk berkongsi nilai baiknya,bukan lain2 tujuan disebaliknya..

"Doakan ketenangan saya,saya rasa sangat kosong"dia cuba berkongsi rasa..

"Ambil al-Quran dan baca"saya cuba mengesyorkan cara.

"Dah baca,tapi masih tidak tenang" dia menambah.

Hati saya mula sebak,tidak tegar mendengar keluh kesah insan yang saya sayang ini.

"Doakan saya dalam solat kamu" dia mengatur kata..

"Subhanallah,nama kalian tidak pernah tertinggal dalam doa seusai solat saya" saya cuba mendamai rasa.


Bening rasa...

Tidak kuat menghadapi dugaan ini,tapi saya sering ditenangkan dengan ayat-ayat ini "La Yukallifullahunafsan illa wus'aha laha maa kasabat wa'alaiha maktasabat",tidak Allah bebankan sesuatu selagi hamba itu tidak mampu memikulnya...Allah maha mengetahui apa jua yang terselindung dan segala hikmah terbaik untuk kita,cuma kita sahaja yang sering tersalah penilaian..

Makin kita hampir dan dekat denganNya,makin banyak ujian yang dia datangkan untuk kita.Itu semua untuk menguji tahap keimanan kita padaNya.

Dalam nekad mahu menenangkan insan ini,saya juga tidak mampu menahan rasa.Walau cuba disembunyikan namun jiwa masih tidak cukup kuat untuk mengekang rembesan mutiara jernih ini.Sungguh DIA maha mengetahui,saya kagum dengan keinsafan dan rasa kebersalahan insan ini dalam melalui lorong hidup.Sedarkah kalian,diluar sana masih ramai yang hanyut dan lalai dengan keasyikan dunia,gembira dan leka dengan gaya hidup urban..berfoya-foya dan megah dengan kehidupan sementara ini.

Ke'ralatan' yang cuba kamu kongsikan merupakan satu signifikasi kepada satu transformasi,kamu begitu sensitif tentang hak2 Pemilik Alam sehingga kamu membuang jauh2 rasa malu menyungkurkan nilai keegoan dan kemegahan,demiMU al-KhaliQ kamu rendahkan diri,mencari ruang pengabdian dan mohon dimurahkan rezeki menjadi tetamuNYA..

Sungguh saya benar2 kagum dengan kamu..

Jangan bimbang,saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu dunia dan akhirat.

Saturday, October 08, 2011

Law Kaana Bainana

Law Kaana Bainana

~Andainya Rasululullah SAW bersama kita~


Friday, October 07, 2011

'LIKE' antara setuju dan mengampu..

Assalamualaikum...

Terdetik memetik tentang tajuk ini bermula semalam,namun bila saya nk copy gmbar from google kelihatan kondisinya begitu slow rock jadi saya sabarkan diri untuk tidak mendesak teknologi ciptaan manusia ini..internet ke'kura-kura'an semalam..alhamdulillah hr ni dh jd arrnab balik!



Bercerita tentang 'like',umum mengetahui ianya adalah tanda persetujuan,kesaksamaan pandangan dan ke'suka'an kita atas apa jua status dan komentar/gambar/video yang dipaparkan.

Namun sedarlah,ia sebenarnya wujud dari pelbagai dimensi sama ada persetujuan yang hakiki ataupun bertindak sebagai 'proksi' kepada unsur ampu sana wa ampu sini..

Saya sangat cuak melihat segelintir dari kita yang boleh mewakilkan persetujuan dengan klik 'like' bila ada pihak yang menulis dengan penulisan sebegini di ruang status:

1) "Ishhk aku benci betul dengan perempuan b**i, jumpa kau tepi jalan nahas kau..!!"

2) "Pergi mamp*slah kau..!!"

3) "Hari ni saya tak nak pergi sekolah.."

4) "Macam haramm,sakaiiii"

dan pelbagai lagi bahasa yang tak berapa senonoh untuk ditulis..

Cukup pelik...mendasari ke ruang yang lebih dalam, kalau nak tahu jika kita benar2 bersetuju dan 'like' dgn status yang hentah apa2 macam tu itu mencerminkan bagaimana tahap pendirian kita dan turut menterjemahkan kepada insan lain betapa kacau dan berkecamuknya jiwa kita.Status yang takde nilai komersial macam tu pun kita nak 'like',tolonglahhhh nak mengampu pun gunalah akal yang Allah bagi.Cuba nilai dan fahami dulu bait kata-kata yang ditulis barulah 'like'.Kadang-kadang persetujuan kita juga turut mengheret orang lain untuk sama-sama bersetuju dan menyokong "sesi carut mencarut" yang terpampang megah di laman sosial.

Alahh,Cik Tulip macam tu pun nak ambik pusing???

