Pages

Monday, February 08, 2010

Teruja...

Dalam kesibukan menyiapkan kerja harian yg x pernah nak berkurangan tu otak ni ligat gak duk memikirkan apa dia aktiviti santai yang nak dilakukan bersama keluarga sepanjang cuti nanti..

Lau dulu lehla p Tok Bali Pasir Puteh,kat sana leh bakar ikan yang segar2 n makan ramai2..best sangat..Tapi sekarang kondisi kesihatan abah yang tak menentu membataskan aktiviti2 santai yg mmrlukan travel2 ni..Bukannya abah xleh jalan langsung, still boleh ke pejabatnya n jumpa clientnya n boleh bawak motor n drive keta...Tapi sekarang dia teramatlah tidak berminat nak jalan2 macam dulu lagi..

Tapi aktiviti tu masih kami lakukan,BBQ memang sebati kalau kak balik kan abah..Kalau kak nak balik abah dah order awal2 sotong n udang besar.Walaupun bukan lagi kat Pantai Tok Bali tapi kita masih lagi leh berBBQ kat halaman umah.Pasang khemah,kecoh kami sekeluarga sampai jiran sebelah pun join sama..Kul 12 tengah malam barulah masuk umah...



Plan yang selalu tak pernah miss lau cuti panjang ialah mengecat umah..Hahaha suka sangat cat umah,mula2 pilih kaler ramai2 namun autoriti lebih kepada pilihan kak.Hah tengok kat dapur tu kak jugak yang pilih Pink n hijau Epal...Punyalah cantik masa tengok kat katalog..Huh rupa2nya pekerja abah tersalah no kod...Jadinya warna pink dia muda sangat..

Pahtu yang nak marah sangat masa mula2 ngecat tu ramaila,last2 tinggai kak sorang..Tu yang paling nak marahhh...semua lesap ntah kemana..
Inilah hasilnya..

My feberet kaler is purple...Yezzzzz autoriti still pada my choose..Thankz abah kerana ikut cakap kak...Hah lawa kan this kaler???Tengokla sapa yang pilih..Awalnya kami adik beradik yang cat tapi abah tak puas hati..last2 dia suruh mat indon cat..Kat ruang tamu kecil tema purple...

Tapi cantikkan???Oh Purple...Sumber kedamaianku...
inspirasiku...keharmonianku...

Ruang Tamu Utama..
Yang ni plak memang tak berapa nak berkenan,tapi nak wat camne kaler pilihan mak...Balik kampung 1 tahun lepas dah siap cat kaler ni..Jadi kak tak nakla komen lebih2...kira setuju je sbb dh siap cat.Ok gak this kaler sejuk gak..n sesuai ngan tiles..
Now,apa yang berlegar2 in my mind ialah nak tukar kaler bilik kak kepada warna pink..Setahun yang lalu dah cat warna maroon tapi sekarang rasa nk tukar kaler lak...coz rasa macam gelap jer kak punya bilik.Ilham dapat masa p ke sebuah SPA dekat Shah Alam bulan lepas..Cantik kaler tu..InsyaAllah,kalau berkesempatan..nanti nak pilih siap2 kat kedai abah...pastinya Cat Jotun,kekal dan cantik dia punyer kaler bertahun lamanya(cuma tuannya je ngengade nk tukar kaler walau x smpai stahun cat..)hahaha...
Namun,ada satu lagi benda yang sering mengganggu fikiranku..sebenarnya dalam keluargaku hanya aku je yang belum berjumpa serampang dua mata ngan bakal adik iparku..Masa p merisik n meminang hari tu aku tak balik...Jadi bakal adik iparku si Izyan tu selalula dok tanya bila nak p umah dia..Masa dia datang umah pun teman tak cuti maklumlah perantau kan..Yan,InsyaAllah cuti ni lau sempat akak p Besut ya..bukan tanak p sebelum ni tapi x sempat...
Tafaddhal ya Izyan,Kami mengalu2kan kehadiran izyan dalam keluarga kami..Moga kedamaian dan kebahagiaan serta kerahmatan dari Allah mengiringi kehidupan berumahtangga kamu dan adikku Mohd Fadhli..Teguhkanlah Iman,Cekalkanlah Hati dan Tunjangilah hubungan ini berpaksikan ajaran Ya Rabb...Moga Keharmonian jua mengiringimu bermula dari detik kau akan dijabkabulkan pada 19 mac 2010 hingga akhir hayat hendaknya....Ameen..

No comments:

Post a Comment