Begini ceritanya,look this title first!! ohh 2216..Bagiku tidak pernah memberi apa2 maksud kerana sebagai orang islam kita tidak digalakkan mempercayai perkara2 sedemikian kerana bimbang terjerumus kepada syirik..Namun ceritaku pula sebaliknya...
Tak taula kenapa abahku begitu obses dengan nombor ni???Tapi apa yang aku tau masa abah mula2 membina perniagaannya dulu pada tahun 1980 dia ada mmbeli sebuah kenderaan bernombor pndaftaran DM2216...Mungkinlah tercetus idea dari itu?? Kita yang belum lahir lagi masa tu jadi tertanya2..Tapi mak kata ini berikutan bisnes abah yang semakin maju...dan mungkin dia merasakan kenderaan itu teramatlah berguna dan telah banyak menaikkan bisnesnya..
Selepas itu abah beli la plak Lori Daihatsu,berhasrat mendapatkan no DAA2216.Alhamdulillah dapat kerana kutahu di Kelantan persaingan untuk mendapatkan nombor macam tu tidaklah serumit Kolumpo...
Namun awal 2007 abah berhasrat membeli sebuah lagi Lori,namun x dapatla plak no yang diinginkan hanya dapat DBE1242..dan mungkin kemarahanya tidaklah membuak sangat kerana berpunca darinya..sebelum tu pun dia ada beli Lori (yang kawan dia tak mampu habiskan ansuran) sekadar DAK4626..tapi takper itu berkaitan abah n kenderaan2 dia je...
Cuba tengok LC tu pun dia la yang beria-ria nak DBB2216,memangla dia yang membayarnya tapi semua diuruskan oleh pekerjanya..abah tukang arah jer...sebelum tu pun dia beli EX5 Class plat DAF2216...
Haaahh,tengok MYVI ni pun anaknya terpaksa berjuang habis2an mendapatkan no ni..Sebenarnya order dari WSX WSY lagi,tapi gara2 tak dapat no ni jadi tunggu ajelah..Last2 WTA2216 jd milikku...No dah dapat keta lak xde kaler hitam..Myvi SE hitam xde stok...Call abah "Abah,no dah dapat keta lak takder kaler hitam" Abah jawab " Ala kak keta tak penting,yang penting nombor 2216"
Dan sebenarnya kereta VIOS ni ada kaitan besar dengan NOUVO LC dibawah...Nouvo itu datang tanpa niat dan perancangan langsung!!! macam mana tu???Begini ceritanya Vios ni dibeli pada Mei 2008,tapi tender punye tender no dari WRN,WRP dan WRQ untuk dapatkan 2216 namun hampeh...tak dapat..bukan main marah abah pada anak sedaranya..malas nak tunggu lama2 okla ambik ajelah WRQ3733...tupun dapat pada ogos 2008..
Namun,ada cerita disebalik tu..my cousin salesman keta tu punyala berjuang nk memenuhi permintaan bapa sedaranya(abahku)..demi nak mendapatkan no tu..dia pun pergilah ke JPJ Wangsa Maju..dia duduk ajelah kat kerusi sementara menanti running..tengah dia duduk tu adala sorang cina tanya dia "Apa lu punya no??" my cousin jawab " biasa2 je"...cina tu tanya lagi "apa nombornya"..my cousin jawab "2216"...nak tau apa cina tu cakap "biasa apa maa,itu nombor banyak ongg maksudnya (hari-hari ada makan/tuah)...betuiiii kaa??? dan sampai ke saat ini aku tidak pernah percaya akan kepercayaan macam tu..biasalah orang cina kan percaya pada no2 ni...konon ada tuahla,ongla,sialla...ishhh..musykil..!!!
Nouvo LC ini hadir kerana no yang ditender sebelum ni dapat,tapi VIOS telah kuar..Macam mana ya???Masa tu Vios telah kuar 2 minggu..Abah ada gak berhasrat nk jugak letak WRR2216 ke Vios tapi manyak prosedur yang perlu dilakukan jadi aku pun menenangkan abah apala sangat ada pada no ni...hehe..padahaiii kak malas nk turun naik JPJ uruskan sumer ni..
Mengikut perjanjian,jika selepas 3 bulan no WRR2216 masih tidak didaftarkan pada mana2 kenderaan maka pihaknya berhak mengambil balik no ni jadi my dad call kawan dia order Nouvo LC...jd WRR2216 jadi milik Nouvo LC dan bukan milik VIOS...
Yamaha Legenda ni pun,cam2 gak dapatla DAY2216 tapi nasib baiklah kat Kelantan..xdela perlu tender tinggi2..lau tak tak hancuss gak 5 6 ratus...alahai...abah..abah..
Bimbang juga perkara2 macam ni senang2 je dapat dosa,tapi abah kata suka2 je...dan abah tidak pernah tahu akan maksud no ni yang cina tu cerita tadi...moga kami terus terpelihara dari dosa2 kering cenggini...
Tapi,itu baru berkaitan kenderaan.no tipon pun cam2 gak...mesti semua nak dihujungnya 2216...sebab apa, nombor yang kita ngengade nak ni dia punya bayaran agak tinggi jugak sekitar tahun 2000 dlu lg2 yg pkai line,la ni jer murah...tapi best gak coz senang ingat...alahai mak,terpaksalah penuhi permintaan abah..suamimu abah kami...
Hari tu ada dengar abah nak beli HILUX atau STORM..lau nak, beli plat kelantan dahla xpayah beli plat wilayah saingan teramatla sengit terutama dari kaum cina x pasai2 kena letak tender tinggi2...kakak malas masuk campur..ponatt dh...
No comments:
Post a Comment