Subhanallah,memang nampak macam remeh je kan benda ni tapi ianya mampu bertindak bagai lahar gunung berapi jika ia dibiarkan begitu saja.Saya cukup bimbang dengan generasi hari ini,begitu megah tanpa rasa bersalah mencarut,menghina dan mengeluarkan kata2 yang sangat ngilu pada pndengaran saya,namun tanpa sedikit pun rasa bersalah!! Bila perkataan tak elok telah membudaya dalam pertuturan seharian ianya dirasakan bagai tiada apa2,walhal bagi orang yang tak pernah dengar rasa sakitnya frasa asing itu masuk menerjah ke ruang dengar.

Semua yang disayangi,

Nilai, tilik dan analisis dulu adakah signifikan sesuatu status itu untuk diklasifikasikan sebagai 'like' sebagai pendominasian tahap setuju hakiki dari diri kita.Jangan bertindak sebagai pengampu,main 'like' je tanpa menilai baik buruk natijahnya.

Benar,kuasa ditangan anda..Suka hati andalah nak 'like' ke 'unlike',saya sekadar berkongsi pandangan untuk kebaikan kita bersama.Tanggapan manusia memang pelbagai,fahaman kita jua tidak sama tapi kebenaran tidak pernah palsu walaupun ianya sering dipalsukan...Tampilkan pendeklarasian kita pada perkara/status yang benar2 signifikan untuk 'LIKE'...Jika ia diimplimentasikan dengan cara yang betul/hak ianya mampu bertindak sebagai wadah ekspresi pelahiran maksud yang benar-benar BENAR dan BETUL...dalam masa yang sama turut mencerminkan keintelektualan diri kita dalam memacu diri..

Nur Tuhan Hijjaz

Salam,

Minat sangat2 dengan lagu ni sejak lama dulu,terima kasih pada pencipta lirik dan pengatur irama.Meh sama2 kita hayati seni kata lagu ni..

3 minit jer..!

Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat ..

Boleh share untuk manfaat bersama~

Wednesday, October 05, 2011

Tuesday, October 04, 2011

Kondisi Lega's..alhamdulillah.

Salam,

Tulip Ungu tak tau nak tulih apa sebenarnya,
tapi gian nak menulih tu tetap ada..

Macam mana tu??
Okeyla..alhamdulillah
nak berkongsi kondisi sedikit lega
daripada biasa,
banyak benda telah selesai dgn jayanya..

Terima Kasih atas kepercayaan yang diberi..


Tulip Ungu::: Tak reti nak jawab bila orang tanya "kerja awak dah setel???"
Sebab rasanya selagi bernyawa dan berpijak dibumi yang nyata kerja tidak akan pernah selesai.Maknanya bila dah selesai yang ni ada lagi tugas dan tanggungjawab baru yang perlu diuruskan..Sejujurnya,begitulah kesinambungan sebuah kehidupan.Selagi bernama manusia kita harus berusaha dan terus berusaha membanting tulang memerah keringat buat mengisi kantung rezeki sang pengemis maya...

Saturday, October 01, 2011

'Boleh bernafas semula'

Bismillahirrahmanirrahim..

Kesibukan tugas dan pelbagai perkara yang diamanahkan sejak kebelakangan ini membuatkan saya rasa bebanan yang maha berat sedang saya pikul.Selagi segalanya belum selesai rasa tidak tenang dan sedikit keluh kesah.Badan penat DIA je maha tahu,tapi otak masih ligat memikirkan agenda2 untuk esok..dan sungguh tak sabar2 menunggu esok..agar segalanya cepat2 selesai.

Alhamdulillah 01 oktober nan indah,terasa seperti saya berjaya mengalih jauh2 batu yang menghalang perjalanan saya dan secara tidak langsung membenarkan saya untuk bernafas semula.Syukur,tanpa kerjasama semua rasanya tidak mampu saya lakukan ini semua.Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu.

Sungguh tenang dan puas hati bila segala perkara telah selesai mengikut apa yang dirancangkan.Sedikit kelemahan dan kekurangan pengalaman akan dijadikan azimat berguna untuk kendalian event2 yang lebih mencabar dan lebih sempurna lagi pada masa hadapan.

TulipUngu::: Kata Bonda "Buat apa sahaja ikhlas kerana Allah,insyaAllah akan dipermudahkan".

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

SUKA..

"JIKA KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,KITA PERLU SUKA DENGAN APA YANG KITA DAPAT"

:::::

suka pencetus redha..
Alhamdulillah

Memberi..tidak semestinya banyak.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam petang isnin,tetiba saya teringat kata-kata Ustaz Badli Shah yang mengupas tentang sedekah.Indahnya islam bila disyariatkan zakat pada rukun islam keempat sebagai tonggak utama dalam memanifestasikan ruang menjaga dan membela hak orang yang tidak berkemampuan.

