Pages

Sunday, February 28, 2010

SESUAIII SANGAT...

Mungkin lirik ini teramatlah sesuai bagi mengubati apa jua duka nestapa atau lara jiwa yang membelenggu kita..Semua telah ditentukan yang terbaik buat kita..Jadi jangan mudah bermuram durja dan berputus asa dalam apa jua perkara baik buruk yang pernah menyingkap tabir hidup kita..dan apa yang penting jangan berburuk sangka dengan Allah, jangan sekali2...pandang dan tinjau apa yang dicaturkan dalam hidup kita mengikut "kanta hikmah", nescaya imanmu akan bertambah....!!!

RAHMAT UJIAN

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan


Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

(Betapa Allah sentiasa merindukan rintihan hambanya...Sentiasalah mengingati Allah nescaya Allah jua mengingatimu...)

No comments:

Post a Comment