Pages

Monday, September 26, 2011

Memberi..tidak semestinya banyak.

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam petang isnin,tetiba saya teringat kata-kata Ustaz Badli Shah yang mengupas tentang sedekah.Indahnya islam bila disyariatkan zakat pada rukun islam keempat sebagai tonggak utama dalam memanifestasikan ruang menjaga dan membela hak orang yang tidak berkemampuan.

Katanya yang masih saya ingat "Kalau gajah memberilah cara gajah,kalau semut memberilah cara semut" Maknanya kalau kita kaya dan lebih berkemampuan berilah lebih sedikit,manakala yang kurang berkemampuan memberilah sekadar yang termampu.Bukanlah dengan tujuan bersedekah itu kita mahu menilai takat mana kelebihan dan kemewahan yang dimiliki tapi ianya lebih kepada pembersihan hati dan penyucian jiwa.Bila kita berada pada kondisi yang senang dan mencukupi kita tidak akan lupa bahawa ada insan lain yang sangat memerlukan.Itu semua akan menimbulkan rasa insaf dan bersyukur dalam diri.Bukankah syukur itu titian iman???

Demikianlah juga bagi insan yang sederhana sahaja hidupnya ala kadar, namun tidak pernah lupa untuk memberi.Ini jelas menunjukkan ada pengajaran ada penerapan nilai baik yang mahu islam tonjolkan dalam diri penganutnya iaitu bertolong bantu,kerjasama dan mempunyai nilai ehsan yang cukup menebal dalam diri.


Jangan tunggu kaya baru nak memberi,bimbang kita tak sempat kaya..Yang maha kaya menjemput kita dahulu kesisiNya.Alangkah ruginya...

Memberi, tidak semestinya banyak..Intipati ikhlas harus meresap dalam diri,kerana ikhlas mencerna naluri insaf..Keinsafan membuatkan kita banyak bersyukur,orang yang bersyukur jauh dari sifat kufur dan takabbur.

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberi,namun harus diingat ada hak yang perlu dipenuhi..

Bagai kebetulan juga DIA selalu temukan saya dengan kejadian2 yang banyak memberi ilmu dan pengajaran berguna buat saya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


Apa yang saya faham,zakat perniagaan merupakan zakat yang dikeluarkan mengikut jumlah pendapatan tahunan hasil perniagaan.Contohnya jika RM50,000.00 setahun maka zakat perniagaan ialah sebanyak RM5000..Sungguh rapi dan teliti penetapan zakat dalam islam terutama dalam bab pihak yang wajar menerima zakat tersebut.

Berfikir dari sudut seorang yang sangat cetek ilmu ni terdetik juga dihati bila ada yang cuba mengatur cara pemberian zakat tersebut...

Namun,bait kata seorang yang cukup saya sayangi mengetahui gelodak rasa yang bermain difikiran..

"Sis,cuba fikir kenapa Allah tidak tetapkan agar kita bagi zakat tu pada mak ayah adik beradik dan keluarga terdekat kita..Allah tidak tetapkan begitu kerana jika diteliti daripada tujuan pensyariatan zakat ianya bertujuan untuk membentuk masyarakat yang adil,golongan yang senang menolong yang susah dan begitulah sebaliknya golongan yang susah akan mengasihi yang senang agar tidak timbul rasa dendam dan iri hati"

Jelas disini,setiap yang hidup dimuka bumi ini pasti mendapat pembelaan selayaknya disisi islam.Begitulah indahnya agama yang saya anuti.Ghalibnya,setiap dari kita pasti mahu memberi dan terus memberi pada keluarga terdekat,itu normal dan perkara biasa..Jangan bimbang penuhilah kehendak itu dalam ruang sedekah jariah kita,tapi dalam bab zakat keutamaan harus diberikan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan sama ada melalui zakat fitrah dan zakat harta.

Saya cukup bimbang dengan peringatan ini,

74- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tabrani dan lain-lainnya)

Yakni dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dan hak fakir miskin dan lain-lain golongan yang diwajibkan padanya, jika tidak maka harta itu akan punah ranah dan tuannya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan akhirat.


TulipUngu::: Penulis tak bercadang pun nak menulis sedetail ini..:::
~Sebenarnya nak cerita bab gajah dengan semut~

No comments:

Post a Comment