Katanya yang masih saya ingat "Kalau gajah memberilah cara gajah,kalau semut memberilah cara semut" Maknanya kalau kita kaya dan lebih berkemampuan berilah lebih sedikit,manakala yang kurang berkemampuan memberilah sekadar yang termampu.Bukanlah dengan tujuan bersedekah itu kita mahu menilai takat mana kelebihan dan kemewahan yang dimiliki tapi ianya lebih kepada pembersihan hati dan penyucian jiwa.Bila kita berada pada kondisi yang senang dan mencukupi kita tidak akan lupa bahawa ada insan lain yang sangat memerlukan.Itu semua akan menimbulkan rasa insaf dan bersyukur dalam diri.Bukankah syukur itu titian iman???

Demikianlah juga bagi insan yang sederhana sahaja hidupnya ala kadar, namun tidak pernah lupa untuk memberi.Ini jelas menunjukkan ada pengajaran ada penerapan nilai baik yang mahu islam tonjolkan dalam diri penganutnya iaitu bertolong bantu,kerjasama dan mempunyai nilai ehsan yang cukup menebal dalam diri.


Jangan tunggu kaya baru nak memberi,bimbang kita tak sempat kaya..Yang maha kaya menjemput kita dahulu kesisiNya.Alangkah ruginya...

Memberi, tidak semestinya banyak..Intipati ikhlas harus meresap dalam diri,kerana ikhlas mencerna naluri insaf..Keinsafan membuatkan kita banyak bersyukur,orang yang bersyukur jauh dari sifat kufur dan takabbur.

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi,namun harus diingat ada hak yang perlu dipenuhi..

Bagai kebetulan juga DIA selalu temukan saya dengan kejadian2 yang banyak memberi ilmu dan pengajaran berguna buat saya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


Apa yang saya faham,zakat perniagaan merupakan zakat yang dikeluarkan mengikut jumlah pendapatan tahunan hasil perniagaan.Contohnya jika RM50,000.00 setahun maka zakat perniagaan ialah sebanyak RM5000..Sungguh rapi dan teliti penetapan zakat dalam islam terutama dalam bab pihak yang wajar menerima zakat tersebut.

Berfikir dari sudut seorang yang sangat cetek ilmu ni terdetik juga dihati bila ada yang cuba mengatur cara pemberian zakat tersebut...

Namun,bait kata seorang yang cukup saya sayangi mengetahui gelodak rasa yang bermain difikiran..

"Sis,cuba fikir kenapa Allah tidak tetapkan agar kita bagi zakat tu pada mak ayah adik beradik dan keluarga terdekat kita..Allah tidak tetapkan begitu kerana jika diteliti daripada tujuan pensyariatan zakat ianya bertujuan untuk membentuk masyarakat yang adil,golongan yang senang menolong yang susah dan begitulah sebaliknya golongan yang susah akan mengasihi yang senang agar tidak timbul rasa dendam dan iri hati"

Jelas disini,setiap yang hidup dimuka bumi ini pasti mendapat pembelaan selayaknya disisi islam.Begitulah indahnya agama yang saya anuti.Ghalibnya,setiap dari kita pasti mahu memberi dan terus memberi pada keluarga terdekat,itu normal dan perkara biasa..Jangan bimbang penuhilah kehendak itu dalam ruang sedekah jariah kita,tapi dalam bab zakat keutamaan harus diberikan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan sama ada melalui zakat fitrah dan zakat harta.

Saya cukup bimbang dengan peringatan ini,

74- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tabrani dan lain-lainnya)

Yakni dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dan hak fakir miskin dan lain-lain golongan yang diwajibkan padanya, jika tidak maka harta itu akan punah ranah dan tuannya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan akhirat.


TulipUngu::: Penulis tak bercadang pun nak menulis sedetail ini..:::
~Sebenarnya nak cerita bab gajah dengan semut~

Sunday, September 25, 2011

'Solusi' memang satu penyelesaian..!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum WBT,bercakap sebagai seorang hamba yang kerdil yang punya banyak kekurangan berbanding kelebihan yang amat sedikit,mahu membawa sama sahabat sekalian untuk 'berjatuhcinta' pada Majalah yang satu ini.

Jujurnya,saya tidak pernah dibayar atau disuruh oleh mana2 pihak untuk semua ini.Ianya terbit dari hati yang mahu sama2 berkongsi 'indahnya' menggali ilmu dan memuhasabah diri dari isi kandungan yang melatari setiap helai muka surat majalah ini..

Banyak kata-kata,kerap juga peringatan yang begitu membekas dalam diri.Mengenang diri yang sering alpa dan lalai dalam melalui urusan dunia jadi alangkah beruntungnya bila wujudnya 'tongkat hikmat' yang sudi membimbing dan menunjuk jalan kearah hidup menjunjung syariat yang begitu didamba oleh golongan yang takutnya azab dan seksa akhirat.

