Pages

Sunday, October 09, 2011

Tabahlah Duhai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebak dan syukur bergabung serasi saat saya menjadi dikalangan orang yang terpilih untuk mendengar luahan dan runtun rasa seorang hamba.Dilema memilih antara menulis atau tidak di ruang ini,lantas hati cuba mencari damai untuk berkongsi nilai baiknya,bukan lain2 tujuan disebaliknya..

"Doakan ketenangan saya,saya rasa sangat kosong"dia cuba berkongsi rasa..

"Ambil al-Quran dan baca"saya cuba mengesyorkan cara.

"Dah baca,tapi masih tidak tenang" dia menambah.

Hati saya mula sebak,tidak tegar mendengar keluh kesah insan yang saya sayang ini.

"Doakan saya dalam solat kamu" dia mengatur kata..

"Subhanallah,nama kalian tidak pernah tertinggal dalam doa seusai solat saya" saya cuba mendamai rasa.


Bening rasa...

Tidak kuat menghadapi dugaan ini,tapi saya sering ditenangkan dengan ayat-ayat ini "La Yukallifullahunafsan illa wus'aha laha maa kasabat wa'alaiha maktasabat",tidak Allah bebankan sesuatu selagi hamba itu tidak mampu memikulnya...Allah maha mengetahui apa jua yang terselindung dan segala hikmah terbaik untuk kita,cuma kita sahaja yang sering tersalah penilaian..

Makin kita hampir dan dekat denganNya,makin banyak ujian yang dia datangkan untuk kita.Itu semua untuk menguji tahap keimanan kita padaNya.

Dalam nekad mahu menenangkan insan ini,saya juga tidak mampu menahan rasa.Walau cuba disembunyikan namun jiwa masih tidak cukup kuat untuk mengekang rembesan mutiara jernih ini.Sungguh DIA maha mengetahui,saya kagum dengan keinsafan dan rasa kebersalahan insan ini dalam melalui lorong hidup.Sedarkah kalian,diluar sana masih ramai yang hanyut dan lalai dengan keasyikan dunia,gembira dan leka dengan gaya hidup urban..berfoya-foya dan megah dengan kehidupan sementara ini.

Ke'ralatan' yang cuba kamu kongsikan merupakan satu signifikasi kepada satu transformasi,kamu begitu sensitif tentang hak2 Pemilik Alam sehingga kamu membuang jauh2 rasa malu menyungkurkan nilai keegoan dan kemegahan,demiMU al-KhaliQ kamu rendahkan diri,mencari ruang pengabdian dan mohon dimurahkan rezeki menjadi tetamuNYA..

Sungguh saya benar2 kagum dengan kamu..

Jangan bimbang,saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kamu dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment