Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT,bercakap sebagai seorang hamba yang kerdil yang punya banyak kekurangan berbanding kelebihan yang amat sedikit,mahu membawa sama sahabat sekalian untuk 'berjatuhcinta' pada Majalah yang satu ini.
Jujurnya,saya tidak pernah dibayar atau disuruh oleh mana2 pihak untuk semua ini.Ianya terbit dari hati yang mahu sama2 berkongsi 'indahnya' menggali ilmu dan memuhasabah diri dari isi kandungan yang melatari setiap helai muka surat majalah ini..
Banyak kata-kata,kerap juga peringatan yang begitu membekas dalam diri.Mengenang diri yang sering alpa dan lalai dalam melalui urusan dunia jadi alangkah beruntungnya bila wujudnya 'tongkat hikmat' yang sudi membimbing dan menunjuk jalan kearah hidup menjunjung syariat yang begitu didamba oleh golongan yang takutnya azab dan seksa akhirat.
Kadang-kadang rasa bagai di herdik,keliru,celaru..Kamu yang mendabik dada menghafal kalam suci,kamu yang suatu ketika dulu tidak pernah jemu mengingati hadis dan kamu jugala yang amat meminati setiap bait kata yang mahu dihujjahkan pasti diselitkan sama bukti yang maha kukuh daripada al-Quran..Bukankah itu kamu??? tapi kamu lupa dengan dunia yang mengejar kamu....
Kamu semakin lupa...
Mujurlah,nasib baiklah DIA datangkan untuk kamu SOLUSI..Benarlah Solusi memang penyelesai masalah...
Teringat satu bait "Orang yang meninggal dunia,tidak pernah tahu bahawa hari ini merupakan hari terakhirnya didunia..."
Sungguh,dunia hari ini banyak dan sungguh ketara mahu menguji piawaian iman kita,sama ada berada pada tahap yang memuaskan atau sebaliknya kerana ada diantara kita sungguh indah menyusun kata,mewar-warkan segala benda baik..tapi diri sendiri agak acuh tidak acuh dalam meningkatkan graf keimanan pada peratus sebaiknya..
Saya banyak bercakap tentang diri saya bukan orang lain,semoga kita semua terpelihara dalam rahmat dan kasihNya..
Milikilah Solusi,nescaya anda tidak rugi..anda tidak akan mahu terlepas baca walau satu slot pun kerana banyak ilmu dan pengetahuan berguna,masalah islam kontemporari dan isu semasa yang begitu dekat dengan kita ditinjau dari sisi hidup seorang hamba.Pengisian rohani yang begitu berhikmah bermula dari cover story,ayat2 quran dan riwayat muslim,kupasan ilmuan bahkan sehingga surat pembaca (salam editor) pun sarat dan padat dengan kantung ilmu dunia akhirat..
Dia begitu mengetahui apa sahaja yang terselindung di hati ini,lantas genta rasa begitu kuat cuba untuk mencari solusi terbaik sebagai pendamai hati dan penenang jiwa.Saya tahu dan akur 'kapsul solusi' mampu menyembuhkan sakit yang dialami lantas Solusi isu 33 benar-benar penawarnya..Saya damai saat ayat ini diulang baca..
"Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu persatu).Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhan." (Surah Ibrahim 14:34).
Itulah kebetulan yang DIA tetapkan buat kita.
Seterusnya,beberapa hari sebelum ramadhan yang lalu saya dikejutkan dengan 3 kematian orang yang saya kenali.Salah seorangnya sahabat baik abah yang meninggal sehari sebelum ramadhan.Hati kecil merasa sebak namun tetap redha tapi tetap juga mahu berfikir betapa dia tidak berpeluang nak mengecap ramadhan 1432h..Kita macam mana pula,kematian yang mengejut sedemikian membuatkan saya banyak termenung dan mula memikirkan dan mengakui semua adalah ketentuanNya dalam masa yang sama sebagai peringatan kepada yang masih hidup agar terus menghargai nikmat nyawa dan peluang yang masih dia pinjamkan kepada kita untuk terus beribadah menambah bekal untuk kesana..
Lantas Solusi isu 34 cuba merungkai 'kecelaruan' saya dibawah isu bertajuk "Andainya ini ramadhan terakhir,layakkah kita berhari raya"..Ohh sungguh ia benar2 kena dengan apa yang tengah saya fikirkan..Bulan yang padanya syaitan dibelenggu juga sebagai bulan pencerna akal, mensetting ibadah sebaiknya juga dikenali sebagai 1000 bulan.Yang masih bernafas maka selayaknya memiliki peluang mendominasi ruang waktu dengan ikrar dan ratib ibadah pada yang satu..Seolah2 ianya suatu momentum rasa agar yang masih hidup untuk berlumba2 kepada kebaikan selagi diberi hayat.Saya cuba memandang dari sudut itu.
Alhamdulillah,Solusi memang penyelesai masalah dari bias hidup seorang hamba..Bagi yang tergelincir dari landasan, mungkin teguran rasa begitu sinis namun masih dalam garis hikmah untuk mendidik jiwa.Banyak yang kita tahu tapi buat tak tahu dan ada yang tak tahu tapi tak nak ambil tahu...Memandangkan indeks kebejatan sosial berada pada paras yang membimbangkan Solusilah pendamping yang signifikan untuk dijadikan teman terbaik sama ada untuk individu itu sendiri bahkan kepada sesiapa yang berindak sebagai pendidik untuk dijadikan bahan tambahan penyedap rasa dalam membimbing dan mendidik anak-anak hari ini yang begitu tandus dengan ilmu kerohanian.
No comments:
Post a Comment