Kadang-kadang rasa bagai di herdik,keliru,celaru..Kamu yang mendabik dada menghafal kalam suci,kamu yang suatu ketika dulu tidak pernah jemu mengingati hadis dan kamu jugala yang amat meminati setiap bait kata yang mahu dihujjahkan pasti diselitkan sama bukti yang maha kukuh daripada al-Quran..Bukankah itu kamu??? tapi kamu lupa dengan dunia yang mengejar kamu....

Kamu semakin lupa...

Mujurlah,nasib baiklah DIA datangkan untuk kamu SOLUSI..Benarlah Solusi memang penyelesai masalah...

Teringat satu bait "Orang yang meninggal dunia,tidak pernah tahu bahawa hari ini merupakan hari terakhirnya didunia..."


Sungguh,dunia hari ini banyak dan sungguh ketara mahu menguji piawaian iman kita,sama ada berada pada tahap yang memuaskan atau sebaliknya kerana ada diantara kita sungguh indah menyusun kata,mewar-warkan segala benda baik..tapi diri sendiri agak acuh tidak acuh dalam meningkatkan graf keimanan pada peratus sebaiknya..

Saya banyak bercakap tentang diri saya bukan orang lain,semoga kita semua terpelihara dalam rahmat dan kasihNya..


Milikilah Solusi,nescaya anda tidak rugi..anda tidak akan mahu terlepas baca walau satu slot pun kerana banyak ilmu dan pengetahuan berguna,masalah islam kontemporari dan isu semasa yang begitu dekat dengan kita ditinjau dari sisi hidup seorang hamba.Pengisian rohani yang begitu berhikmah bermula dari cover story,ayat2 quran dan riwayat muslim,kupasan ilmuan bahkan sehingga surat pembaca (salam editor) pun sarat dan padat dengan kantung ilmu dunia akhirat..

Dia begitu mengetahui apa sahaja yang terselindung di hati ini,lantas genta rasa begitu kuat cuba untuk mencari solusi terbaik sebagai pendamai hati dan penenang jiwa.Saya tahu dan akur 'kapsul solusi' mampu menyembuhkan sakit yang dialami lantas Solusi isu 33 benar-benar penawarnya..Saya damai saat ayat ini diulang baca..

"Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu persatu).Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhan." (Surah Ibrahim 14:34).

Itulah kebetulan yang DIA tetapkan buat kita.

Seterusnya,beberapa hari sebelum ramadhan yang lalu saya dikejutkan dengan 3 kematian orang yang saya kenali.Salah seorangnya sahabat baik abah yang meninggal sehari sebelum ramadhan.Hati kecil merasa sebak namun tetap redha tapi tetap juga mahu berfikir betapa dia tidak berpeluang nak mengecap ramadhan 1432h..Kita macam mana pula,kematian yang mengejut sedemikian membuatkan saya banyak termenung dan mula memikirkan dan mengakui semua adalah ketentuanNya dalam masa yang sama sebagai peringatan kepada yang masih hidup agar terus menghargai nikmat nyawa dan peluang yang masih dia pinjamkan kepada kita untuk terus beribadah menambah bekal untuk kesana..

Lantas Solusi isu 34 cuba merungkai 'kecelaruan' saya dibawah isu bertajuk "Andainya ini ramadhan terakhir,layakkah kita berhari raya"..Ohh sungguh ia benar2 kena dengan apa yang tengah saya fikirkan..Bulan yang padanya syaitan dibelenggu juga sebagai bulan pencerna akal, mensetting ibadah sebaiknya juga dikenali sebagai 1000 bulan.Yang masih bernafas maka selayaknya memiliki peluang mendominasi ruang waktu dengan ikrar dan ratib ibadah pada yang satu..Seolah2 ianya suatu momentum rasa agar yang masih hidup untuk berlumba2 kepada kebaikan selagi diberi hayat.Saya cuba memandang dari sudut itu.

Alhamdulillah,Solusi memang penyelesai masalah dari bias hidup seorang hamba..Bagi yang tergelincir dari landasan, mungkin teguran rasa begitu sinis namun masih dalam garis hikmah untuk mendidik jiwa.Banyak yang kita tahu tapi buat tak tahu dan ada yang tak tahu tapi tak nak ambil tahu...Memandangkan indeks kebejatan sosial berada pada paras yang membimbangkan Solusilah pendamping yang signifikan untuk dijadikan teman terbaik sama ada untuk individu itu sendiri bahkan kepada sesiapa yang berindak sebagai pendidik untuk dijadikan bahan tambahan penyedap rasa dalam membimbing dan mendidik anak-anak hari ini yang begitu tandus dengan ilmu kerohanian.