Bismillahirrahmanirrahim..
Lama memendam rasa,mahu segera dikongsi pengalaman dan cerita yang melatari hidup.Mencari ruang terbaik untuk segera diterjemah sekelumit rasa antara takjub,hairan, pelik dan Subhanallah semua adalah tertakluk dibawah kekuasaanMu..
Umum mengetahui,skeptikal,was-was dan kurang yakin adalah habit 'pengganggu' dalam kehidupan kita sehari-hari.Demikianlah juga saya,seringkali apa sahaja perkara yang mahu dilakukan sama ada seserius2 perkara atau tidak, unsur2 skeptis tetap jua hadir..
"Isshk boleh buat ke ni??"
"Boleh percaya ke??"
"Takutlah,nanti apa pula orang kata.."
Itulah antara frasa yang sering berlegar di ruang minda tatkala mahu memulakan sesuatu.
Menjurus kepada sikap kurang yakin macam tu,ingin saya membawa bersama sahabat-sahabat membaca cerita saya ini.Semasa di tingkatan 5 dan 6 saya mengenali seorang guru sejarah yang sangat baik..Sehingga saya begitu 'ter'kagum dengan beliau.Istiqomah dan begitu bersungguh mencurahkan ilmu kepada kami.Nak dijadikan cerita,menjadi rutin utama guru ini setiap kali masuk kelas dia akan menyuruh semua pelajar membaca surah al-WaQiah.10 hingga 15 minit dihabiskan untuk membaca surah yang mengandungi 96 ayat tersebut.
Tahun berganti tahun,sehinggalah kami tingkatan 6.Beliau bukan memaksa tetapi menggalakkan kami menghafal surah tersebut.Alhamdulillah berkat kasihNya,sebahagian dari kami berjaya menghafalnya.Sunat dhuha,puasa hari putih(13,14,15 hb dlm bln islam) dan konsentrasi amalan membaca surah al-WaQiah menjadi antara azimat terbaik dan hikmah terindah saya menyambung Tingkatan 6 di sekolah tersebut.
Seringkali juga beliau ceritakan kepada kami kebaikan membaca surah al-WaQiah..antaranya dimurahkan rezeki,ditenangkan fikiran dan dilapangkan dari segala kekusutan.
Frasa 'dimurahkan rezeki' sering membuatkan saya mahu berfikir dan terus berfikir.Dengan umur yang setahun jagung ketika itu,rasanya terlalu dalam dan sukarnya mencari punca disebalik hikmah 'dimurahkan rezeki'..
Sehinggalah apa yang baru berlaku kepada saya pada 03 November 2011 baru-baru ini.
Pada 03 November yang lalu,saya mahu pulang ke kampung halaman nun jauh di Tanah Merah.Memandangkan cuti 4 hari sahaja,saya mengambil keputusan untuk balik dengan bas sahaja.Perjalanan pulang bermula jam 12.45 di Stesen Komuter Sungai Buloh.Bagai mahu diduga Tren yang ditunggu tidak jua hadir walau sudah 30 minit menunggu,saya mula merasa cuak.Bimbang terlepas bas jam 2.30 sebentar lagi.
Paparan skrin Seiko menunjukkan 1.45 tengahari,berbaki 45 minit lagi.Namun 'si panjang' itu belum jua tiba..Bunga-bunga kepasrahan mula bertunas di hati..Minda mula membina antisipasi buruk..
"Alahai..takkan nak habiskan cuti 4 hari aidiladha di sini..ishkk..ishkk tak sanggup teman!"
Menunggu dalam sabar,Tepat jam 1.50 tengahari 'si panjang' yang dinanti pun tiba.
Dugaan belum berakhir disitu,pergerakan dari stesen Sg. Buloh ke Stesen Kepong Central,Kepong seterusnya Segambut berjalan lancar tanpa sebarang masalah namun beberapa minit melepasi Stesen Segambut perjalanan mula menampakkan bibit-bibit tergendala..
Oh ujian apakah lagi?? bisik hati kecil saya.
Perasaan bimbang dan kecewa mula begabung serasi.2.10 petang tren masih 'berehat',2.15 petang pun masih mengekalkan posisi untuk terus 'beristirehat'.
Saya mula memikirkan kalau tak sempat naik bas jam 2.30 petang,saya terpaksa membeli tiket lain,selain itu saya terpaksa menunggu untuk perjalanan malam.Apa yang lebih membimbangkan sekarang ni musim nak raya "ada ke lagi tiket???"..
"Oh Tuhanku,dengarlah rintihan hambaMu ini"hati mula merintih..
Tanpa diduga,kebetulan yang tak disangka,DIA datangkan ilham kepada saya.Selama ini saya hanya mendengar cerita saya hanya berkongsi rasa.Tapi hari ini saya ingin mencuba.!
al-WaQiah,pembuka pintu rezeki,memiliki keajaiban dan kelebihan yang tersendiri..
Lantas,kalimah keramat yang pernah saya hafal ini meniti diruang bibir.Bermula ayat 1 hingga ayat 15..Betul2 pada ayat 15 tren mula bergerak lancar..Saya bahagia...Alhamdulillah bacaan ayat ke 50 tren sudah 'terpacak' di Stesen Putra..ALLAH ITU MAHA BESAR,PINTALAH DENGAN PENUH YAKIN..!
Kepulangan mengikut apa yang dirancangkan,tepat 2.30 petang saya sempat menaiki bas sebelum ianya bergerak..
Damai rasa,sungguh kalimah Allah itu benar benar BENAR dan tiada keraguan padaNya..hanya perlukan keyakinan dari pengamalnya sahaja..
Naskhah terbaru,hihihi..
tak sempat baca habis lagi..
TulipUngu::: sekadar berkongsi rasa,saya cuba berkongsi cerita ini pada sesiapa yang terpandang naskhah yang saya pegang ini tempoh hari,ada getar saat berbicara ledak teruja masih tersisa.Sungguh DIA MAHA MENDENGAR!
banyak peristiwa/tragedi yg pernah cikgu sejarah sy ceritakan berkaitan Surah al-WaQiah,insyaAllah ada masa sy kongsikan lagi..
No comments:
Post a Comment